Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Kebaikan amalan berpantang selepas bersalin

Assalamualaikum,

Saya pernah ditanya oleh seorang suami kepada pelanggan saya, pentingkah berpantang lepas bersalin dan apakah signifikannya kepada tubuh.

Hmmm… jawapan lurus bendul yang saya bagi – “sebab nenek moyang kita dulu buat dan mak pun suruh pantang 44 hari. So buat saja lah…” hu..hu…

Tapi lepas tu saya terangkan juga kebaikan berpantang ni kepada beliau.  Antara kebaikan berpantang :

  1. Dari segi kesihatan - doktor menggalakkan agar hubungan sex tidak dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Ini kerana si ibu baru saja melalui proses bersalin yang menyakitkan dan memerlukan masa untuk badan kembali sihat dan kuat. Selain dari itu, ia juga untuk memberi masa kepada bahagian sulit untuk sembuh sepenuhnya apatah lagi bagi mereka yang mempunyai luka eposiotomi. Apa itu luka episiotomy…? Luka episiotomi ialah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin.
  2. Dari sudut agama – darah nifas biasanya keluar dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Dalam tempoh ini tidak diwajibkan bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk berpuasa dan sembahyang serta ditegah dari mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan.
  3. Bahaya “air embolism – Sebab lain kenapa dari segi kesihatan kenapa hubungan kelamin bersama pasangan hanya boleh dilakukan selepas 6 minggu ialah tentang kemungkinan terjadinya air embolism (tak tau apa maknanya dalam bahasa) terutama apabila melibatkan oral sex. Air embolism ialah apabila sejumlah udara yang terperangkap dan masuk ke salur pembuluh darah, dan boleh menyebabkan kematian. Ini kerana pada 6 minggu pertama selepas bersalin bahagian rahim masih lagi belum sembuh sepenuhnya.

Apa-apa pun, biasanya kalau Islam dah tetapkan sesuatu tu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Kak Faz

Related posts:

  1. Pentingnya senaman kegel selepas bersalin Assalamualaikum, Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kepentingan...
  2. Kebaikan bedung bayi Assalamualaikum, Memakaikan bedung kepada bayi baru lahir merupakan amalan yang...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

8 Responses to “Kebaikan amalan berpantang selepas bersalin”

  1. mzwonderpets

    saya ibu muda berusia 26 thn dan masih ‘buta’ mengenai pantang bersalin.saya kini berpantang anak ke2 (telah 30 hari).saya rskan badan saya telah sihat tp masih berpantang lagi (tetapi berpantang dari segi makan, pemakaian stokin,pemakaian tapel, param dan bengkung,masih meneruskan memakan supplemen spt gamogen shj).untuk pengetahuan,saya bersalin secara normal tanpa jahitan.saya dpt rskan luka di bhgn sulit cuma melecet dan kini telah sembuh.nifas juga telah kering.saya ingin bertanya, dlm situasi saya ini bolehkah hubungan seks dilakukan? adakah ia akan melanggar pantang? adakah ia akan memudaratkan saya?harap dapat membantu.terima kasih.

  2. Faz

    Hi Mzwonderpets,

    Tahniah kerana telah bergelar seorang ibu.

    Seeloknya teruskan amalan berpantang sehingga cukup 44 hari (lebih kuramg 6 minggu) – termasuk dari segi hubungan bersama suami.

    Lagipun tempoh berpantang 6 minggu ni bukan saja digalakkan oleh pengamal perubatan tetapi juga digalakkan oleh Islam.

    Tempoh juga berpantang adalah masa yang terbaik untuk mengembalikan kesihatan mental dan fizikal kita selepas melalui tempoh hamil yang lama iaitu 9 bulan

    kak faz

  3. lyn

    salam k.faz,
    InsyaALLAH sy akan masuk wad 22/3/2010 untuk melahirkn anak kedua
    sy melahirkan anak sulung secara ceaser pd 29/10/2009 di sbbkan baby sy besar 3.97kg
    Isnin mgu lps sy jumpe doc pakar untuk check up
    Die tny kptsn sy smada nk bersalin normal @ operate.
    Bt ms ni kptsn sy operate sbb doc ade bgathu risiko yg terpakse sy hadapi klu bersalin normal sy akan mengalami sakit yg berterusan akibat dr tmpt operate yg menipis…
    Saya harap k.faz dpt bg pendapat yg bernas sbb sy tgh confius utk bt kptsn yg terbaik… :wink:

  4. lyn

    k.faz… silap, sy lahirkan anak sulung sy 29/10/2008…
    silap

  5. Faz

    Salam Lyn,

    Akak cadangkan Lyn dan suami sembahyang istikharah dan minta petunjuk Allah. Sekurang-kurangnya apa pun keputusan yang diambil lepas tu, ianya adalah yang terbaik.

    Yang paling penting sekali… Lyn dan baby selamat.

  6. niesa

    kak faz camnew ngan care episiotomy :roll:


  7. nurul

    macam mana nak tau kita dah bertungku cara yg betul yek?

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif