Kelahiran Bengkung Moden

Salam…

Saya ibu kepada 3 cahaya mata. Pernah bersalin secara normal (sekali sahaja) iaitu sewaktu melahirkan anak pertama.

Bagi anak ke 2 dan ke 3, rezeki tidak berpihak kepada saya. Kedua-dua cahaya mata saya ini terpaksa dilahirkan melalui kaedah pembedahan (cesarean).

Memang tension juga waktu pertama kali tahu saya kena go for operation dulu (pada Oktober 2004). Menggelabah pun ada sebab saya tahu memang tak boleh pakai bengkung lepas operation. Mak saya pula jenis yang concern pasal menjaga badan ni. Mak kata menjadi isteri dizaman moden ni perlu pandai jaga badan dan lengkapkan diri sebaiknya. Bukan untuk orang lain tapi untuk kebaikan diri sendiri juga.

Dari situlah bermulanya perjalanan saya. Bermula dengan mencari-cari dan membuat research diinternet, bertanya-tanya pada gaeny, dan mendapatkan tips dan petua dari makcik bidan yang mengurut, ditambah pula dengan kawan-kawan yang asyik bertanya macam mana saya boleh kempiskan perut walaupun bersalin caeser, maka lahirlah www.bengkungmoden.com.

Oh ya, saya bukanlah doktor dan pakar dalam bidang perubatan. Tetapi pengalaman dan pembacaan banyak membantu saya. Begitu juga dengan tunjuk ajar dari bidan yang mengurut saya sewaktu didalam pantang selepas bersalin.

Semoga apa yang ingin saya kongsikan disini dapat membantu dan memberi manfaat buat anda.

Terima kasih

Fazidah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TRIPLE F MARKETING(SA0300664-W)