Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Tips melegakan jahitan episiotomi - part 1

Assalamualaikum,

Bagi mereka yang bersalin secara normal, mungkin ada antara anda yang pernah merasai bagaimana sukarnya untuk duduk, berjalan, buang air besar dan buang air kecil selama beberapa minggu pertama selepas bersalin kesan dari jahitan episiotomi.

Teringat pula saya sewaktu bersalin kali pertama dulu. Alhamdulillah, saya berpeluang merasai sakitnya bersalin normal sewaktu melahirkan anak pertama. Tapi… alahai.. susahnya nak bergerak lepas bersalin tu. Jalan perlahan-lahan macam geisha jepun yang sopan dan ayu sebab sakit episiotomi.

Pulak tu di rumah sewa saya pada waktu tu tak ada tandas duduk. Bila nak mencangkung untuk buang air punyalah seksa.

Apa dia episiotomi tu ye…? Luka episiotomi adalah potongan yang dilakukan di kawasan perinium sewaktu proses bersalin bagi menyediakan bukaan yang lebih luas untuk bayi keluar.  Biasanya doktor akan melakukan potongan secara menyerong di kawasan luar faraj hingga ke punggung dengan menggunakan gunting khas.

Sebelum potongan dilakukan, doktor akan menyuntik ubat penahan sakit (ubat bius) dikawasan perinium bagi mengelakkan anda dari merasa sakit sewaktu episiotomi dilakukan.

Selepas bayi dan uri berjaya dikeluarkan, luka episiotomi akan dijahit.

Sebab kenapa episiptomi dilakukan  oleh kebanyakan pengamal perubatan adalah :

  1. Bayi bersaiz besar dan bahu bayi tersekat - bagi mengelakkan bayi lemas dan mengalami komplikasi, doktor akan melakukan episiotomi sebagai bantuan untuk bukaan perinium yang lebih besar.
  2. Otot perineal yang keras dan tidak anjal
  3. Mengelakkan koyakan berbentuk zig zag dan koyakan yang besar hingga ke dubur yang boleh menyebabkan risiko jangkitan kepada ibu
  4. Apabila berlakunya masalah bayi stres sewaktu proses meneran.

Esok…. kita berkongsi tips untuk legakan sakit episiotomi ni pulak ye :)

Wasalam

Kak Faz

Related posts:

  1. Tips melegakan jahitan episiotomi - part 3 Salam sejahtera, Ini adalah bahagian ke 3 untuk tips bagi...
  2. Tips melegakan jahitan episiotomi - part 2 Assalamualaikum, Hari ni kita sambung lagi dengan bahagian ke 2...
  3. Kebaikan amalan berpantang selepas bersalin Assalamualaikum, Saya pernah ditanya oleh seorang suami kepada pelanggan saya,...
  4. Tips memilih baby sitter atau pengasuh - Part 2 Salam Ceria Hari ini kita teruskan dengan sambungan untuk tips...
  5. Tips tidur dengan lena Assalamualaikum, Semalam, sewaktu dalam perjalanan nak ambil anak disekolah saya...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_mrgreen.gif icon_neutral.gif icon_twisted.gif icon_arrow.gif icon_eek.gif icon_smile.gif icon_confused.gif icon_cool.gif icon_evil.gif icon_biggrin.gif icon_idea.gif icon_redface.gif icon_razz.gif icon_rolleyes.gif icon_wink.gif icon_cry.gif icon_surprised.gif icon_lol.gif icon_mad.gif icon_sad.gif icon_exclaim.gif icon_question.gif