Hepatitis B dan Kehamilan

Salam semua :)

Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel soal jawab yang dipetik dari akhbar Berita Harian. Saya merasakan artikel ini merupakan satu informasi yang berguna kerana saya sendiri pernah mengalami satu kejadian berkaitan dengan Hepatitis B sewaktu bersalin anak pertama dahulu dimana seorang ibu telah tidak memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah pembawa Hepatitis B. Akibat dari itu, bayi beliau telah ditahan dan ditempatkan dibilik rawatan kerana tidak menerima suntikan selepas dilahirkan. Dan bukan itu sahaja… ibu muda ini sebenarnya telah membahayakan nyawa doktor, jururawat bertugas, ibu-ibu dan bayi lain yang juga bersalin diwaktu yang hampir sama kerana antara cara Hepatitis B merebak ialah apabila darah pembawa Hepatitis B terkena pada luka orang lain. Mujurlah saya tak bersalin dihari yang sama dengan ibu muda itu. Kalau tak, pasti saya pun ngeri juga :(

Apakah Hepatitis B?

Hepatitis B ialah keradangan hati yang menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut, kadangkala ia membawa kerosakan hati yang kekal. Pembawa kuman Hepatitis B yang kronik mempunyai risiko 200 kali ganda untuk mendapat kanser hati berbanding mereka yang normal. Sebenarnya, di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 1.3 juta pembawa kuman Hepatitis B.  Mereka ini kelihatan sihat tapi sebenarnya mampu menjadi pembawa kuman virus. Dan tahukah anda, kuman Hetatitis B sebenarnya antara 50 ke 100 kali ganda lebih mudah dijangkiti berbanding HIV.

Bagi bayi yang mana ibu atau bapanya adalah pembawa Hepatitis B pula, jika tidak menerima suntikan akan mula menunjukkan simptom jangkitan yang akut (serius) dalam tempoh sebulan hingga 4 bulan selepas dijangkiti dan selalunya bayi yang diserang Hepatitis B adalah kronik.

Okey, kita lupakan pengalaman saya diatas. Ikuti artikel dibawah…

Soalan:

SUAMI saya pembawa Hepatitis B. Selepas berkahwin saya terlupa mendapatkan suntikan untuk virus itu. Ketika hamil, doktor memberitahu sepatutnya saya mendapatkan suntikan sebelum berkahwin dan memaklumkan saya perlu disuntik selepas bersalin.

Sehingga kini, selepas pantang, baru saya teringat mendapatkan suntikan itu. Bagaimanapun bayi kami sudah disuntik selepas dilahirkan. Adakah saya akan dijangkiti virus itu jika lambat mendapatkan suntikan? Doktor juga menasihatkan suami supaya menggunakan kondom selama-lamanya bagi mengelakkan jangkitan virus itu. Adakah ini bermakna kami tidak boleh mendapatkan anak lagi?

Puan Mariana.

Jawapan:

SALAH satu cara virus hepatitis B berjangkit adalah melalui hubungan seks. Jika suami pembawa virus hepatitis B, sebenarnya ada tiga kemungkinan dari segi status puan sendiri.

  • Mungkin masih belum dijangkiti virus walaupun terdedah dengannya.
  • Sudah dijangkiti virus tetapi tubuh berjaya menghapuskan virus.
  • Sudah dijangkiti virus, jangkitan sudah kronik dan puan sendiri menjadi pembawa virus.Cara menentukan keadaan puan adalah dengan menjalani ujian darah. Jika ujian menunjukkan masih tidak dijangkiti, puan sepatutnya menerima suntikan imunisasi secepat mungkin. Selepas suntikan sepatutnya ujian darah dilakukan semula untuk memastikan badan puan sudah menerima vaksin dengan sempurna. Sehingga keadaan itu diketahui, suami sepatutnya menggunakan kondom. Jika ujian darah menunjukkan kemungkinan kedua iaitu puan sudah dijangkiti tetapi badan puan dengan sendirinya telah menghapuskan virus, puan tidak perlu mengambil sebarang tindakan lain.Jika ujian darah menunjukkan puan sudah menjadi pembawa virus, hubungan dengan suami tidak menjadi isu lagi tetapi puan dan suami mesti menjalani ujian darah dari semasa ke semasa untuk menentukan status virus dan keadaan hepar (hati).

    Pada satu ketika, puan dan suami mungkin memerlukan rawatan untuk jangkitan hepatitis B kronik. Dari segi mendapatkan anak pada masa depan, tidak terdapat sebarang halangan terhadap perkara itu asalkan bayi menerima suntikan vaksin hepatitis B mengikut jadual.

  • Jawapan disediakan oleh: Dr S Mahendra Raj, Pakar Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar Kuala Lumpur.

    Itu saja untuk kali ini. Jumpa lagi di artikel yang akan datang :)

    Kak Faz

    19 thoughts on “Hepatitis B dan Kehamilan

    1. akma

      saya merupakan pesakit hepatitis b & baru sje tau pasl penyakit ni slepas menderma drh.
      saya rase sgt sdey.
      :cry:

    2. Faz Post author

      salam Akma,

      Jangan sedey. Sekurang-kurangnya akma dapat tahu juga yg akma ada hepatitis B. Ada yang langsung tak tahu yang dia adalah pembawa..

    3. emy

      Askm,,saye berusia 25thn,,sdh 1thn lbih kwin,,bru mendpt tahu hamil,,mslhnye,sye ade lah pembawa hep B ttp tidak kronik,hujung thn lps 2009, saye sdh dapatkan pelalian hep B bersama suami,,apekah rawatan seterusnya bagi saye yg sedang hamil mungkin baru 2 minggu kehamilan tanpa sebarangg gangguan pada janin

    4. fazidah Post author

      Wslm,

      Seeloknya puan maklumkan kepada doktor di tempat puan buat check up tentang hepatitis B tu agar doktor boleh rekodkan dalam kad rawatan puan.

      Biasanya pembawa tidak mengalami sebarang masalah dan sihat seperti biasa, tapi masalah nya nanti adalah kepada bayi puan kerana ada kemungkinan bayi puan akan mewarisi hepatitis B dari puan. Pemerhatian rapi dan rawatan susulan amat diperlukan oleh bayi puan apabila dilahirkan nanti untuk mengelak dari sebarang masalah yang menjejaskan kesihatan bayi.

    5. ziera

      saya ingin bertanya, saya menghidap hepatitis B dan baru melahirkan anak pada 29.06.10. anak saya masih belum mendapat suntikan vaksin hepatitis B dan adakah anak saya masih boleh mendapatkan suntikan tesebut yang kini berusia 12 hari? adakah saya boleh menyusukan anak saya?

    6. mira

      salam..suami sy pembawa hepatitis b.sy belum mengambil apa2 suntikan.saya sudah 7 bln berkahwin..hubungan kami tanpa menggunakan kondom..dan mungkin sy sedang hamil pd bln ini..boleh kah saya mengambil suntikan ketika hamil?adakah sudah terlewat??di manakah boleh sy dapat suntikan itu,sbb saya pernah pergi klinik kesihatan,tp Dr xde respon..

    7. watie

      salam…saya adalah menghidahp hepatitis B.apakah virus ini bleh dihapuskan dengan pengambilan ubat dan adakah saya boleh pulih semula.apakah rawatan yang perlu saya ambil untk memulihkan saya?

    8. lynda

      as’salam…saya nak tanya macam mana kita nak tahu sama ada kita pembawa hepaitis B atau kita dijangkiti hepaitis B,krn suami saya baru tahu yang dia menghidapi hepaitis B…dan doktor beri tahu hati suami saya normal..cuma suami kena setahun 2 x utk cek darah…saya nak tanya adakah org yg d jangkiti hepatitis B boleh menjangkiti org lain lgi…
      apakah rawatan yg perlu suami saya jalankan…atau ubat yg boleh menyembuhkan suami saya…

    9. Ajax

      Salam Akak,
      Sy menjalani pemeriksaan Hepatitis B. dan disahkan positif Pembawa/carrier Virus Hepatitis B.
      1. Bolehkah sy berkahwin?
      2. Adakah isteri sy akan berisiko dijangkiti?
      3. Bolehkah sy mempunyai anak?
      4. Nasihat kpd bakal isteri sy?

    10. siti

      Puan…

      Saya ingin bertanya suami saya mengidap penyakit hepatitis C. Saya dah ada anak seorang dan nak masuk 2 sebelum ni kami sekeluarga dah pernah ambil ubat vaksin mencegah hepatitis di hospital. Adakah saya kena ambil lagi meskipun saya kini sedang hamil iaitu kandungan baru masuk sebulan. saya harap puan dapat membantu saya. sekian, terima kasih.

    11. annur humairah

      salam…saya baru2 ni diberi suntikan Hep B sebab tiada antibodi dalam badan..selepas mendapat suntikan tersebut, 3 minggu kemudian saya disahkan mengandung…adakah suntikan tersebut memberi kesan kepada anak dalam kandungan saya walaupun saya bukan pesakit Hep B???

    12. Pn.JuLi

      saya telah diberikan pelalian hp B 2 thn yg lalu……berapa lama tempoh pelalian tersebut berkesan..?

    13. Qaseh

      assalamualaikum…
      bakal suami saya adalah penghidap penyakit tersebut,
      soalan saya,
      sekiranya saya berkahwin dengannya saya perlu mgambil suntikan,
      adakah saya akan berjangkit dgn penyakit beliau ? dan adakah anak kami nnt akan sihat seperti kanak2 lain ?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif