Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin
Assalamualaikum,
Hmm… bulan puasa tahun ni saya agak sibuk juga. Sebab tu lah jarang buat posting di blog ni.
Dan sekarang ni sibuk nak pack barang untuk balik kampung pula. Pada mulanya kami plan tak nak balik kampung sebab semua anak kami (3 orang) kena chicken pox. Tapi lepas fikir-fikir, belasah balik juga lah.
Walaupun tak boleh nak berjalan-jalan untuk raya, sekurang-kurangnya boleh juga beraya dengan mak. Itu yang penting sebenarnya. Ye lah.. umur kita makin lama makin bertambah, esok-esok kalau mak dah tak ada, memang dah tak boleh merasa beraya dengan mak lagi…hu..hu.. sedih la plak rasanya.
Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga anda selamat tiba di tempat yang dituju dan selamat kembali semula selepas beraya.
Wasalam
Kak Faz
Related posts:
- Selamat Datang tahun 2010 Assalamualaikum, Apa khabar anda semua? Saya harap semuanya sihat-sihat saja....
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.



















