Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Apabila anak terkena chicken pox / demam campak

Assalamualaikum,

Dah 2 minggu saya tak buat posting untuk blog ni. Sejak balik dari beraya, kepala macam tepu pulak. Mana tak tepu, cuti raya seminggu kat kampung dok pulun lemang, rendang, biskut raya tak yah cerita laa… Tu belum lagi dikira sambung beraya kat sini pula.

Dan sekarang ni saya tengah sakit perut sebab makan macam-macam pada sabtu dan ahad lepas. Kejap-kejap ke bilik air, kejap-kejap kena baring bila tahap memulasnya makin kuat. Adess…

Sebab dah lama tak buat posting, rasa tak sedap hati la pulak. Hari ni saya nak berkongsi sedikit info tentang chicken pox. Sebabnya sebelum raya ketiga-tiga anak saya kena chicken pox. Dikalangan orang melayu ada yang panggil kena demam campak. Pening juga kepala bila dengar macam-macam pendapat tentang chicken pox yang diberikan oleh orang sekeliling.

Ada yang cakap virus chicken pox boleh berjangkit bila bintik merah yang berisi air tu mula pecah dan bertukar jadi hitam. Ada yang cakap kumannya akan merebak melalui sentuhan apabila tangan yang menggaru kesan merah dibadan yang terkena chicken pox.

Akhirnya saya cuba google dan jumpa beberapa info yang boleh dikongsikan disini :

  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi (hmm… tiba-tiba saja teringat kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Tapi bila teringat bab emosional tak bertempat sesetengah rakyatnya… hhmmmm…)

Antara cara merawat demam campak pula ialah :

  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.

  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu :) )

Teringat pesan orang-orang tua, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

15 Responses to “Apabila anak terkena chicken pox / demam campak”

  1. Hasni

    anak perempuan saya berumur 4 tahun telah mengidap demam camapak. saya mempunyai bayi yang berumur sebulan, boleh ke bayi ini terkena jangkitan demam campak juga?


  2. Kemungkinan untuk anak puan yang baby tu terkena campak agak tinggi juga sebab demam campak boleh berjangkit.

    Seeloknya puan buat pemantauan dan perhatikan baby puan untuk kenal pasti jika ada tanda-tanda merah atau ruam.

  3. Pretty Girl

    THX!! this info is really greaT! :grin: :idea: :smile:


  4. hi…. sy tengah mengalami skang ni… huhuhu…

    seksa betull.. 20-an baru nak kena chicken pox..


  5. Hi..

    Owh, memang seksa kena chicken pox bila dah besar panjang ni. Asyik rasa gatal dan nak garu saja kan :D

  6. zue

    salam.ank saya 9 bulan,hari ni dh msuk 3hr kna chken pox.
    Beserta dgn dmam panas.leh ke bg ubt pcm?sian dia… :sad:

  7. dell

    saya baru kena chiken pox sebulan yg lalu di usia 40 tahun…sekarang ni masih berparut tp alhamdulillah semakin pudar..brp lama bleh hilang parutnye…betul ke x bleh mkn kicap…spai bila?

  8. ema

    anak saya sedang mengalami penyakit ini sekarang. dah 4 hari tp ruamnya makin banyak..risau juga melihatnya. buat masa sekarang saya yang merawatnya. saya pernah kena penyakit ni dulu masa kanak-kanak. ada potensi x saya kena penyakit ni lagi.org kata penyakit ini sekali seorang sahaja seumur hidup… betul ke?

  9. sally

    anak saya 1 thn sdg mengalami demam campak… mcm mana nak cepat sembuh kan dia niii

  10. kenit

    my baby 10bln dia sering demam lepas 2 kluar tanda cam ruam2,satu yg saya musykil,kepala dia selalu panas camna tu yek…… :cry:

  11. suzana

    3 minggu lepas si bongsu saya kena chicken pox. Pastu sekarang ni abang2 dan kakaknya pula kena . Rumah dah jadi cam hospital. bulan ramadhan ni lagi perit…. nak masak tak leh (pantang larang, betul ke??) Tapi memang sedih tengok keadaan mereka. Tiap kali solat dan berdoa pasti menitik airmata. Kesian tengok mereka menanggung penderitaan itu….dugaan!!

  12. rie

    Dah seminggu kena. Adoi….seksanya, umur dah 38 baru kena. Untuk 3 hari yg pertama, langsung tak dpt bangun. Demam teruk & sendi2 semua sakit. Itulah penyakit yg paling teruk yg pernah saya alami setakat ini.

  13. manis

    hai apa khabar sekarang nie my husband plak kena chinken pox masuk ini dah 3 hari
    wooooo banyak juga tumbuh gelombong kat badan dia.katanya badan dia bisa2 disebabkan virus tu.
    tapi saya suruh dia mandi dengan (dettol dan sapu dng krim antibiotik bactoban oitment) kat gelombong tu,syukur sbb gelombong tu dah mula nak surut.xlah gatal sangat bila gelombaong tu mula nak kering.Saya rasa elok juga klu mandi bila kena sakit tu sebab kuman xlah teruk sangat merebak,tapi orang tua2 x kasi mandi takut terbantut.Saya rasa itu pandangan masing2lah.sekarang nie
    x salah saya dah ada vaksin chicken pox,jadi janganlah x ambil pula vaksin tersebut. ;-) :smile:

  14. manis

    puan zue,napa x beri baby awak ubat pcm tu????atau bawa dia (ke hospital jumpa dengan dr pakar
    kanak-kanak)dan bukan ke clinic.cian baby tu….pasti sakit badan dia,sedangkan orang dewasa x boleh tahan niekan baby dan kanak2.saya berharap pn bawa anak jumpa dengan dr pakar kanak-kanak ya.
    Jangan tangguh lagi takut kena sawan lagi susah nak jaga. :idea:

  15. namie

    saya dh kena tp kesan jd hitam sbb kena hujan…
    mcm mana nak ilangkn bnda nie???

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif