Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Artikel pilihan – Islamic NLP for Parenting: Pelukan Hati ke Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel yang saya ambil dari sebuah blog. Penulis artikel ini adalah dari seorang pensyarah UiTM yang mana saya mengenali nama beliau sejak 4 tahun yang lepas melalui buku yang di tulis oleh beliau tentang internet marketing. Tapi sampai saat ni saya belum berpeluang untuk menemui sifu tak rasmi saya ni secara bersemuka.

Saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi artikel ini kerana ianya berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan harian mereka yang berkeluarga seperti anda dan saya.

Oh ya, penulis artikel ini juga merupakan seorang pengamal Islamic NLP.

Saya copy dan paste artikel dari saudara Fuad Latip dibawah dan link ke blog beliau akan saya berikan di akhir artikel nanti.

********************************************************
ISLAMIC NLP FOR PARENTING : PELUKAN HATI KE HATI (oleh Fuad Latip)


Nur Durrotun Nasihah semakin membesar. Lagi dua minggu beliau berumur 3 tahun. Bercakap jangan ditandingi. Tanya itu ini.

Jika di rumah pelbagai perkara dilakukannya. Jika tidak diawasi, ada sahaja kerjanya yang bukan-bukan. Main air, main bedak, punggah sana sini. Saya tidak melarang jika beliau ingin bermain apa sahaja kecuali yang membahayakan.

Namun kekadang kelakuan beliau benar-benar menguji kesabaran ayah dan mama. Ketika ini, jika kita marah, sebenarnya ia boleh merosakkan jiwa beliau walaupun beliau takut untuk melakukan perkara yang tidak disenangi.

Jika ditegur dengan baik, memang susah untuk didengari. Jika tidak ditegur langsung, lagi pelbagai perkara yang jadi.

Saya megambil pengajaran daripada arwah ayah saya. Beliau suka memeluk saya sejak saya kecil sehingga besar walaupun saya sudah berumur 20 tahun lebih. Saya rasa tenang di dalam pelukan seorang ayah. Juga di dalam pelukan mak. Ketika itu saya berasa sungguh damai. Rasa yang pasti tidak mampu ditulis di sini. Diketika itu apa sahaja arahan mereka mudah diikuti.

Hari ini Nasihah sengaja menumpahkan air di atas meja TV. Kemudian menyapu air tersebut dengan tangan. Dibasahnya DVD-DVD berdekatan yang ada. Di basahnya sebuah majalah yang berada di situ. Mulanya saya ingin menegur beliau. Tetapi saya teringat cara arwah ayah mendidik anak-anaknya dengan memeluk anak-anaknya hati ke hati dan terus sambung ke Allah SWT.

Saya mendapatkan Nasihah dan memeluk beliau. Saya bawa beliau mengingati Allah SWT. Di kala saya memeluk beliau, saya terus sambung dengan Allah SWT walaupun sambung ke Allah SWT itu sememangnya setiap saat. Tetapi kali ini saya membawa hati anak saya untuk mengingati Allah SWT.

Bagaimana? Cukup sekadar memeluk, diam dan saya mengingati dan memohon kebaikan untuk anak saya daripada Allah SWT. Saya tidak mampu menenang jiwa anak saya kecuali Allah SWT yang menenangkan. Lalu saya minta saja pada Allah SWT.

Awalnya gelisah dan ingin lepaskan diri. Tetapi kemudian beliau tenang, tidak gelisah dan diam sahaja. Setelah itu mudah mendengar kata-kata saya.

***

Pelukan hati ke hati kemudian dibawa mengingati Allah SWT mampu melembutkan hati sesiapa sahaja. Peluklah anak-anak kita walaupun mereka sudah dewasa kerana dengan pelukan hati ke hati dan disambung ke Allah SWT, pasti mampu melembutkan hati mereka. Begitu juga dengan suami atau isteri. Peluklah mereka dan sambungkan hati kita kepada Allah SWT.

********************************************************

Jika anda berminat untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan dengan Islamic NLP dari blog Fuad Latip ni, Puan boleh ke blog beliau di link ni >> http://www.fuadlatip.com/v1/

Ok lah, sampai di sini dulu perkongsian dari saya untuk kali ini. Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat untuk anda sekeluarga.

Kak Fazidah

2 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Daun sekentut – Ulam yang berkhasiat untuk di ambil dalam pantang selepas bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya doakan anda sihat dan gembira hari ni :)

Hari ini saya nak berkongsi tentang khasiat daun sekentut. Apa daun sekentut tu…..?

Daun sekentut adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan beriklim tropika macam Malaysia ni…

Daun sekentut merupakan antara daun yang boleh dimakan sebagai ulam sewaktu dalam pantang selepas bersalin kerana khasiatnya yang boleh membantu membuang angin dalam badan dan mengubati sakit perut dan bisa-bisa sendi.

Nama sekentut diberikan sebab daun dan batangnya akan mengeluarkan bau seakan-akan sulfur bila dihancurkan atau dilumatkan.

Bagi masyarakat Melayu, daun ini banyak digunakan sebagai penyedap bau dan pembuka selera apabila dicampurkan dengan ulam-ulaman yang lain dan dijadikan nasi ulam. Baunya yang seakan sulfur itu akan hilang selepas dicampur dengan ramuan lain.

Daun sekentut juga boleh digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi.  Caranya adalah dengan menumbuk halus daun sekentut kemudian diperah untuk mendapatkan airnya. Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang gatal-gatal atau di bintik merah berkenaan.

Kalau boleh elakkan makan ulam ni bila anda plan nak ke kenduri kawin atau ada majlis keramaian. Sungguh tak best bila asik nak buang angin je :p

Kak Fazidah

ps : kredit pic daun sekentut to cheritaqaseh.blogspot.com

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Feedback terkini dari bakal pelanggan bengkung moden

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi feedback yang saya terima dari facebook.

Saya attached kat bawah extract dari FB  Fan page Bengkung Moden.

Wasalam

Kak Fazidah

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Info untuk anda – Video Bersalin Pembedahan / Caeserean bersama penerangan

Assalamualaikum,

Saya doakan pembaca blog ini sihat dan gembira di samping keluarga.

Hari ni saya nak share satu video dari YouTube. Video ini adalah antara yang berinformasi sebab penerangannya adalah dari perspektif perubatan dan menunjukkan step by step pembedahan / caeserean dari saat pesakit di tolak masuk ke bilik pembedahan (OT) hingga ke post operation.

Semoga video ini membantu anda untuk lebih memahami prosidur yang dijalankan sewaktu Cesarean / Pembedahan.

Selamat menonton.

Kak Faz

Ps: dapatkan tips memakai bengkung selepas bersalin cesarean ( c.sect )  di www.bengkungmoden.com. Klik disini ye :)

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Gel sireh tak panas..?

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Hari ini saya nak berkongsi email yang saya terima dari salah seorang pelanggan BengkungModen.com tentang gel sireh yang tak panas .

Sebenarnya banyak juga saya terima soalan macam ni dari pelanggan saya. Bila diselidik, mereka beli dari kedai atau kiosk dekat dengan rumah mereka. Saya tak pasti sama ada gel yang dibeli tu original atau palsu.

Tetapi jika beli dengan bengkungmoden.com saya jamin gel sireh yang saya jual adalah original sebab saya ambil direct dari pengeluar gel sireh iaitu Sireh Emas Marketing. Juga… jika gel yang di beli dari saya tu tak panas atau berbau, ia boleh ditukar dengan gel yang baru asalkan yang rosak dan yang tak panas tu dipulangkan kepada saya untuk di analisis oleh pihak sireh emas.

Gel sireh yang berfungsi dengan baik sepatutnya ada rasa panas dan juga ia sepatutnya tidak berbau. Gel yang panas membantu pembakaran lemak di bahagian badan yang disapu dengan gel seterusnya membantu mengurangkan lemak di kawasan yang terlibat.

Ok, itu saja untuk kali ni. Hingga jumpa lagi di posting saya yang akan datang.

Wasalam

Kak Fazidah

bengkung moden, bersalin cesarean

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di kesempatan ini saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jik ada sebarang kesilapan di pihak kami di BengkungModen.com.

Semoga Syawal kali ini diraikan dengan penuh keinsafan dan ketakwaan oleh kita semua.

Saya juga mendoakan agar anda sekeluarga sentiasa selamat sepanjang dalam perjalanan. Jangan lupa kirim salam kat orang kampung ye :)

Ikhlas

Kak Faz

1 Comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Tips beraya dengan si kecil (supaya tak spoil mood raya anda)

Tips no 2.. :) )

Kak faz

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Tips beraya dengan si kecil (supaya tak spoil mood raya anda)

Tips 1…

Kak Faz

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Hari terakhir penghantaran order melalui pos laju sebelum Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Wah..wah..wah.. semua orang mesti sibuk dengan persiapan raya sekarang ni kan..? Tak terkecuali saya sekali :)

Tapi persiapan tahun ni ala kadar aje. Yang penting baju kurung / melayu anak-anak ada sorang sepasang. Untuk T-shirt dan seluar saya pusing sana sikit ejas sini sikit, boleh la dapat ikut harga bajet saya..he..he..

Untuk hari ni saya cuma nak maklumkan hari terakhir untuk saya pos semua tempahan ialah pada hari rabu 15 ogos 2012 jam 12 tengahari. Insya allah order yang di pos pada rabu ni masih sempat sampai sebelum raya seperti yang di umukan oleh Pos Malaysia.

Untuk tempahan selepas 15 Ogos saya akan pos laju selepas raya. Jadi jika anda nak guna bengkung ni beberapa hari selepas raya atau nak dapatkan sebelum raya, cepat-cepat order dalam masa 2 ke 3 hari ni ye.

Wasalam

Kak Faz

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Bengkung Moden Telah Membantu Seorang Lagi Ibu Berpantang Dengan Mudah Selepas Cesarean

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Bagaimana dengan puasa anda tahun ni…? Best… biasa je….? atau boleh laa….?

Bagi saya best je sebab bulan puasa tak payah masak banyak kali tapi masak banyak sikit sekali gus je (he..he… jimat masa saya..). Cuma kurang best bila tiba-tiba je air tak ada. Melemahkan semangat nak masak betul dibuat nya :(

Untuk hari ni saya ini saya ingin berkongsi testimoni yang saya terima dari pelanggan saya Puan Rahimah Othman yang telah melalui proses berpantang yang lebih mudah dengan Bengkung Moden selepas beliau bersalin pembedahan .

Email yang saya terima dari Puan Rahimah ni saya copy dan paste aje kat sini…

Assalamualaikum Puan,

Saya juga mendoakan agar puan sekeluarga turut sehat ye. Saya langsung tak ada kesempatan untuk bagi respon selepas menggunakan bengkung moden yang saya beli dari puan kerana keadaan dan tempoh kerja yang padat.Untuk pengetahuan puan, Bengkung moden sangat-sangat membantu saya dalam tempoh berpantang, di sini saya ceritakan sedikit pengalaman saya selepas bersalin.
Saya beli bengkung dari puan kalau tak salah saya dalam bulan Disember 2011. Saya bersalin pada 9 Jan 2012  secara pembedahan. Selepas hari ke 4 di hospital saya dibenarkan pulang. Sebelum keluar wad saya guna bengkung moden tersebut…memang membantu…saya terasa perut di ampu dan kurang terasa sakit.
Setelah pulang berpantang di kampung halaman, Kedah. Hari ke 7 anak kecil saya didapati demam on/off dan di tahan wad di Hospital Sultanah Bahiyah yang mengambil masa lebih 30minit dari rumah saya. Dalam tempoh 7 hari berpantang keadaan masih belum kuat…namun saya mampu bergerak dan berjalan sendiri tanpa menggunakan kerusi roda setiap hari untuk melawat anak kecil saya. kerana disana tidak disediakan tempat dan tidak dibenar menunggu. Setiap hari saya berulang-alik dari rumah ke hospital selama 15hari dan berjalan kaki dari tempat letak kereka ke wad anak saya ditempatkan. Agak jauh tapi saya mampu melakukannya.
Ramai yang beranggapan saya bersalin biasa kerana kelihatan sangat kuat berjalan. Tapi hakikatnya saya bergerak dengan bantuan bengkung moden daripada puan…sekarang adik saya pula berpantang, jadi saya pinjamkan dia bengkung tersebut…sangat-sangatlah membantu.
Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada puan, dengan tip-tip yang puan emelkan, petua yang dikongsi sangat-sangatlah berguna.
Terima kasih Puan.
Rahimah Othman (Along)
Terima kasih pada Puan Rahimah kerana sudi berkongsi pengalaman beliau sewaktu menggunakan bengkung moden. Saya juga mendoakan agar Puan Rahimah sekeluarga dan semua pelanggan bengkung moden diberkati Allah sentiasa.
Yang gembira membantu :)
Kak faz

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com