Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Testimoni terbaru dari pelanggan bengkung moden yang berpuas hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog bengkung moden :)

Apa khabar anda semua di musim cuti sekolah ni..? Harap semua nya ok dan sihat ye. Bagi saya ok saja, cuma agak sibuk dengan persiapan sekolah anak-anak. Almaklumlah cuti sekolah pun dah tinggal kurang 2 minggu saja lagi.

Hari ini saya ingin berkongsi testimoni yang saya terima dari pelanggan bengkung moden yang di hantar kepada saya melalui email pada 14 December 2011 yang lalu. Puan Fareena merupakan ibu kepada 4 orang anak yang mana anak pertama, ke 3 dan ke 4 telah di lahirkan secara pembedahan / cesarean. Sebelum membeli bengkung moden, Puan Fareena pernah menghubungi saya dan berkongsi masalah beliau yang sukar menurunkan berat badan semasa dan selepas berpantang walaupun pemakanan dikurangkan dari segi kuantiti dan jenis makanan.

Salam Fazidah,

Saya Puan Fareena yang pernah beli bengkung dengan you last month. Saya nak ucapkan terima kasih atas advise yang you bagi…

Its totally work bila saya guna bengkung tu… dalam sebulan saya guna pinggang dan perut saya dah turun. Ukuran saya bagi masa nak beli bengkung tu 49 inch tapi selepas guna bengkung tu sebulan kini dah turun tinggal 42 inch.

Disamping advice you bagi makan ubat bersalin dari product Nona Roguy juga memang berkesan. Hingga sekarang saya masih teruskan pengambilan ubat Nona Roguy tu.

Terima kasih banyak-banyak. Kombinasi Bengkung & Nona Roguy telah menceriakan hidup saya kini badan kembali normal seperti sebelum mengandung. Baju-baju sebelum ni dapat dipakai semula tanpa ada perubahan size lagi… tapi saya masih ingin menurunkan berat badan dan mengecilkan bahagian perut dan pinggul yang masih ada saki baki isi.

Harapan saya kalu Fazidah ada cadangan terbaik atau tips-tips yang boleh kongsi ngan saya untuk menurunkan berat badan dan menghilangkan baki isi tu bolehlah emailkan pada saya.

Sekian terima kasih… Doa saya…. Semoga Allah terus memberikan anda rezeki dan maju dalam bisnes ini kerana anda telah membuat kebaikan dengan membantu insan bermasalah.

Terima kasih pada puan Fareena atas feedback yang diberikan. Terharu rasanya…

 

Kak Faz

2 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Ibu Hamil Waspada Darah Tinggi

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Harap semuanya ok ye…

Hari ini saya ingin berkongsi artikel dari Utusan Malaysia yang telah dikeluarkan pada 3/6/2008. Sesekali baca artikel lama tapi berinformasi apa salahnya kan..?

Ok, kita teruskan saja pada kandung artikel tu ye. Saya copy and paste aje lah kat sini. Selamat membaca… :)

~ Kak Faz ~

PENYAKIT darah tinggi berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.

Keadaan ini berlaku pada wanita tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, tekanan darah tinggi di kalangan wanita hamil biasanya berlaku ketika kandungan berusia 20 minggu ke atas.

Tetapi, sekiranya ia berlaku lebih awal dari tempoh itu, pemeriksaan terhadap pesakit perlu dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.

Menurutnya, darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan berlangsung. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna” jelasnya ketika ditemui di kliniknya, di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut beliau, tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70.

“Kalau lebih daripada 110 ia dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi, bagaimanapun peratusan kenaikan daripada tahap normal hingga ke tahap tekanan itu akan dianalisis oleh doktor.

“Sebab itu penting bagi seorang wanita hamil untuk mendapatkan rawatan kerap daripada doktor mereka,” jelas Dr. Silvam yang juga berkepakaran dalam bidang ginekologi onkologi.

Antara komplikasi yang terpaksa dihadapi oleh wanita hamil ialah mengeluarkan bayi mereka sebelum waktu matang.

“Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.

“Dalam kes wanita hamil yang menghidap darah tinggi, kita perlu sentiasa berkompromi antara kesihatan ibu dan nyawa bayi.

“Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, ia masih ada masalah sebab dia perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi.

“Risiko lain, bayi juga boleh meninggal dunia kalau dikeluarkan terlalu awal,” jelas beliau lagi.

Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.

Menurut Dr. Silvam, kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan ubat, iaitu pengambilan ubat darah tinggi.

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.

Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

“Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun,” ujar beliau.

Peratusan untuk penyakit darah tinggi pada wanita hamil akan hilang selepas bersalin ialah sebanyak hampir 100 peratus, kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang, sebab mungkin secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.

“Ini semua mesti diperiksa secara mendalam, doktor tidak boleh buat sebarang kesimpulan. Sebagai contoh, seorang wanita muda berusia 20 tahun yang mengandung dan dikesan mempunyai darah tinggi. Kita, menjangkakan darah tinggi akan turun selepas bersalin jika dia tidak ada sebarang masalah lain seperti buah pinggang atau sebagainya,” hurai beliau.

Ketika ditanya tentang kaedah bersalin paling selamat untuk wanita yang menghidap darah tinggi, Dr. Silvam menjelaskan ia bergantung kepada faktor kematangan bayi dalam kandungan (selama mana kandungan tersebut).

“Seboleh-bolehnya kita akan bagi ibu bersalin bila cukup tempoh, sebab kurang risiko untuk bayi. Bukan saja takut bayi meninggal awal, tapi juga masalah komplikasi lain.

“Namun, jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

“Ibu boleh mendapat sawan, kadang-kadang boleh terjadi pendarahan di otak dan seterusnya terjadi strok,” jelas beliau.

Dr. Silvam berkata, walaupun strok selalu dialami oleh orang tua, kesan akhir bagi penghidap darah tinggi yang serius adalah sama, tidak kira bagi penghidap darah tinggi biasa mahupun ibu hamil yang menghidap darah tinggi.

“Walaupun punca darah tinggi semasa mengandung berlainan daripada kes darah tinggi biasa, namun perlu diingatkan kesan akhirnya tetap sama. Apabila salur darah pecah, serangan strok terjadi dan komplikasinya sama saja, jadi sebab itu kita kena mengawal darah tinggi ini untuk ibu melalui pengambilan ubat,” kata Dr. Silvam.

Semasa tekanan darah terlalu tinggi, doktor akan melihat dua keadaan. Pertama, sama ada tekanan darah tinggi disertai dengan kencing kotor (protein dalam air kencing tinggi), di mana wanita tersebut mungkin akan mengalami ‘eminent eclampsia’ (hampir-hampir mengalami sawan).

Dalam keadaan ini, doktor akan menyarankan wanita tersebut dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.

Jika keadaan membahayakan nyawa ibu, maka dia akan dipaksa bersalin dan jika tempoh kandungan baru 20 minggu kemungkinan besar bayi tidak akan selamat. Bagaimanapun, jika kandungan sudah berusia 28 minggu atau lebih bayi boleh dirawat secara intensif.

Kedua, jika ibu mengalami darah tinggi, tapi tiada kencing kotor, doktor akan memberi pemerhatian rapi dengan pemeriksaan doktor setiap minggu. Apabila doktor membuat analisis, darah tingginya boleh dikawal dan kencingnya tidak kotor, maka kandungannya boleh diteruskan hingga cukup matang iaitu minggu 32 hingga 34.

“Dalam keadaan ibu hamil dengan tekanan darah tinggi ini mesti selalu kompromi, iaitu antara kesihatan ibu dan kematangan bayi.

“Paling diutamakan ialah nyawa ibu, sebab selain strok terdapat juga kes di mana ibu boleh meninggal dunia kerana uri pecah (placenta rupture), berdarah akibat tekanan yang terlalu tinggi,” ujar beliau.

Susah untuk mengelakkan seorang ibu hamil daripada terkena darah tinggi, ia sebenarnya bergantung kepada faktor-x yang ada pada ibu dan ayah,

masalah darah tinggi ini berlaku bukan saja di negara-negara membangun, ia juga masalah penting yang berlaku di negara yang sudah membangun, sebab tiada siapa yang tahu puncanya.

Bagaimanapun, ibu yang mempunyai darah tinggi adalah dinasihatkan supaya bersalin di hospital dan pastikan ada doktor pakar yang akan membuat rawatan susulan dan rawatan sokongan.

Petikan dari Utusan Malaysia (3/6/2008)

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

 

 

2 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Lagu Jepun Yang Menyentuh Hati – Mirai e (Melangkah ke hadapan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi satu lagu Jepun yang agak selalu saya dengar di radio. Entah kenapa sejak dari pertama kali dengar lagu ni, hati saya tersentuh dengan melodinya.

Agak lama juga saya cuba cari kat internet tajuk lagu dan penyanyi nye tapi tak jumpa-jumpa. Tapi beberapa hari lepas saya agak free sikit, jadi saya cuba lagi cari lagu ni kat youtube. Lepas godek-godek, akhirnya jumpa juga. Rupa-rupanya nama penyanyi lagu ni Kiroro (Kumpulan duo wanita Jepun – macam nama kartun Kiroro yang kepala besar mata bulat tu kan..he..he..). Lagu ni dah lama rupanya, kiranya saya lah yang terlambat sebab baru dengar sejak tahun lepas.

 

 

Saya ingatkan lagu ni pasal percintaan yang tak kesampaian (sebab melodinya sedih gitu…). Bila saya surf lirik yang dah di alih bahasa, rupa-rupanya lagu ni kisah anak yang teringat kat mak dia yang dah banyak memberikan perangsang untuk dia berjaya. Alahai, lagi lah tersentuh hati saya.

Dibawah ni saya sertakan terjemahan lirik lagu (credit pada blog belajar bahasa jepun ) :

MIRAI

Hora ashimoto wo mite goran

Look! Look at your feet

Kore ga anata no ayumu michi

This is the road you walk

Hora mae wo mite goran

Look! Look ahead of you

Are ga anata no mirai

That is your future

 

Haha ga kureta takusan no yasashisa

My mother gave me so much kindness

Ai wo idaite ayumeto kurikaeshita

“Embrace love and walk,” she said over and over

Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai

At that time I was still immature

Sonna watashi no te wo nigiri

Even I’m in that condition. She held my hand

Issho ni ayundekita

And walked with me
Yume wa itsumo sora takaku aru kara

Our dreams are always high in the sky

Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no

It’s scary that they might not come true. But we still continue to chase them

Jibun no sutoori dakara koso akirametakunai

Because it’s our story, we don’t want to give up

Fuan ni naru to te wo nigiri

When I was unsure, she held my hand

Issho ni ayundekita

And walked with me

 

sono yasashisa wo toki ni wa iyagari

There were time when I hated that kindness

Hanareta haha e sunao ni narezu

When separated from my mother I couldn’t be obedient

 

Sesekali blog ni layan lagu apa salahnya kan..? Apa-apa pun, bagi yang dah kehilangan mak, ayah dan yang tersayang, hati pasti tersentuh jika anda dengar lagu ni dan baca terjemahan liriknya.

Layannn…

 

Kak Faz

 


 

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Tips memilih kasut yang sesuai untuk anak anda – Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Diharap anda semua sihat dan ceria hari ni ye :)

Hari ni kita sambung lagi dengan part 2 untuk tips memilih kasut yang sesuai untuk anak anda.

6. Bahan yang digunakan untuk membuat kasut – sebaiknya pilih kasut yang dibuat dari bahan yang lembut dan fleksibel seperti dari kain atau kulit yang lembut. Kasut yang dibuat dari bahan yang keras berisiko mengganggu perkembangan dan pembetukan kaki anak anda.

 

7.  Kasut yang ringan – sebaiknya pilih kasut yang ringan terutama jika anak anda baru mula nak berjalan. Kasut yang ringan memudahkan bayi melangkah dan membantu mengelak anak anda dari jatuh dengan mudah berbanding dengan kasut yang berat yang bukan saja menyukarkan anak anda melangkah, ia juga akan membuat anak anda mudah penat kerana perlu menyeret kasut yang berat.

8. Pilih kasut yang mudah di pakai dan dibuka – biasanya kasut jenis sarung dan bertali yang mempunyai velcro sebagai pelekat lebih mudah dan sesuai terutama untuk bayi yang baru pandai berjalan. Ini kerana selain dari mudah dipakai dan dibuka, tali kasut jenis ini juga amat membantu mengelakkan kasut dari tercicir. Kasut jenis bertali juga boleh membantu mengelak anak anda dari memcabut kasut dari kakinya sendiri.

9. Kasut dari warna yang terang dan corak menarik – biasanya kanak-kanank sukakan sesuatu yang berwarna terang. Jadi pemilihan kasut dengan warna yang terang dan corak yang menarik akan merangsang minat bayi untuk memakai kasutnya.

Okay, itu saja untuk kali ini. Hingga berjumpa lagi di coretan yang akan datang ye…

 

Wasalam

Kak Faz

 

 

 

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Tips memilih kasut yang sesuai untuk anak anda – Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa khabar anda hari ini? Saya harap anda sihat-sihat saja. Bagi saya, semua nya ok saja. Cuma agak kepenatan sebab mengejar hari-hari terakhir di bulan Syawal ni untuk puasa enam yang belum sempat saya habiskan.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda beberapa tips sebagai panduan sewaktu membeli kasut untuk anak anda. Sebagai ibu bapa (terutama yang baru bergelar ibu dan ayah..), memilih dan membelikan kasut pertama untuk bayi anda merupakan antara detik yang tak ingin di lepaskan. Jika boleh anda dan pasangan  nak pilih dan beli bersama-sama, “barulah terasa macam satu keluarga kan…?”  (ni ayat favourite anak sulung saya sebagai alasan bila nak minta kami semua pakai baju yang sama warna, terutama baju raya..he..he…)

 

Berikut adalah beberapa kriteria yangg boleh dijadikan panduan sewaktu memilih kasut untuk si kecil anda :

1.  Masa yang sesuai untuk membeli kasut – Untuk pembelian kali pertama, biasanya waktu yang sesuai ialah apabila anak anda mula merangkak kerana selepas merangkak anak anda akan mula berjalan. Diwaktu ini juga anda boleh mula mengajar anak anda bertatih setiap kali kasut dipakaikan dikakinya.

2. Elakkan dari membeli di waktu sesak dan ramai orang. Ini biasanya terjadi bila dekat nak raya atau sewaktu jualan murah. Selain dari faktor lapar dan mengantuk, anak anda juga mudah meragam jika kedai yang anda masuki penuh dengan pengunjung hingga perlu berasak-asak dan bersesak-sesak. Jika anak dah meragam, memang agak sukar bagi anda untuk memilih kasut yang benar-benar sesuai dengan kaki anak anda.

3. Ukur kasut di kaki anak – sebelum membeli kasut, cuba kasut di kaki anak anda terlebih dahulu. Sebaiknya kasut dicuba sewaktu anak anda dalam keadaan berdiri dan memakai sarung kaki (atau stokin). Biasanya kaki kiri dan kanan tak semestinya sama besar. Jika ini berlaku, pilih kasut ikut ukuran kaki yang lebih besar.

4. Pilih kasut yang lembut di bahagian dalam, bertapak lembut dan mudah dilentur . Kasut yang lembut dibahagian dalam biasanya lebih selesa di pakai, apatah lagi kaki anak anda masih lembut.

5. Elakkan kasut yang runcing di bahagian depan dan bertumit tinggi. Kasut dengan reka bentuk sebegini bukan saja tidak sesuai dan tidak selesa dipakai oleh kanak-kanak, ia juga akan mengganggu pertumbuhan jari-jari kaki. Selain dari itu, kasut yang runcing di bahagian depan boleh menyebabkan kaki anak  anda melecet dan luka.

Ok, kita rehat dulu.. Insya allah dalam 2 hari lagi saya akan sambung untuk bahagian 2 bagi tips memilih kasut bayi ni. Dah awal pagi rupanya, syok sangat layan lagu jepun sampai tak sedar dah jam 4 pagi.

 

Sayonara…

Kak Faz

 

 

 

 

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI (2011) MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar para pembaca sekalian..?

Wah.. lamanya saya tak berkongsi tips di blog ni. Bukan dah lupa, tapi ada saja halangan nya (huh! alasan… hu..hu..)

Saya pasti di saat ini ramai yang telah pun balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga. Alhamdulillah di tahun ini sekali lagi kita semua dapat berkumpul bersama keluarga tersayang bagi meraikan Aidilfitri.

Namun begitu sesekali pasti hati kita tersentuh melihat kesengsaraan mereka yang mengalami kebuluran di Somalia dan negara-negara di Afrika. Dan yang menyedihkan kebanyakan dari mereka juga adalah seperti kita – kaum ibu, wanita, kanak-kanak dan umat Islam. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka untuk melalui detik sukar ini dan diwaktu yang sama menimbulkan keinsafan di hati kita atas kurniaan Ilahi – mempunyai negara yang masih aman dan kita bebas mengamalkan suruhan Allah tanpa tentangan.

 

selamat hari raya

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua pelanggan dan pengunjung bengkungmoden.com andai ada kesalahan yang telah saya lakukan. Almaklumlah, sebagai manusia saya juga tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Bagi yang berpeluang beraya di kampung, saya doakan anda selamat pergi dan selamat kembali semula selepas beraya.

Namun begitu, saya pasti ada juga di antara anda yang tidak dapat beraya disebabkan baru saja bersalin atau sedang berdebar-debar menunggu saat kelahiran bayi anda. Saya doakan anda cepat sembuh dan menikmati detik indah menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga anda.

Itu saja untuk kali ini. Insya allah saya akan kembali berkongsi tips dengan anda selepas raya nanti.

Selamat Hari Raya Semua!

 

Kak Faz

 

bengkung moden, bersalin cesarean

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Betul ke kandungan gula memang berlebihan dalam susu formula?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Malam ni saya agak free sikit.  Tergerak nak merayap dan merayau sekejap di internet sambil mencari info terbaru. Dan secara tak sengaja saya terjumpa satu blog ni yang mengupas tentang iklan yang agak kerap bersiaran di TV kebelakangan ni tentang kandungan gula berlebihan dalam susu formula bayi.

Waktu pertama kali menonton iklan tu dulu, ada juga terfikir dalam hati… “ye ke, boleh caya ke ni..?”  Tapi disebabkan kesuntukan waktu, saya tinggalkan dulu persoalan tu.

Nasib baik malam ni terjumpa entry di blog ShaKiddo yang mengupas tentang isu ini. Sekurang-kurangnya sebahagian dari persoalan saya dah pun terjawab di blog ni. Untuk bacaan lanjut, anda boleh ke blog ShaKiddo di link berikut ye >> Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung Bayi – klik di sini ... <<

Apa-apa pun, susu ibu tetap yang terbaik untuk anak-anak kita.  Cuma bila anak dah berumur 3 atau 4 tahun ke atas, nak tak nak kita kena juga bagi susu formula untuk mereka.  Tak gitu…?

 

Kak Faz

ps : Terima kasih pada Shakiddo, at least tak de lah rasa bersalah sangat bagi anak minum “13 sudu teh gula sehari” (bak kata iklan tu… hu…hu…)

 

2 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Koleksi terbaru washable liners / nappy liners

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selepas agak lama menunggu, akhirnya sampai juga stok terbaru washable liners atau bagi sesetengah pelanggan saya , ada yang panggil nappy liners.

Kesemuanya ada 7 corak :

1.  Corak Moon & Star

 

2. Corak Bird’s House

 

3. Corak Disney Characters

 

 

4. Corak Green Camouflage

 

5. Corak Green Forest

 

6. Corak Green Tortoise

 

7. Corak Rugby & Snooker Balls

Untuk tempahan dan promosi terkini,  >>> sila klik di sini ye ... <<<

 

Kak Faz

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Kesan pengambilan kafein semasa hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama benar saya tak berkongsi tips terkini dengan pembaca blog ini. Diharap anda semua sihat saja ye. Bagi saya disini tak berapa sihat sikit. Biasalah, sekarang ni kan musim demam dan batuk. Walau macam mana saya cuba elakkan, terkena juga jangkitannya…hu..hu..

Kita teruskan saja lah ke topik utama. Baru -baru ni saya terbaca satu artikel tentang kesan pengambilan kafein dalam kuantiti yang banyak sewaktu hamil.

 

Kafein yang diambil sama ada melalui makanan atau minuman boleh melalui placenta dan menjejaskan kadar degupan jantung dan pernafasan bayi. Malahan dari kajian yang dijalankan juga menunjukkan pengambilan kafein dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan melambatkan petumbuhan janin.

Risiko lain yang boleh disebabkan oleh pengambilan kafein ialah keguguran,  menyebabkan penyusutan berat bayi yang masih dalam kandungan dan juga boleh menyumbang kepada kematian bayi sewaktu lahir.

Jadi kepada ibu-ibu yang sangat suka minum kopi terutama sewaktu dipejabat, sebaiknya cuba kurangkan pengambilan minuman berkafein sewaktu dalam tempoh hamil.

 

Kak Faz

 

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Pankaja Kasthuri – rawatan alternatif untuk batuk dan selsema

Assalamualaikum,

Ramai yang bertanya macam mana rupanya pankaja kasthuri yang dikatakan bagus untuk menyembuhkan batuk dan selsema terutama bagi kanak-kanak tu. Disebabkan kesibukan yang tak dapat saya elakkan asik tertangguh saja posting saya untuk pankaja kasthuri ni.

Jadi hari ni saya akan berkongsi info tentang pankaja kasthuri.

Gambar diatas adalah rupa bekas pankaja kasthuri yang ada kat rumah saya sekarang.  Tapi tadi masa surf kat google, terjumpa pula web pankaja kasthuri ni. Patut lah rasa macam susah je nak jumpa pankaja kasthuri tiap kali pergi cari kat farmasi, rupa-rupanya dah tukar packaging. Almaklumlah dalam kepala dah set cari bekas hijau tapi tak jumpa-jumpa. Dah beberapa bulan saya dok merayap cari tapi tak jumpa juga sebab stok yang ada kat rumah dah hampir nak habis.

Jadi ni lah rupa terbaru packaging pankaja kasthuri..

 

pankaja kasthuri

Pankaja Kasthuri ni sebenarnya adalah persediaan herba Ayurveda berasal dari India. Pankaja kasthuri ini merupakan rawatan alternatif bagi menyembuh batuk dan selsema. Selain dari itu ia juga membantu meningkatkan imunisasi dan pertahanan tubuh. Rasanya ada pedas-pedas manis, dalam bentuk serbuk yang kasar2. Kalau nak makan kiranya kena kunyah juga lah, tak boleh main telan je. Jadi ianya lebih sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.

Tapi jika anda nak cuba berikan pada anak-anak kecil yang 2 tahun ke bawah atau yang dah besar sikit tapi liat nak makan macam tu saja, boleh cuba cara berikut :

1/2 sudu pankaja kasthuri (atau ikut dos yang di syorkan, biasanya ada cakap kat botol pankaja tu..)  dicampurkan dengan 1 sudu madu (atau kurang , yang ni anda boleh adjust ikut tahap manis yang anda mahu..) dan 3 sudu air panas. Kacau sampai semuanya hancur, lepas tu bagi lah anak minum. Air panas tu tak payah letak banyak2, nanti lagi susah nak habiskan pula.

Bahan-bahan yang ada dalam pankaja kasthuri ni antaranya ialah halia yang dikeringkan dan lada hitam. Sebab tu lah ada rasa pedas-pedas sikit.

Mana nak cari pankaja kasthuri…? soalan cepu emas ni. Sebab saya pun tak pasti kat mana yang ada jual kat seluruh Malaysia ni. Tapi anda boleh cuba baca info lanjut dan dapatkan senarai pengedar dari link berikut >> pengedar pankaja kasthuri <<

Juga, jika anda nak dapatkan info lanjut tentang pankaja kasthuri, boleh baca di link berikut :

1. >>  Kelebihan Pankaja Kasthuri untuk menyembuhkan batuk dan selsema kanak-kanak <<

2. >> Batuk dan selsema pada kanak-kanak <<

Cuma jangan lah pula anda order dari kedua-dua link di atas. Jenuh nak bayar caj pos nye nanti sebab akan di pos dari India..he..he.. :)

Dari pengalaman dan pemerhatian saya sendiri, saya dan suami telah berikan pankaja kasthuri ni pada anak bongsu kami sejak umurnya setahun lebih disamping rawatan di Klinik Wangsa (anak saya ni pernah masuk hospital masa umur 2 bulan disebabkan oleh jangkitan pada paru-paru akibat dari batuk dan selsema). Alhamdulillah, sekarang ni (umur anak saya dah 3 tahun lebih.. kiranya dah hampir 2 tahun lebih gunakan pankaja kasthuri) anak saya tidak lagi mengalami selsema dan batuk yang berpanjangan. Biasanya kalau selsema dan batuk pun sekejap saja. Malahan, kalau selsema saja dia mesti mintak nak makan ‘ubat kaja’. Kami juga dah lama tak berkunjung ke Klinik Wangsa sebab anak saya tu dah jarang sangat kena selsema dan batuk yang  memerlukan rawatan.

Okay, itu saja untuk kali ni. Insya allah saya akan kongsikan lagi info berkaitan dengan bersalin dan penjagaan kanak-kanak nanti.

Wasalam

Kak Faz

 

ps : teringat masa pergi rumah kakak saya di Kuching, Sarawak. Bila balik sini pankaja kasthuri tertinggal kat sana. Disebabkan tak jumpa cari bekas hijau kat farmasi, saya minta kakak pos kan semula pankaja kasthuri pada saya…hu…hu..

 

 

 

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com