Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Testimoni dari Pelanggan Bengkung Moden dan Tungku Moden

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Saya harap semuanya okey saja.  Bagi saya disini agak sibuk juga, apatah lagi kebelakangan berbagai perkara yang agak memeningkan kepala timbul.

Selain dari masalah di laman web saya yang telah diserang virus, diikuti dengan komputer meletup (mungkin sebab saya buka komputer lama sangat – dari awal jam 2 pagi hingga ke 3 petang) hingga lah perkara berkaitan dengan hal persekolahan anak-anak saya menyebabkan masa saya agak terbatas.

Untuk hari ini saya ingin berkongsi testimoni terbaru yang saya terima melalui email dari pelanggan saya Puan Yusnida Ahmad Yusof yang telah menggunakan bengkung moden seawal 5 jam selepas bersalin cesarean. Kita ikuti email berikut…


Assalamualaikum,

Saya Yusnida, one of customer yang beli your bengkung moden. Tak sure you ingat atau tidak, saya datang rumah you di Padang Jawa untuk membeli coz rumah saya hanya di Shah Alam.

Dah lama cadang nak hantar email feedback pada you but sekarang baru ada masa.

Saya selamat melahirkan my third baby girl pada 02 Mac 2010 secara c-sec. Saya jalani pembedahan dan selesai semuanya lebih kurang 12 tengahari. And for your info, saya mula pakai bengkung pada jam 5 petang hari yang sama dan start duduk tak berapa lama kemudian. Saya tak buat ketat2 but just nice untuk support perut. Apabila doctor sudah keluarkan tiub urine pada jam 6 petang, saya sudah boleh berjalan ke bilik air sendiri. Tak terbongkok-bongkok, badan boleh lurus, tak takut laa kalau nak bersin atau tetiba terbatuk dan yang penting tak terasa peritnya macam pengalaman selepas 2nd c-sec.

My husband pun pelik coz masa lepas 2nd c-sec pada 4 tahun lepas, saya hanya duduk pada hari kedua selepas tiub urine dikeluarkan dan duduk kali pertama tuh memang saya menangis laa peritnya tuhan je yang tahu. Nak bangun dan baring satu perkara menyeksakan lah kiranya. Kalau ikutkan kali ni pun doctor patut suruh keluarkan tiub urine tuh pada keesokan hari, tapi saya minta juga keluarkan segera kerana terasa amat tidak selesa. Tambahan pula dihospital kerajaan, kita kena handle sendiri, tak der mak atau husband boleh stay dengan kita (setakat waktu melawat sahaja) lainlah macam hospital swasta.

Kiranya malam hari pertama pembedahan, saya dah berjalan ke bilik air sendiri, drip pun nurse dah cabut lepas habis antibiotic. Drip air tak payah dah coz saya tak der masalah nak ambil air untuk minum. Esok masa nurse kemas katil ada yang tanya saya bila kena bedah, saya cakap semalam, nurse kata tak macam orang kena bedah semalam. Sebab ada ibu yang juga bedah semalam sama dengan saya, masih belum cabut tiub urine dan terbaring atas katil. Sedangkan saya dah boleh pergi tandas bersihkan diri.

Masa mula pakai ada juga nurse yang tegur kata ‘tak boleh pakai girdle, nanti takut beri kesan pada tempat bedah’. Saya cakap saya tak pakai girdle, nie just nak support perut, dan saya pakai tak ketat pun. Alhamdullilah sampai sekarang, tak der masalah kat luka bedah saya.

Sepanjang pantang kali nie amat mudah untuk saya kerana saya juga beli tungku moden yang saya beli juga dari you. Guna letrik, caj tak sampai 5 minit, tungku dah panas, tak payah nak bakar batu kat dapur lagi.

Bengkung moden nie turut menyenangkan pergerakan saya kerana perut telah disokong kemas, jadi senang nak handle baby dan 2 anak perempuan saya. Malahan saya selalu berulang-alik ke hospital untuk ujian darah baby kerana jaundice. Dengan bengkung ni tak der masalah nak berjalan kesana kemari walaupun baru seminggu pembedahan.

Bengkung moden memang mudah nak pakai, walaupun sekarang sudah mula bekerja, saya ambil masa tak sampai 5 minit untuk sapu gel dan pakai bengkung. Walaupun badan berpeluh coz pakai lebih kurang 10 hingga 12 jam sehari tapi tak rasa gatal. Masih tetap rasa selesa. Nak basuh bengkung nie pun senang.

Saya memang promote bengkung nie to my frenz kerana saya dah cuba dan rasa sendiri pengalaman memakainya.

Terima kasih kerana menjual produk yang bermutu seperti ini.

Wasalam

Yusnida

(email : yuszbee [@] yahoo.com)

Terima kasih kepada Puan Yusnida kerana sudi berkongsi pengalaman disepanjang beliau menggunakan bengkung moden dan tungku moden. Gambar diatas adalah gambar bayi Puan Yusnida yang diberikan nama Nurliyana Damia yang dilahir kan pada 2 March 2010.

Jika ada yang masih ragu-ragu untuk menggunakan bengkung moden, testimoni diatas telah membuktikan bahawa bengkung moden sememangnya selamat digunakan selepas bersalin cesarean.

Hingga berjumpa lagi nanti.

Kak Faz

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Kaedah Merancang Keluarga Paling Selamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak beberapa hari lepas agak ramai yang menghantar email kepada saya bertanyakan kaedah merancang keluarga yang paling sesuai untuk mereka.

Kalau diikutkan memang terdapat beberapa pilihan bagi kaedah merancang keluarga ini  – sama ada secara implan, kaedah IUD, pengambilan pil perancang, suntikan dan juga penggunaan kondom.

Namun begitu secara peribadi saya lebih suka kan pengambilan kondom sebagai kaedah merancang keluarga. Ini kerana pengambilan pil perancang, implan dan suntikan akan mengganggu hormon didalam badan. Bagi sesetengah individu, pengambilan pil perancang menyebabkan muka berjerawat dan kenaikan berat badan. Malah ada antara pelanggan saya yang mengadu berat badan mereka naik mendadak selepas mengambil pil perancang.

Jika diikutkan, pemakaian kondom mungkin agak leceh bagi sesetengah individu. Tetapi penggunaan kondom sebenarnya merupakan kaedah yang paling mudah dan tidak memberikan kesan sampingan dalam tubuh kedua belah pihak iaitu suami da isteri.

Bagi mereka yang masih agak berat hati untuk menggunakan kondom, sebenarnya kondom dizaman ini boleh membantu pasangan suami isteri untuk menikmati hubungan yang lebih baik. Ini kerana terdapat berbagai pilihan kondom yang ditawarkan dipasaran – ada yang berperisa, berbagai pilihan warna, dan juga dalam beberapa bentuk – jenis lurus, besar di bahagian hujung, boleh mencengkam dan mengusik-usik (ribbing). Eh..eh… kondom sebenarnya memberikan ‘variety’ kepada anda suami isteri. Betul tak….? ;)

Kak Faz

1 Comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Fatal Error di Blog Bengkung Moden

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak malam semalam blog bengkung moden mengalami masalah yang pada mulanya saya sendiri tak tahu dimana puncanya kerana blog tak boleh di akses langsung. Dalam kepala tak ada lain yang saya fikirkan selain dari kena hack.

Mana tidak nye, yang keluar hanyalah remark perkataan unepected character in input bla..bla..bla…  Sebagai seorang yang tak tahu apa-apa tentang bahasa programming, memang menggelabah juga lah. Setelah menghubungi web hosting saya dimaklumkan script untuk wordpress theme yang sedang digunakan telah rosak dan perlu diganti dengan theme baru.

Jadi sepanjang hari semalam saya cuba dapatkan theme baru. Bagi mereka yang berkunjung ke blog ni semalam mungkin ada yang perasan atau terkejut bila tiba-tiba blog bertukar ke warna lain, kejap lagi dah tukar warna lain pulak…he…he…  Bukan apa, waktu tu saya sedang cuba install theme yang sesuai.

Memang pening kepala juga mencari theme yang benar-benar sesuai terutama untuk match dan pastikan sidebar di sebelah kanan ngam dengan gambar dan banner yang telah saya masukkan. Tapi kebanyakannya memang tak ngam langsung :(

Entah macam mana petang semalam waktu ambik anak di sekolah (bawak kereta pun pikir masalah blog yang tak selesai lagi…. hu…hu…) saya terfikir untuk cuba download dan install semula theme yang sama.

Dan pagi ni bila saya cuba akses ke blog lagi, laaa…. tak boleh akses lagi sekali.  Adess…memang menguji kesabaran betul. Kali ni fatal error di bahagian plugins pulak. Jadi saya buang saja plug in tu dan gantikan dengan yang baru.

Dan akhirnya alhamdulillah, pagi ni blog bengkung moden sudah boleh di akses seperti biasa. Jika anda perhatikan, ada beberapa perkara yang telah hilang dari blog ni. Antaranya newsletter subscribe form, rss feed dan peel off banner di bahagian atas. Insya allah bila dah lega sikit nanti saya akan cuba install balik mana yang boleh.

Disini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Irwan dan juga team internet-webhosting.com yang telah membantu menyelesaikan masalah blog ini. Bagi mereka yang sudah biasa dengan bahasa programming ia mungkin adalah perkara kecil. Tapi bagi individu seperti saya yang hanya tahu menggunakan microsoft words, ia adalah satu masalah yang boleh buat saya tak tidur bermalam-malam juga lah.

Bagi mereka yang telah memberikan komen dan meminta pendapat saya di blog ini, terima kasih saya ucapkan. Kesemua komen anda akan saya jawab nanti ye.  Nak kena telan panadol soluble dulu pagi ni ;)

Kak Faz


No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Keburukan gula-gula kepada kanak-kanak

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya pasti jika anda mempunyai anak kecil, anda akan perasan mereka cukup sukakan gula-gula. Hal yang sama juga terjadi pada anak saya.

Dan bagi sesetengah ibu-bapa, cara termudah untuk memujuk anak mereka yang menangis adalah dengan memberikan gula-gula. Mesti anaknya diam lepas tu.

Tapi beberapa hari lepas saya terbaca satu artikel tentang keburukan gula-gula kepada kanak-kanak. Menurut artikel tersebut gula-gula sebenarnya mengandungi bahan campuran yang didakwa boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.

Selain dari itu, bahan didalam gula-gula juga boleh menjadikan kanak-kanak hiperaktif, gelisah dan nakal.

Bukan itu saja… pengambilan gula-gula dalam kuantiti yang banyak dan kerap juga boleh menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk, mengurangkan kecergasan dan menjejaskan pencapaian dalam pelajaran.

Selama ini yang selalu ditekankan tentang gula-gula ialah ia boleh menyebabkan kerosakan gigi. Rupa-rupanya, ada banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pengambilan gula-gula dikalangan anak-anak perlu dikawal oleh ibu bapa.

Nampaknya lepas ni saya perlu fikirkan cara lain untuk pujuk anak bongsu saya setiap kali dia meragam. Bukan apa, kadang-kadang anak saya tu meragam sebab nak gula-gula…hu..hu.. Adakan anak anda juga berperangai macam anak saya ni?

Jika ye, cara-cara berikut mungkin boleh di praktikkan bagi mengatasi masalah anak yang mahukan gula-gula :

  • Alih perhatian mereka kepada aktiviti lain atau barang mainan yang digemari oleh anak.
  • Gantikan gula-gula dengan buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang,dan buah epal. Buahan-buahan bukan sahaja mengandungi air tetapi kaya dengan vitamin C.
  • Elakkan dari menyimpan gula-gula dirumah anda. Jika anak anda nampak mesti dia minta
  • Seeloknya elakkan dari memperkenalkan gula-gula kepada anak yang berurmur dibawah 2 tahun. Tetapi kadang kala, persekitaran dan kawan-kawan turut mempengaruhi tabiat pemakanan anak anda. Seperti saya sendiri, kadang-kadang anak bongsu saya dapat gula-gula dari abang, kakaknya serta sepupu nya. Jika dalam situasi begini, saya akan minta gula-gula yang masih ada dan sorokkan…he..he…

Jika anda ada cara lain untuk atasi masalah ni, sudi-sudikan berkongsi dibahagian komen.

Terima kasih

Kak Faz

3 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Produk Terbaru Yang Bakal Muncul – Nursing Caftan / Kaftan Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama betul saya tak berkongsi tips dengan anda disini. Apa khabar anda semua? Saya harap sihat-sihat sokmo :D

Sebenarnya saya telah berjaya edit beberapa gambar untuk nursing kaftan (atau dalam bahasa Melayu kaftan menyusu / baju kelawar yang boleh digunakan untuk menyusukan anak) sejak beberapa minggu lepas.

Tapi belum sempat upload ke laman web, hampir kesemua baju telah dibeli oleh pelanggan yang berkunjung ke rumah saya. Buat masa ni, hanya tinggal sehelai saja lagi dan saya kongsikan disini untuk tatapan anda.

Gambar diatas ialah contoh baju kaftan menyusu. Jika dilihat dari jauh, baju ni sama saja dengan baju-baju kaftan yang lain.

Tapi yang membezakan baju kaftan ini ialah ianya boleh dibuka dibahagian dada seperti gambar dibawah… :)

Baju nursing kaftan seperti ini sebenarnya mempunyai banyak keistimewaannya :

1. Selesa dipakai kerana kainnya yang lembut dan sejuk – memang sesuai dipakai di musim panas macam sekarang

2. Mudah untuk menyusukan anak kerana anda tak perlu lagi nak selak dan angkat baju dari bawah. Yang perlu anda lakukan ialah buka zip di bahagian dada dan anda sedia untuk menyusukan bayi. Jika anda pernah menggunakan baju kaftan biasa sewaktu masih menyusukan anak anda pasti tahu kesukaran untuk menyelak baju kaftan yang labuh sampai buku lali tu.

3. Boleh digunakan sejak dari sewaktu anda masih hamil sebagai baju mengandung sehingga sewaktu didalam pantang selepas bersalin.

4. Saiz baju kaftan yang besar dan free size memudahkan anda untuk memakainya – tak kira sama ada anda gemuk atau kurus.

5. Corak dan design yang unik. Jika anda perhatikan design kaftan ini agak lain dari yang ditawarkan di dalam pasaran kerana sebenarnya ia adalah untuk pasaran luar negara.

Insya Allah bila stok baru dah sampai nanti, saya akan umumkan disini dan melalui email.

Tungguuu…

Kak Faz

12 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Perginya Seorang Ibu Mertua…

Assalamualaikum,

Pada 8 March 2010 jam 6.10 petang yang lalu, saya telah kehilangan seorang ibu iaitu ibu mertua saya yang telah kembali ke rahmatullah.

Sebelum ini Mak (panggilan untuk ibu mertua saya) telah bergelut dengan strok selama 3 bulan sejak dari December 2009. Memang cukup terasa ketiadaan Mak kerana Allayarhamah kerap menghubungi suami saya sama ada untuk perkara kecil atau perkara besar.

Selama ini Mak menghidap darah tinggi dan perlu mengambil ubat untuk darah tinggi sekali sehari. Tapi entah macam mana,  pada satu hari tu Mak terlupa nak makan ubat. Dan yang terkilan sikit tu, bila dah teringat Mak tak pula makan. Alasannya jemu kena telan ubat setiap hari.

Dan di petang hari yang sama, Mak kena serangan strok. Bila dibawa ke hospital doktor sahkan sebelah badan Mak di bahagian kanan tak boleh bergerak. Mak juga tak boleh bercakap kerana lidahnya telah tertarik kedalam. Semua adik-beradik gempar dan berkejar ke hospital. Nasib baik Mak kena strok sewaktu di rumah kakak ipar saya di Manjalara, kalau kena kat Teluk Intan, lagi parah rasanya sebab agak susah nak ke hospital dari kampung.

Sejak itu Mak cuma boleh makan melalui tiub, dan hanya boleh mengambil susu dan nestum. Selepas beberapa kali keluar masuk hospital dan menjalani rawatan alternatif, Mak mula menampakkan perkembangan dan tindak balas terutama di bahagian kanan yang terkena strok.

Tapi tak disangka, perkembangan positif itu rupanya adalah petanda sebaliknya. Mak pergi juga selepas boleh mula makan dengan agak laju melalui mulut (bukan lagi melalui wayar seperti sebelum ini), dan selepas tangan dan kaki kanan Mak mula bertindak balas.

Apa-apa pun, kami redha atas pemergian Mak kerana pelbagai usaha telah dibuat selama 3 bulan ini. Semoga roh Mak aman disana  dan tergolong dalam orang-orang yang beriman. Al-fathihah untuk Mak…

Pesanan saya, jika ibu anda juga mengalami sakit darah tinggi seperti mak saya, pantaulah pengambilan ubat mereka. Pastikan mereka mengambil ubat mengikut jadual yang ditetapkan, jika boleh jangan skip walau sekali pun kerana kesannya amat besar sekali.

Kak Faz

ps : Gambar diatas diambil sewaktu Mak dihospital. Saya sempat curi-curi ambil gambar Mak dan tunjukkan pada Mak. Terlihat senyuman diwajahnya dikala melihat gambar sendiri. Tak pasti apa yang Mak fikirkan. Mungkin terfikir menantunya ni suka buat hal yang bukan-bukan. Mak sakit pun sempat lagi ambil gambar Mak…

pps : Semua soalan dari pengunjung blog ini akan dijawab nanti ye. Saya perlukan sedikit masa lagi untuk beberapa perkara.

4 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Bayi cesarean lebih mudah menghidap jangkitan dan alergi

Assalamualaikum,

Apa khabar anda semua? Saya harap anda okey saja ye :D

Untuk entry hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang kesan bersalin secara cesarean kepada bayi.

Dari kajian yang dijalankan, sistem imun bayi yang dilahirkan secara cesarean tidak bertindak balas dengan cepat dan efektif berbanding dengan bayi yang dilahirkan secara normal. Ini kerana bayi cesarean tidak melalui proses kelahiran yang menggalakkan sistem imun mereka diaktifkan dengan lebih awal.

Bagi bayi yang dilahirkan melalui vagina, bayi akan terdedah kepada bakteria ibunya yang akan mencetuskan penyebaran bakteria bermanfaat kedalam usus bayi. Usus pula merupakan tempat dimana 80% daripada sistem imunnya ditempatkan. Semakin banyak bakteria bermanfaat didapati dalam seseorang bayi maka semakin cepat sistem imunnya diransang dan dilatih menjadi kuat.

Namun begitu bayi cesarean akan mengalami 6 bulan kelambatan untuk ransangan sistem imun berbanding bayi yang melalui proses bersalin normal kerana tidak melalui proses pendedahan kepada bakteria baik sewaktu kelahiran. Oleh itu, bayi cesarean lebih mudah menghidapi jangkitan dan alergi berbanding bayi yang dilahirkan secara normal.

Tapi anda tak perlu risau… susu ibu kan ada. Jika bayi anda dilahirkan secara cesarean, sebaiknya anda cuba susui bayi anda dengan susu ibu yang memang sudah diakui boleh membantu menguatkan sistem imun tubuh bayi. Juga, sebaiknya cuba berikan kolostrum (susu ibu paling awal) yang kaya dengan antibodi yang boleh membantu sistem imun bayi anda.

Kak Faz

2 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Tekanan dan kemurungan beri kesan buruk kepada bayi

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ini semakin banyak berita tentang pembunuhan yang berlaku dinegara ini. Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita tentang suami yang menetak tangan isterinya. Tak lama selepas itu pula, keluar kisah seorang anak yang membunuh bapanya dengan pisau selepas menikam perut abangnya. Bila membaca kisah-kisah seperti ini, terasa makin hari makin ramai pula orang yang mengalami masalah mental disekeliling kita, sama ada secara sedar atau sebaliknya.

Kebetulan pula saya ada terbaca satu artikel di Utusan Malaysia tentang kesan buruk tekanan dan kemurungan ibu yang sedang hamil kepada bayi sewaktu didalam kandungan.

Menurut artikel tersebut, dari kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Paeditrik dan Perinatal Epidemiologi di US menunjukkan kerisauan dan kemurungan yang dialami ibu mengandung memberi kesan kepada saiz bayi dan sistem penghadaman bayi.

Ibu yang mengalami kebimbangan ketika dibulan pertama kehamilan boleh menyebabkan bayi yang lahir kurang berat dan saiz yang lebih pendek dari yang sepatutnya. Dan bagi ibu hamil yang mengalami kebimbangan dan stress di bulan ke tiga kehamilan, ia berpotensi memendekkan tempoh matang saluran penghadaman bayi.

Bukan itu saja, lebih teruk kesan kebimbangan dan kemurungan tersebut maka makin serius jugalah kesan yang dialami oleh bayi dalam kandungan.

Kalau diikutkan, orang-orang tua macam mak kita selalu berpesan. Masa mengandung jangan diikut dan dilayan sangat perasaan kerana takut memberi kesan buruk kepada anak dalam kandungan.

Tapi dalam kehidupan hari ini yang serba-serbi perlu cepat dan pantas, ada kalanya suasana dan situasi sekeliling membuatkan kita mudah stress. Contohnya bagi ibu-ibu yang perlu naik kenderaan awam untuk ke tempat kerja setiap hari. Pagi-pagi dah kena berdiri dalam komuter dan LRT. Kalau bernasib baik dan ada yang bersimpati, dapatlah tempat duduk. Tapi jika sebaliknya, berdiri sajalah di sepanjang perjalanan. Itu belum lagi dikira dengan tekanan ditempat kerja

Jika anda berada dalam situasi yang memberikan tekanan kepada anda, usah pendamkannya. Sebaliknya luahkan perasaan anda kepada pasangan, ibu, kakak atau rakan-rakan yang boleh dipercayai. Sekurang-kurangnya ini dapat membantu meredakan tekanan anda.

Cara lain untuk mengurangkan tekanan sewaktu hamil ialah dengan bercuti bersama pasangan. Dan bagi kes-kes tertentu, mungkin anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan pandangan dan rawatan lanjut.

Kak Faz

1 Comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Lamanya menghilangkan diri…

Assalamualaikum,

Lama betul saya tak  update blog dan berkongsi tips terbaru disini. Bukan saya tak ada, saya ada… cuma agak sibuk juga sekarang ni.

Selain dari masalah nak connect ke internet, saya juga sebenarnya telah menghadiri beberapa kursus sepanjang January 2010 ini sebagai persediaan untuk mencapai matlamat dan azam bagi tahun ni.

Antaranya :

1. Kursus Photoshop yang dianjurkan oleh sifoo.com. Alamak, rasa rugi pulak sebab tak ambil gambar dengan sifoo Imran.

2. Kursus asas ebay anjuran Matrade selama sehari. Dan kini saya sedang menunggu panggilan ke dua dari Matrade untuk kursus ebay selama 2 hari yang akan diadakan nanti. Tak sabar pula rasanya nak attend kursus yang 2 hari ni nanti sebab selama ni saya dok jadi pembeli je dalam ebay. Manalah tahu lepas ni boleh jadi penjual di ebay pula :D .

Ada antara kawan-kawan yang bertanya bagaimana saya dapat attend kursus macam ni. Almaklumlah dapat pergi kursus free saja. Caranya mudah saja. Jika anda adalah seorang usahawan (tak kira lah usahawan internet atau offline), cara terbaik dan termudah untuk dapat update terkini tentang kursus yang diadakan oleh organisasi kerajaan ialah dengan menyertai persatuan keusahawanan. Ada macam-macam persatuan usahawan kat Malaysia ni. Anda boleh sertai mana-mana satu persatuan tu. Tapi seeloknya cuba sertai persatuan yang aktif seperti Usahanita Malaysia. Memang banyak betul aktiviti dan kursus yang dijalankan oleh persatuan ni sampai saya pun tak larat nak ikut. Jika bernasib baik, ada antara kursus yang ditawarkan tu adalah percuma. Dan jika dikenakan bayaran pun selalunya pada jumlah yang agak minima.

3. Selain dari kursus diatas, saya dan kawan (Kak Rahimah) juga telah berkesempatan untuk belajar menchanting dan menconteng batik di Kompleks Kraf Jalan Conlay. Sejak dulu saya tak suka subjek seni lukis disekolah sebab mesti dapat markah corot. Paling tinggi dapat B aje.

Tapi kali ni sebab pergi dengan Kak Rahimah (dan saya tahu Kak Rahimah pun keras tangan macam saya juga..ha…ha..) jadi saya belasah aje lah warnakan kain tu. Asalkan nampak macam corak batik kira jadi lah untuk koleksi sendiri.

Apa-apa pun, bila dibawa balik kerumah, anak-anak saya pula sibuk bertanya bila mereka boleh belajar mewarna batik juga. Hmmm… nampaknya untuk program cuti sekolah akan datang ni, boleh lah saya bawa anak-anak untuk belajar menchanting batik. Lagipun untuk kelas macam ni tak lah mahal. Cuma RM15 saja untuk setiap sehelai gambar.

Satu yang saya perasan tentang batik ni, ia boleh diwarnakan mengikut selera kita. Tak kira lah nak warna kan macam mana pun, ia tetap nampak berseni bila dah siap.

Secara tak lansung, melukis batik juga sebenarnya meningkatkan kreativiti diri terutama bagi golongan kanak-kanak. Sewaktu disana juga, saya perasan ada beberapa pelancong ‘mat saleh’  yang sedang menunggu dengan sabar hingga anak-anak mereka selesai menchanting batik.

Hingga disini dulu coretan saya untuk kali ini. Insya allah lebih banyak tips akan saya kongsikan disini nanti.

Wasalam

Kak Faz

p/s : semua komen dan pertanyaan di blog ini akan saya jawab malam nanti ye. Nak kena jenguk mak mertua kejap

1 Comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Tips supaya roti tahan lama

Assalamualaikum,

Apa khabar anda semua? Harap sihat dan okey saja.

Seminggu dua ni saya agak sibuk juga. Selain dari sibuk dengan anak-anak yang dah mula sekolah, saya juga sibuk belajar beberapa perkara baru, antaranya teknik edit gambar dengan lebih mudah dengan photoshop. Sebelum ni pandai lah sikit-sikit edit gambar tapi lebih kepada try and error saja.

Okey, kita berbalik kepada topik hari ni….

Selain dari harga gula yang naik, harga roti juga dah naik. Bagi mereka yang suka makan roti memang terasa juga lah dengan kenaikan harga roti ni. Bagi saya sendiri walaupun kat rumah roti bukanlah makanan kegemaran, tapi diwaktu terdesak (contohnya tak sempat nak masak untuk sarapan atau terlewat bangun), roti ada lah penyelamatnya sebab paling senang nak disediakan sebagai sarapa untuk anak-anak sebelum mereka ke sekolah.

Tapi selalunya roti ni tak boleh disimpan lama-lama. Agak susah juga lah kalau nak jadikan roti sebagai back up sebab biasanya boleh simpan dalam 4 ke 7 hari saja. Lepas tu kena buang sebab dah mula berkulat.

Tapi sejak saya tahu satu tips ni, saya dah tak ada masalah nak simpan roti lama-lama kat rumah walaupun dah habis tempoh guna.  Nak tahu caranya…?

Mudah saja… simpan roti dalam peti ais. Setiap kali lepas makan, masukkan saja roti dalam peti ais. Bila nak makan lagi, keluarkan balik. Dengan cara ini, roti tak mudah berkulat dan tahan lebih lama. Senang saja kan?

Okey, itu saja tips untuk hari ni. Diharap tips ni berguna untuk anda walaupun ia tak berkaitan dengan bersalin dan juga penjagaan bayi. Sebabnya ia masih berkait rapat dengan kita sebagai ibu dan juga suri rumah berkerjaya ;)

Wasalam

Kak Faz

p/s : Ada sesiapa nak tahu cara cuci kasut sekolah dengan mudah tak…?

2 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com