Ubat selsema tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah 6 tahun?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah beberapa hari saya tak menulis disini. Sebabnya, tiba-tiba semua kerja tersangkut dan lari dari jadual asal. Ditambah pula beberapa hari ni saya dan anak-anak diserang batuk dan selsema. Asyik rasa letih dan mengantuk saja.
Oleh kerana saya ni jenis yang malas nak ke klinik, biasanya saya lebih suka tidur dan minum air suam banyak-banyak untuk hilangkan selsema. Cuma kalau dah seminggu tak hilang juga, barulah saya ke klinik untuk dapatkan ubat. Tapi… hhmmm… makan ubat pun sama juga. Lepas makan ubat, kena tidur. Cuma saya tak boleh buat cara yang sama untuk anak-anak sebab mereka masih lagi kecil dan sistem pertahanan badan tidak sekuat orang dewasa.
Apabila anak-anak terkena selsema dan batuk, seperti ibu bapa yang lain saya dan suami akan membawa anak-anak ke klinik. Cuma semenjak tahun 2008 kami tidak lagi ke klinik yang terdekat dengan rumah seperti yang selalu dilakukan sebelum ini. Sebaliknya kami akan ke sebuah klinik di Wangsa Maju. Hu..hu.. memang jauh nak ke sana dari Shah Alam.
Semuanya bermula apabila seorang saudara kami bercerita tentang cara rawatan berbeza yang diberikan oleh klinik ini bagi merawat batuk dan selsema terutama bagi kanak-kanak. Menurut saudara kami ini kaedah yang digunakan ialah dengan cara menepuk bahagian depan dan belakang dada dan juga ubat yang berbeza dari yang diberikan oleh klinik dan pusat kesihatan biasa.
Pada mulanya saya dan suami agak was-was juga. Tapi apa salahnya mencuba. Kalau rasa tak yakin, lepas tu janganlah ikut… he.. he… he…
Tapi setelah ke sana dan berjumpa dengan doktor yang bertugas, tanggapan kami terus berubah. Menurut doktor di Klinik Wangsa ini, ubat batuk sebenarnya tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang berumur dibawah 6 tahun. Inilah yang dipegang oleh doktor ini semenjak 20 tahun yang lalu dan beliau pernah cuba mengenengahkan isu ini kepada persatuan doktor tapi tiada yang mahu menyelidik dengan lebih lanjut. Menurutnya, mudah saja… jika seseorang batuk tujuannya adalah untuk mengeluarkan kuman dan kahak yang terdapat didalam paru-paru. Masalahnya jika ubat batuk diberikan kepada kanak-kanak, ia tidak membantu kanak-kanak untuk mengeluarkan kahak. Sebaliknya, ubat batuk hanya melegakan batuk tetapi kahak masih berkumpul didalam paru-paru. Ditambah pula, kanak-kanak manalah tahu nak keluarkan sendiri kahak tu. Akibatnya batuk, selsema dan demam tetap akan berulang kembali selepas beberapa minggu.
Menurut doktor ini, cara terbaik ialah dengan menepuk bahagian depan dan belakang dada untuk mecairkan kahak (yang mana kami telah diajar teknik menepuk yang betul) dan melalukan wap di muka untuk membantu mengeluarkan kahak. Disamping itu, kami juga diberikan beberapa ubat yang mana tujuannya adalah untuk menggalakkan batuk (dan bukan menghilangkan batuk…) agar semua kahak yang terkumpul dibahagian paru-paru dikeluarkan. Bagi kes yang agak serius pula, wayar yang kecil akan dimasukkan kedalam hidung untuk menyedut dan mengeluarkan kahak - sudah tentu ia dilakukan oleh doktor.
Doktor di Klinik Wangsa ini juga menunjukkan keratan akhbar NSTP (tapi saya lupa kat mana saya letak paper cutting tu - artikel dikeluarkan pada tahun 2007) yang juga membicarakan isu ini. Tapi tak mengapa, saya cuba surf lagi di NSTP tadi dan terjumpa artikel yang hampir sama dengan yang diberikan oleh doktor tu. Anda boleh klik disini untuk baca artikel yang saya jumpa >> cara mengurangkan batuk dan selsema - klik sini <<
Selain dari artikel dari NSTP diatas, ingin juga saya kongsikan disini beberapa lagi artikel berkaitan yang saya temui di internet.
>> Ubat batuk dan selsema untuk kanak-kanak - klik disini <<
>> Masalah selsema dan dan batuk - klik disini <<
>> Lagi tentang ubat batuk dan selsema - klik disini <<
>> Ubat batuk tidak sesuai bagi kanak-kanak - Klik disini <<
Sebenarnya ada banyak lagi artikel yang membicarakan isu ini. Anda boleh buat carian di google dengan menaip cold medicines for children under 6.
Oh ya, sebelum terlupa… alamat Klinik Wangsa (jika anda juga ingin mendapatkan rawatan disana)
Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Tel : 03-41421614
Kalau kami nak ke klinik ni, selalunya kami akan pergi pada ahad pagi untuk mengelak dari jam dan juga supaya dapat nombor giliran yang awal. Juga kerana kami lebih suka berjumpa dengan doktor ini (yang jadual kerjanya memang pada hari ahad) berbanding dengan doktor lain yang bertugas diklinik yang sama.
Kak Faz
Related posts:
- Susu rendah lemak - sesuaikah untuk kanak-kanak? Assalamualaikum Beberapa hari ni saya agak kurang menulis di blog...
- Kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak boleh masuk wad pesakit Assalamualaikum, Beberapa hari ni saya agak sibuk kerana ibu mertua...
- Mainan yang selamat untuk kanak-kanak Assalamualaikum, Beberapa minggu lepas sewaktu sedang bersarapan saya tertarik menonton...
- Wabak selsema babi - menakutkan! Salam ceria Seperti yang diketahui umum, satu dunia kini berdepan...
- Wanita Hamil Berisiko Tinggi Dijangkiti H1N1 / Selsema babi Assalamualaikum, Wabak H1N1 atau dikenali selsema babi kini semakin...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.




















Anak saya kena selsema, sejak baca artikel nih.. dah benti bagi minum ubat selsema.. just nak tanya.. berapa caj klinik kat wangsa maju untuk anak selsema nih yek??
Hi papaqis,
Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden.
Caj kat Klinik Wangsa… dalam RM40 ke RM50 untuk sorang anak. Tak lah semahal jumpa paed…
Kak Faz boleh tahu nama doktor kat klinik tu? TQVM
Hi Idayu,
Nama doktor tu Dr Nadir Khan
baby yang umur 3 bulan boleh buat rawatan batuk mcm tu
tak.
Salam Anuar,
Baby umur 3 bulan pun doktor tu boleh buatkan rawatan macam tu…
Saya adalah pesakit doktor ini sejak tahun 1994, Dr. Nadir ni mmg seorang yg peramah, dia adalah doktor untuk 3 generasi keluarga kami iaitu ibubapa, adik-beradik & anak.
Mmg caranya menggalakkan penggunaan menthol crystal untuk menyedut wap agak berbeza dengan tanggapan doktor lain. saya juga pernah bertanya kaedah ini kepada doktor lain, tetapi mereka seperti mahu mempercayai @ menerima kaedah ini.
Dia juga amat pantang untuk memberikan ubat selsema & ubat batuk kerana ia akan memberi kesan lebih teruk dari kesan pemulihan
anak saya umur 2 minggu pon dia suruh buat steaming tetapi tanpa menthol crystal, kalau kena benda tu, confirm melalak laa pasal pedih. bapak dia pon malas nak buat steaming pasal perit hidung
salam Faris,
Thanks for sharing.
Part steaming tu kalau diikutkan memang malas gak la nak buat selalu
menthol crystal.. anak akak yang umur 7 tahun tu suka buat. Rasa macam makan gula-gula pedas katanya
hi,saya sangat tertarik dengan apa yang saya baca.saya nak tanya anak saya batuk selama 3 bulan tak baik baik walau dah berkali kali jumpa doktor,mungkin kah doktor nadir boleh mengubatnya?
Salam Pn Sue,
Puan boleh cuba.. just pergi ke alamat klinik yang tertera diatas. Sebelum pergi call dan tanya dulu hari apa dan jam berapa doktor Nadir bertugas.
apa nama doktor ni?
sori,baru terbaca nama doc ni. Tq
Salam
Nak tanya selepas dptkan rawatan kt klinik tu mcmner ngan perkembangan kesihatan anak kak faz? Ada ke berulang semula selsema dan batuk tu?
salam Nora,
Setakat ni makin nampak perubahannya. Yang penting akak dan suami cuba elakkan dari bagi ubat batuk dan selsema dan beralih kepada ubat alternatif lain juga jika anak kami kena batuk dan selsema.
Selain dari rawatan steam pada muka anak untuk cairkan kahak, kami juga bagi kat anak madu dan Pankaja Kasthuri (ubat ayurveda) - sejenis ramuan yang dibuat dari tumbuhan
Salam.
anak sy umur nak masuk 7 thn. selseme batuk selalu sngt. sekarang dah kene lelah. sesab batuk selseme
payah nak bilang. boleh sembuh tak? ade tak yg pernah buat rawatan kat situ? tolong bagi info sikit..
Timekasih
salam encik md noor,
untuk sembuh dari selsema ni kena ada usaha dari ibu bapa juga. Kena rajin buat steam kat muka anak, selalunya bab ni yang liat skit. Tambah2 kalau budak tu menjerit-jerit tak nak steam muka dia…
Saya cadangkan encik md noor pergi jumpa doktor tu sendiri dan tanya soalan ni kat dia. Mungkin dia ada jawapan yang lebih baik
terima kasih cik Faz. insyaallah
salam..saya baru terbaca post ni..patutla anak saya dah berbulan2 batuk x baik..asyik tukar2 klinik..pun result sama je..even g klinik pakar pun x selesai..antara suggestion jgn makan apa 2buah pun,ayam xleh,certain jenis ikan je,coklat n jajan2 xleh..n cuba tukar susu..hmm..sume cuba still x jalan..sian la kat anak ni kene telan macam 2 jenis ubat..nak try yg akak syorkan ni..tp sy kat pasir gdg..huhu..manela nak cari dr nadir khan kat cni…akak ade suggestion x..ni pun da berapa malam x tido..anak x selesa batuk x berenti..
Salam Mira,
Alahai.. kesian nya kat baby tu. Tapi tak dapek lah akak nak tolong kalau kt pasir gudang tu. Setahu akak klinik Dr Nadhir Khan ni ada kat Wangsa Maju ajer..
Hi…
Dua hari lepas saya terbaca site ni pasal isu bayi selsema batuk. Then dpt tau Klinik Wangsa dekat je dr office saya. Anak saya, Alya Imaani baru 5 bulan dah seminggu x lena tido mlm sbb batuk dan berkahak teruk!! Kesian sgt sy tengok Alya still nak lelap mata sambil tido pastu merungut hidung tersumbat.
Smlm saya pergi Klinik Wangsa ni dan berjumpa Dr Nadhir Khan ikut alamat dr site ni
Betul… sebijik2 penerangan dia bgtau pasal dia anti-ubat batuk. Baik bayi mahupun org dewasa, ubat batuk tak membantu dalam memulihkan sakit selsema atau batuk (lelah pun sama).
Alya diberi 3 pilihan samaada:
1) Ubat utk batuk keluarkan kahak
2) Sedut wap gas utk cairkan kahak
3) Pakai tiub keluarkan kahak
Saya pilih pilihan ke-2… pakai wap gas tu.
Mmg la masa pakai tutup mulut tu baby saya menangis. Tp tu bagus sebenarnya utk baby sedut gas tu masuk ke mulut. Tp dah bukak penutup mulut tu, ok je baby.. Then Dr tepuk2 belakang dada dan depan dada kat baby…
Senyap je baby…hehehe tak nangis pun. Balik umah lepas menyusu, Alya batuk keluar kahak skit…
Mlm td berkurangan dan batuk Alya.. so boleh la hantar nursery.
Rupanya Alya berjangkit dr nursery sbb cikgu bgtau ade baby yg demam batuk2 gak sebilik dgn Alya. Hope antibodi Alya kuat kali ni dr terkena jangkitan.
Hi Juwita,
Semoga Alya cepat sembuh ye..
Kat rumah ada buat face steaming tak? Mesti doktor tu suruh buat juga kan
hi kak faz,
anak kami dah seminggu batuk kahak, selsema demam skit.so setelah dengar semua penjelasan dan feedback dlm ni, insyaallah kami nk anta anak kami ke klinik wangsa ni…harap anak kami cepat sembuh..
Hi Zaiwan,
seeloknya lepas pergi klinik tu, kena rajin buat face steaming (steam kat muka baby) supaya baby lagi cepat sembuh.
Alhamdulillah, anak akak yang umur 2 tahun tu sekarang dah jarang kena selsema. Kalau kena selsema pun, biasanya cuma beberapa hari saja.
Hi faz,
Saya minta, bleh tak Faz atau sesapa yg dah p klinik kat wangsa maju tu explain betol2 sedut gas ngan tepuk dada bayi tu mcm mana? berapa kerap nak tepuk?berapa kali nak sedut wap?mcm mana nak kasi sedut?
Saya ni duduk kat kedah , x dpt nak p klinik kat KL tu, anak saya batuk dah nak seminggu x lega2, ubat batuk dia pon dah nak habis, kesian kat dia….mintak tolong faz atau kawan2 lain tolong cerita ye
Salam….
heee..coz x caye..then my twin kn infection..dh jpa 3 doc dlm 3 mggu still x ok… i try dis…alhamdulliah…xsmoai smggu..kering infection tinge dorg…so now..take +ve…boleh ziarah ke blog sy untk maklumat ….thanks to owner dis blog for sharing….
tu lah….kesian kat baby if kecik2 dah bg ubat(drug) sintetik nie…sy lebih suka amalkn suplement yg natural untk tgktkn imun anak2 n kami la…suplement ni pon diperkenalkn oleh my big bro…mula2 tu…ignore gak…
sy pn jaranggg sgt bg paracetamol untk ank2..just bgntung kat benda ni jea…mmg imun dorg tinggi..susah nk demam..
http://haffiztf.blogspot.com/
assalamualaikum faz, t/kasihtak terhingga kerana menerima pandangan dr nadir tentang batuk dan selsema org dewasa dan kanak2.
Hi Sha, Part nak explain betul2 ni nanti akak usahakan . Kalau ada gambar sebenarnya lagi senang tapi alahai, modelnya plak (anak akak) jenis pantang nampak kamera , mesti dia yang nak jadi cameraman.
Nanti akak fikirkan macam mana ye…
Hi hafiz, transfer factor tu saya pernah ambil juga tapi kejap saja.. kalau nak ambil tiap2 bulan rasa tak larat pula nak cover cost nye tu. Akhirnya kami stay dengan Pankaja Kathuri je. Pankaja Kasthuri adalah ubat ayurveda berasaskan tumbuhan yang dibawa dari India. Biasanya ada dijual dikebanyakan farmasi. Harga pun tak mahal dalam RM29.90 je sebalang. Setakat ni okey juga pakai P. Kasthuri ni…
Hi Kay, sama-sama…
salam…
anak saya batuk dan selselma …malam2 tak tidur coz idung tersumbat..mkn pun da kurang…terimakasih berikan tip2 dan juga suggestion yg telah diberikan…arini gak saya akak p jpe dr Nadir..boleh saya tau P.Kasthuri nie camne ek?..coz senang saya nk p beli!