Lagi testimoni untuk bengkung moden dan nursing bra
Salam ceria pembaca blog bengkung moden,
Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi testimoni yang diterima dari pelanggan saya – Nora yang telah berjaya mengempiskan perut selepas memakai bengkung moden.
Assalamualaikum Kak Faz,
Ingat saya lagi. Nora Mazlina, orang Ganu kiter.
Thanks kak. Best sangat bengkung ni. Tak de panas-panas, gatal-gatal macam bengkung lain.Saya ni memang kategori berisi dari zaman anak dara lagi. Perabis duit beli bengkung itu ini..yang ada infrared, zap on, cangkuk la. Tapi semua dah campak ntah kemana. Lebih-lebih lagi yang ada besi…. sakitt…. tak sampai 2 jam pakai terus buang.
Tapi lepas pakai bengkung akak ni, spare tyre dah makin kempis. Lagi kempis dari zaman sebelum pregnant dengan zaman anak dara dulu.. Sebelum pregnant berat saya dah 80kg… last pregnant 87kg.. dan sekarang dah 70kg.. he.. he..
Saya start pakai bengkung akak ni pun lepas 2 bulan bersalin sebab baru jumpa blog akak. Nyesal gak tak cari bengkung ni awal2.. ye la mana tau nak kena ceaser kan. Lagipun orang cakap ceaser ni tak boleh pakai bengkung. Dah la lepas bersalin kena duduk hospital 2 minggu sebab anak tak cukup bulan. Bayangkan masa tu nak kena bangun dan berjalan 2 jam sekali ke bilik inkubator untuk menyusu anak. Seksa sangat nak bangun dari katil. Wad tu pulak sejuk giler habis beku kaki tangan. Kalau jumpa bengkung dengan gel ni awal-awal kan best… he..he..
Apa pun time kasih kak faz..akan ku pakai bengkung ni sentiasa agar angan-anganku untuk memakai kebaya tidak musnah lagi.
Nursing bra pulak, memang best sangat. Susah nak cari yang ade underwire, murah, selesa dan berkualiti. Memang takkan jumpa kat mana-mana kecuali kat kedai Kak Faz jerr.. he.. he.. Apapun lain kali nak order lagi… thankssss Kak Faz
Terima kasih kepada Nora yang sudi bagi testimoni. Oh ya, gambar diatas ialah gambar baby Nora – Nur Amna Zafira bt Mohd Sakri (cantiknye nama
) Semoga Nur Amna Zafira menjadi anak yang solehah dan berjaya didunia dan di akhirat hendaknya. Amiinnn….
Kak Faz
Related posts:
- Testimoni pelanggan bengkung moden dan nursing bra Assalamualaikum, Hari ini saya ingin berkongsi testimoni yang diterima dari...
- Testimoni dari Puan Zakiah ~ bengkung moden, gel sireh dan lampin kain moden Assalamualaikum, Apa khabar anda semua? Saya okey saja. Cuma agak...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

















