Petua atasi anak kencing malam
Salam
Anak lelaki saya kadang-kadang ada juga kencing malam. Sesekali rasa nak marah juga dibuatnya. Mana taknya, habis basah lencun satu tilam sedangkan sebelum tidur dah ke tandas dan buang air siap-siap.
Bila ditanya kenapa tak bangun bila rasa nak kencing. Jawab anak saya “rasa macam dah bangun dan pergi tandas. Tapi lepas tu tiba-tiba rasa basah je kat belakang badan”. Mimpi pergi tandas lah tu
Mengikut kajian, anak perempuan tidak kencing malam sebelum berumur 6 tahun manakala bagi anak lelaki pula sebelum berumur 7 tahun tetapi punca sebenar kenapa ini berlaku tidak diketahui.
Jika anda juga menghadapi situasi seperti diatas, mungkin tips berikut boleh membantu :
- Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila terasa nak buang air. Kalau takut nak ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan anda atau pasangan.
- Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Tapi kadang-kadang ada juga kes kalau dah mengantuk sangat dia buat tak tau je. Sibuk dok layan ngantuknya tu. Diwaktu sebegini, seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur.
- Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas diwaktu malam atau apabila dia tidak kencing ditilam
- Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tapi kalau anak tak nak bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa kebilik air sebelum tilam anda dibasahkan. Teknik ni kira macam brutal jugak laa…
- Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padanya kenapa terkencing diatas tilam tu tak bagus – contohnya : tilam basah dan susah untuk dibersihkan seterusnya akan memudahkan kuman membiak dan membawa penyakit kepada anda sekeluarga.
- Elakkan dari menggunakan tilam yang tebal dan sukar untuk dicuci. Sebaliknya gantikan dengan tilam yang nipis, comforter atau toto yang boleh dicuci setiap kali anak anda terkencing diatasnya. Jika rasa terlalu nipis, lapiklah 2 ke 3 helai toto atau comforter.
Diharap tips diatas membantu.
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

















slm….saya mempunyai anak perempuan yg berumur 7 tahun.masalah saya sekarang ialah anak perempuan saya tidak dapat menahan air kencing nya.dia bukan tidur kencing malam.sebaliknya setiap kali hendak kencing dia tidak dapat menahan.kadang2 sebelum buka seluar sudah terkencing….so apa yg patut saya lakukan? kedua bayi saya baru sj berumur 7 bulan.msalahnya bayi saya ni selalu sj menangis setip kali hantar ke rumah pengasuh….termasuk ini adalah pengasuh yg kedua.pengasuh yg dulu pn sme gak…asyik menangis je…saya pula bekerja….saya x tau pe lg yg perlu saya wat….tlg la bantu sy atasi masalah ini…
slm ..sekiranya seseorang itu mempunyai masalah kencing malam walaupun sudah mencapai alam keremajaan ..adakah cara untuk mengatasi nya ?? ini kerana seseorg itu mempunyai masalah hendak menginap di sesuatu kawasan seperti contoh untuk menginap di asrama di university .tlg !!
salam…
anak saya baru 3 thn.. pd waktu siang mmg tak pakai pampers lg pandai berckp nak buang air…
tp bila dia tidur mesti kena pakai pampers… sudah buang air sblm tidur tp masih akan kencing mlm juga… harap ada petua yg blh dkongsi bersama…
Puan Wawa,
Insya allah nanti saya buat posting untuk ni ye..
WSLM K,
Selalunya jika dah remaja dan muda belia ni, ia lebih berkait kepada faktor psikologi. Sebaiknya cuba dapatkan nasihat doktor
saya selalu kencin malamg
:
saya ni selalu kencing malam .. saya tau yg saya ni dah x kecik lagi .. mesti berhenti untuk kencing malam tapi saya ni sentiasa bermimpi pi tandas ( memng cam betul !! ) … dulu tu leh kata sebulan sekali tapi sekarang banyak la .. tapi bulan lepas saya pi umah saudara saya .. dia tidak menhina saya lalu membangunkan saya setiap pagi dan cara tu memng berkesan tapi blk umah plak mak duk mrh jer .. x kejutkan plak .. x gtau cara nak hentikan kencing malam
dia suruh saya bangun pi tandas jer .. memng la saya tau kena bangun nak pi tandas tapi duk mimpi pi tandas jugak dan saya ni dah la tidur mati
p.s : apakah cara untuk hentikan nya untuk kes saya ni
saya mempunyai adik yang bernama muhd syazani.dia berumur 10 th…tapi dia masih lagi kencing malam..pelbagai teknik yang kami dah buat..tapi tak ada kesan langsung…
saya amat marah jika dia terkencing…apa patut saya buat dengan budak seorang ney dh naik pening kepala saya pikirkan ….rasa macam nak tampor jer muka dia…
harap anda dapat membantu masalah saya ini..
salam….
saya nie da umur 22taun,dan akan berkawin ngn llaki yg sgat mmahami keadaan saya nie….tp saya takut mmpi pergi toilet itu akan myusahkn si dia…..:mrgreen:
ank saya perempuan tp slalu,juga tkencing malam,sampai saya x taw nak wat pe lg,saya atur jgk ank g kencing sblm tido,tp tetap sama jgk,padahal saya bgn tgh mlm kejutkan ank bgn untuk g tandas tp tetap sama jgk.
salam. cuba petua ni. perah lemon pada sesudu madu lebah dan minum. amalkan pagi dan sebelum tido. cuba je dulu. doa dn tawakkal. insyaAllah.
anak saya berumur 16 tahun dah n masih kencing malam….saya mushkil..
salam….nama saya ridwan…saya berumur13tahun…saya selalu kencing malam….saya selalu diejek oleh adik saya.tolongoah sya macam mqne nk atasi masalah ini