Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Keburukan gula-gula kepada kanak-kanak

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya pasti jika anda mempunyai anak kecil, anda akan perasan mereka cukup sukakan gula-gula. Hal yang sama juga terjadi pada anak saya.

Dan bagi sesetengah ibu-bapa, cara termudah untuk memujuk anak mereka yang menangis adalah dengan memberikan gula-gula. Mesti anaknya diam lepas tu.

Tapi beberapa hari lepas saya terbaca satu artikel tentang keburukan gula-gula kepada kanak-kanak. Menurut artikel tersebut gula-gula sebenarnya mengandungi bahan campuran yang didakwa boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.

Selain dari itu, bahan didalam gula-gula juga boleh menjadikan kanak-kanak hiperaktif, gelisah dan nakal.

Bukan itu saja… pengambilan gula-gula dalam kuantiti yang banyak dan kerap juga boleh menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk, mengurangkan kecergasan dan menjejaskan pencapaian dalam pelajaran.

Selama ini yang selalu ditekankan tentang gula-gula ialah ia boleh menyebabkan kerosakan gigi. Rupa-rupanya, ada banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pengambilan gula-gula dikalangan anak-anak perlu dikawal oleh ibu bapa.

Nampaknya lepas ni saya perlu fikirkan cara lain untuk pujuk anak bongsu saya setiap kali dia meragam. Bukan apa, kadang-kadang anak saya tu meragam sebab nak gula-gula…hu..hu.. Adakan anak anda juga berperangai macam anak saya ni?

Jika ye, cara-cara berikut mungkin boleh di praktikkan bagi mengatasi masalah anak yang mahukan gula-gula :

  • Alih perhatian mereka kepada aktiviti lain atau barang mainan yang digemari oleh anak.
  • Gantikan gula-gula dengan buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang,dan buah epal. Buahan-buahan bukan sahaja mengandungi air tetapi kaya dengan vitamin C.
  • Elakkan dari menyimpan gula-gula dirumah anda. Jika anak anda nampak mesti dia minta
  • Seeloknya elakkan dari memperkenalkan gula-gula kepada anak yang berurmur dibawah 2 tahun. Tetapi kadang kala, persekitaran dan kawan-kawan turut mempengaruhi tabiat pemakanan anak anda. Seperti saya sendiri, kadang-kadang anak bongsu saya dapat gula-gula dari abang, kakaknya serta sepupu nya. Jika dalam situasi begini, saya akan minta gula-gula yang masih ada dan sorokkan…he..he…

Jika anda ada cara lain untuk atasi masalah ni, sudi-sudikan berkongsi dibahagian komen.

Terima kasih

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

3 Responses to “Keburukan gula-gula kepada kanak-kanak”


  1. hy.. bagaimana kalau cara itu tidak pengaruhi anak kecil nya?
    ada cara lain lagi untuk menghindari gula gula dari anak kecil itu?

    maaf numpang iklan nieh, kalau ada yg berminat mau bali sprei & bedcover.
    silakan mampir di website kami di http://www.grosirmurahtanahabang.com

    bedcover

  2. hazelini

    Anak saya pun suke gula-gula, kalau tak bagi langsung timbul jugak rasa kesian kat dia, nk plak tgok muke dia frust jer. lagipun dah mmg lumrah kanak2 pantang tgk gula2, jadi sebab nk elakkan dia dari makan gula2,saya tukar gula2 kepada choclate….seperti cadbury dan kinder bueno. tapi itu pun dalam kuantiti yang sedikit.

    Lagi satu tips yang sy amalkan, kalau nk bagi choclate or gula2, bagi lah lepas anak-anak makan nasi. Mesti diorg makan sikit jer sbb dah kenyang.

    :razz:

  3. mamayesha

    sebenarnya disiplin anak datangnya dari ibu bapa.. bagi anak yang masih kecil, mereka tidak akan mengenal gula-gula jika tidak diperkenalkan kepadanya.. jadi ibu bapa patut tegas dalam soal pemakanan anak2..terutamanya yang masih kecil.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif