Produk Terbaru Yang Bakal Muncul – Nursing Caftan / Kaftan Menyusu
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lama betul saya tak berkongsi tips dengan anda disini. Apa khabar anda semua? Saya harap sihat-sihat sokmo
Sebenarnya saya telah berjaya edit beberapa gambar untuk nursing kaftan (atau dalam bahasa Melayu kaftan menyusu / baju kelawar yang boleh digunakan untuk menyusukan anak) sejak beberapa minggu lepas.
Tapi belum sempat upload ke laman web, hampir kesemua baju telah dibeli oleh pelanggan yang berkunjung ke rumah saya. Buat masa ni, hanya tinggal sehelai saja lagi dan saya kongsikan disini untuk tatapan anda.
Gambar diatas ialah contoh baju kaftan menyusu. Jika dilihat dari jauh, baju ni sama saja dengan baju-baju kaftan yang lain.
Tapi yang membezakan baju kaftan ini ialah ianya boleh dibuka dibahagian dada seperti gambar dibawah…
Baju nursing kaftan seperti ini sebenarnya mempunyai banyak keistimewaannya :
1. Selesa dipakai kerana kainnya yang lembut dan sejuk – memang sesuai dipakai di musim panas macam sekarang
2. Mudah untuk menyusukan anak kerana anda tak perlu lagi nak selak dan angkat baju dari bawah. Yang perlu anda lakukan ialah buka zip di bahagian dada dan anda sedia untuk menyusukan bayi. Jika anda pernah menggunakan baju kaftan biasa sewaktu masih menyusukan anak anda pasti tahu kesukaran untuk menyelak baju kaftan yang labuh sampai buku lali tu.
3. Boleh digunakan sejak dari sewaktu anda masih hamil sebagai baju mengandung sehingga sewaktu didalam pantang selepas bersalin.
4. Saiz baju kaftan yang besar dan free size memudahkan anda untuk memakainya – tak kira sama ada anda gemuk atau kurus.
5. Corak dan design yang unik. Jika anda perhatikan design kaftan ini agak lain dari yang ditawarkan di dalam pasaran kerana sebenarnya ia adalah untuk pasaran luar negara.
Insya Allah bila stok baru dah sampai nanti, saya akan umumkan disini dan melalui email.
Tungguuu…
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


















akak kalo ada bj untuk menyusu n stok baru untuk kaftan tu emel kat saya ye..tq
Salam Kak Faz,
Nak tanya Nursing kaftan nie takde stok lagi ke.
Nak gak beli,
kalo dah adae stok leh email kat saya n bagi tau harga sekali ye.
Thanks,
Wslm,
Stok tak de buat masa ni. nanti jika ada stok akak hantar email bagitau ye
Insya allah, nanti akak hantar email. Seeloknya subscribe untuk newsletter di bengkungmoden.com sebab akak selalu update info terbaru kepada subsrciber.
Oh ya, stok bra baru akan sampai pada awal bulan June ye. Dah ada stok nanti akak akan bagitau melalui email dan buat pengumuman di sini
salam…saya pun berminat ngan kaftan ni…bp harganya…erm kalo dpt tau awal bleh ler sy order…ni pun tggu waktu jer nak bersalin…mmg payah kalo menyusu baby nak selak baju dari bwh….bagus ler idea akak…syabas…nnt bgtau ek bila smpi stok..
Waalaikummussalam,
Insya allah, jika stok sampai nanti akak maklumkan melalui email dan di blog ni.
saya amat berminat dengan baju nursing kaftan tersebut, bagaimana cara saya utk mendapatkannnya dan berapa sehelai harga baju tersebut. terima kasih.
askum kak nnti e mail saya sekali yea..
ada warna lain lg tak kak?
1)kwn sy bersaiz besar… ada kaftan sesuai tak?
2)bra saya berukuran 42D ada tak bra urk breast feeding saiz tu?
Salam akak..
Nak tanye..stock nursing kaftan ni ade lagi tak?
Kalau ade, tolong email saye boleh?
Terima kasih
stok dah sampai ker?
kalau ada saya nak baju kaftan ni