Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Resipi Simpel Didalam Pantang Bersalin

Hi, Salam ceria :)

Hari ini saya ingin berkongsi resipi simple yang saya praktikkan sewaktu didalam pantang bersalin.

Walaupun simple tapi sedap dan mudah disediakan. Amat praktikal bagi mereka yang berpantang sendirian dan tidak dibantu atau dijaga oleh saudara terdekat. Juga bagi ibu-ibu yang menguruskan anak2 yang lain sewaktu didalam temph berpantang.

1. Ikan panggang kunyit (untuk 2 ekor ikan)

Bahan – bahan

  • 2 ekor Ikan selar

(Bahan ditumbuk / blender)

  • Setengah inci Kunyit hidup
  • Setengah inci halia
  • Seulas bawang putih
  • Seulas bawang merah
  • Lada hitam
  • Ketumbar
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak

Tumbuk semua bahan di atas, gaulkan pada ikan dan bakar. Untuk mempelbagaikan rasa dan menambah selera, boleh cuba beberapa cara berikut :

  • Dibakar begitu sahaja dengan pemanggang ikan.
  • Ikan dibalut dengan daun kunyit atau daun pisang kemudian dibakar
  • Tukar bahan / rempah. Kalau hari ni letak lada hitam esok tukar dengan ketumbar pula

2. Ikan masak singgang

Bahan – bahan

  • 2 ekor Ikan selar (kalau ikan besar, di potong dua)
  • Setengah inci kunyit hidup
  • Setengah inci lengkuas
  • Sedikit asam keping
  • 2 atau 3 ulas bawang putih
  • Seulas bawang merah
  • Ketumbar (kalau suka boleh letak)

Cara – cara memasak

Potong halus semua bahan, masukkan air kedalam periuk, dan panaskan periuk yang telah diisi dengan air dan rempah ratus tadi. Selepas air menggelegak, masukkan ikan, biarkan seketika sehingga ikan empuk sebelum api ditutup.

3. Sayur sawi masak rebus

Bahan-bahan

  • Sayur Sawi
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Lada hitam (kalau nak pedas, letak lah banyak)
  • Sedikit ketumbar
  • Garam & gula secukup rasa

Cara-cara memasak

Bawang putih & bawang merah boleh ditumbuk atau dihiris sahaja.

Tumbuk / blender lada hitam dan ketumbar. Panaskan air didalam periuk, selepas menggelegak, masukkan bahan2 rempah diikuti dengan sayur. Tutup api dan sayur sedia untuk dimakan

4. Sup Lobak Putih

Bahan-bahan

  • 1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
  • Sedikit daun kucai
  • 2 ulas Bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak

Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama. Sedia untuk dihidangkan

Tips : Oleh kerana nak kena jaga baby sorang diri, saya telah mencuba beberapa alternative bagi menyenangkan proses memasak :

Untuk lada hitam dan jintan hitam, saya blender dalam kuantiti yang banyak dengan menggunakan blender kering. Selepas itu, kedua-dua bahan ini disimpan didalm bekas kedap udara dan dimasukkan kedalam peti ais untuk kegunaan semasa didalam pantang.

Sementara bagi bahan-bahan lain seperti bawang putih, bawang merah, kunyit dan halia, bolehlah dihiris halus setiap kali digunakan untuk memasak kecuali jika bahan-bahan itu digunakan untuk ikan bakar, terpaksalah diblender.

Selamat mencuba :)

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif