Tips Menjaga Luka Pembedahan (Cesarean)
Salam ceria semua
Hari ini saya ingin berkongsi tips menjaga luka pembedahan agar ia tidak mudah dijangkiti kuman dan bernanah.
Perlu saya tekankan bahawa, memastikan luka pembedahan sentiasa kering adalah amat penting bagi memastikan proses penyembuhan luka lebih cepat dan tidak berlaku sebarang masalah dan komplikasi. Caranya amat mudah TETAPI memerlukan disiplin dari anda :
- Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka pembedahan dengan pengering rambut. Ini penting agar luka anda sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah.
- Ingin saya tekankan disini, GUNAKAN PENGERING RAMBUT UNTUK MENGERINGKAN TEMPAT LUKA. Sekiranya anda menggunakan kipas angin, ia boleh menyebabkan luka bernanah dan terkena jangkitan kerana luka tidak betul-betul kering.
- Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan setiap kali sebelum memakai bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, ia juga boleh di beli di farmasi.
- Tujuan meletakkan tisu sebagai lapik sebelum memakai bengkung bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama di bahagian pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung.
- Untuk kesan yang optimum, bengkung hendaklah dipakai 24 jam sehari selama 44 hari berpantang.
Itu saja buat kali ini. Selamat mencuba!
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.















kak faz,
macamana nak tau luka dalam dah sembuh? scar diluar mmg dah kering,tapi masih terasa lagi nyilu2
Hi Zue,
Luka pembedahan akan sembuh dan menjadi kuat selepas 2 bulan. Tapi rasa nyiu tu tetap akan ada walaupun dah lebih dari 6 bulan lepas bersalin pembedahan.
Kalau ikut pengalaman akak lah…Sebenarnya rasa nyilu tu akan lebih terasa bila kita pregnant lagi selepas bersalin caeserean yang pertama.
kak faz…
nak bagi tau pengalaman saya anak pertama caeser… lepas tu saya bersalin anak kedua waktu umur anak pertama saya genap2 dua tahun… waktu sakit nak bersalin… sakit amat sangat…. dc kata ni sakit bersalin + dengan sakit sebab saya mengandung waktu yang dekat…. pastu dia kata sebab tu la dc2 kata kalau caeser sebolehnya mengandung after 3 years…
alamak takutnye kak aziah..saya ni baru lps bersalin anak pertama 20hb2 08, emergency operate..lpstu anak meninggal bln 3..skrg sy merancang utk pregnant sbb tak tahan
sedih sgt..klau sy termengandung mcm mane ek..takutnye..sakit sgt keke kak aziah..
ape patut sy buat ms mengandung nnti..caeserean lg ker..
kak faz,
saya bersalin ceaser anak pertama.
sekarang baru 31 hari.. betul ke kata orang luka ceaser, ka luar elok, tapi kat dalam masih luka? saya rasa fobia..
Hi Kak Faz,
alhamdullilah saya tgh hamil yang kedua, dah masuk 7 bulan. anak yg 1st, saya bersalin c-zer, n kalau yg kedua ni sama, saya tak ralat sangat.
cuma, saya nak tau, macam mana penjagaan dlm pantang untuk ibu ibu seperti saya..boleh ke bertungku,pakai bengkung?
dulu, dalam pantang, mak kata tak boleh berbengkung, sebab operate..sampai sekarang perut saya tak kempis.huhu
ni yang kedua ni nak mintak la nasihat kak faz…
terima kasih
Hi Emi,
Dari pembacaan akak, luka pembedahan akan mula pulih selepas 2 minggu. Tapi parut luka hanya akan menjadi kuat selepas 2 bulan. Tapi rasa sakit dan ngilu tetap akan ada walaupun dah lama bersalin. Sesekali akan datang juga rasa sakit tu walaupun tak kuat.
Hi Suraya,
masa akak dalam pantang selepas bersalin caeserean, akak berpantang macam biasa. Ubat bersalin tetap dimakan walaupun bersalin caeserean. Begitu juga dengan bertungku dan mengurut badan. Tungku tu nak letak kat perut boleh tapi jauhkan dari tempat luka caeserean. Urut badan pun sama, badan nak kena urut walaupun bersalin caeserean sebab kalau tak urut nanti masuk angin dan kaki jadi bengkak. Cuma bezanya, urutan untuk mereka yang bersalin caeserean perlu lebih lembut, tak boleh urut diperut dan tak boleh buat sengkak untuk menaikkan peranakan.
Sama juga dengan bengkung selepas bersalin. Tetap di pakai seperti biasa. Cuma bezanya, akak pakai Bengkung Moden
Kak Faz
hai Kak Faz…
saya nak tanya boleh tak kita sauna tubuh selepas 40 ari pantang bersalin ceaser???
Hi Sara,
Apa khabar? Baby sihat ke? Macam mana… Okey tak pakai Bengkung Moden akak tu?
Wah… dah nak pergi sauna ke? Bagus.. bagus..
Boleh saja nak pergi sauna. In fact masa dalam pantang lepas bersalin cesarean dulu, akak cukup suka mandi air suam dicampur dengan daun-daun herba. Rasa segar dan best jer.
Tapi kalau rasa sakit kat tempat cesar tu masa sauna, berenti lah ye. Jangan dok tahan gak… karang lain pulak jadinya
Salam ..kak faz,
Saya dah 5 bulan bersalin caesar anak yang pertama tp kdg2 tempat pembedahan saya tu macam melecet or nampak merah cam luka kn pisau…kalo mandi tuh cam rs pedih. Tapi bila saya sapu gel gamat ok balik. Cuma saya takut luka saya lamabat sembuh. Saya akui kdg2 saya nie lasak juga.
salam k.faz,
sy masih dlm pantang bersalin anak ke-2 secara czer. xsangka plak nk kena emergency czer. sy da pun berurut, bertungku dan berbengkung selama 3hari berturut3 mak bidan dtg umah dulu. tp la ni bengkung tu sy tinggalkn dulu sbbnye semlm sy discover ada mcm tompok2 darah cair melekat kat panty.
bila dicek, betullah tmpt luka operate yg plg ujung tu mcm berair skek. w/pun kecik jer tp risau sgt jdnye sy skrg nie. any tips x kak?
da elok2 sy mandi, la ni sy berlap bdn je blk. fyi, sy hanya keringkn tmpt luka gunakn kipas n sapuan kapas kering jer. xplak pkai hair dryer.
. (adakah ini salah satu penyebabnye?)
aslm k faz,
saya tgh pregnant anak pertama, pernah gugur skali last year n penah kene operate ade fibroid n cycst jan 07…skg kandungan saya dah masuk 6 bln cume dr yg periksa saya kate saya x leh bersalain normal die suh czer, cume saya x dapat bayangkan cam ne sakitnye dgn nak uruskan baby saya sbb saya kene berpantang jauh dr keluarga… bengkung moden akak tu mmg menarik tp x de diskaun ke..bayar installment ke…huhu..kalau ade stokis kat area kerteh , tganu bgtau la ye..
Salam Ina,
Jawapan untuk soalan Ina telah akak jawab di posting ni >> http://bengkungmoden.com/blog/2008/11/26/luka-cesarean-bernanah-dibahagian-hujung-kiri-dan-kanan/ < <
Sila check di link diatas ye.
Kak Faz
assalammualaikum Kak Faz.Saya masih dalam berpantang bersalin anak pertama selama 31 hari ini.Saya nak tanya Kak Faz,sewaktu saya berpantang dalam hari yang ke 10 saya telah minum herba TRADISIONAL yang dipanggil IRUP masyarakat kampung di sarawak.Tapi kalau di ikutkan irup itu mengandungi hampas2 daun daun rempah.Saya minum herba itu pun kerana ibu mertua saya yang suruh.minum jelah.Jadi saya takut hampas-hampas itu akan melekat di luka-luka dalaman.Adakah itu akan berlaku kak Faz.Sekarang saya tidak minum lagi irup itu dan saya gantikan dengan pil yang saya beli di klinik. Satu lagi kak Faz boleh kah saya letakkan minyak ibu gamat di tempat pembedahan saya itu.Luka ditempat pembedahan tu taklah berapa sakit sangat tapi tempat yang stretch marks yang kat bawah perut tu yang sakit.kenapa kak Faz.
Hai Kak Faz, saya sekarang ni dah hari ke 39 bersalin operate, luka kat luar haritu adala berair skit jer… tapi sekarang nampak cam dah ok, apa yg merisaukan saya, mcmmana dengan luka kat dalam, ada orang cakap luka kat dalam ni kalau 3 tahun pun belum tentu boleh kering kalau tak jaga pemakanan dgn betul… saya pun baru minggu lepas start makan ayam, kalau tidak asyik makan ikan kering, biskut kering dgn kopi atau milo jer… sampai naik jemu, skali je makan ikan haruan sebab tak lalu, tapi pati ikan haruan & jeli gamat tu adala saya makan… Mmmm apa yang boleh dimakan & apa yg tak boleh dimakan lepas habis pantang ni bagi mengelakkan luka dalam dari terjadi apa2…? Ha, lagi satu, bolehka saya tidur meniarap walaupun perut saya dah tak rasa sakit?
Waalaikummusalam Rozza dan hi Ayu
Jawapan untuk soalan Rozza dan Ayu akak dah jawap di posting yang ini ye >> http://www.bengkungmoden.com/blog/segalanya-yang-berkaitan-dengan-cesarean/makanan-bersalin-cesarean <<
hai
salam………
nurul baru 1st time log web ni… i’m expecting 4 2nd bb. camne nak dapatkan@order bengkung n gel for ceaser tu?
Salam Nurul,
Akak dah hantar email pada Nurul.. sila check ye
kak faz, nak tanya, tisu jenis apa yang elok nak diletakkan pada luka cesarean sebelum pakai bengkung?
salam Izya,
Seeloknya tisu gulung – sama ada toilet roll atau tisu dapur. Kalau pakai tisu kotak, lembik dan lembut sangat. Kurang sesuai untuk letak sebagai lapik kat perut
salam kak faz,
ini hari ke 10 secara berpantang. 14 okt lepas saya selamat melahirkan anak sulong sy lelaki, secara c-sec. sy nak tau berapa sy harus elakkan minum ais batu? saya ni kategori
suka minuman sejuk. kadang2 xtahan, tapi bila memikirkan nak cepat sihat n sembuh sy kuat kan semangat. Tambahan pula ni 1st baby, c-sec plak tu. Agak janggal sy rasa
salam siti,
tahniah kerana telah bergelar seorang ibu
Seeloknya elakkan ambil ais selama 44 hari. Bukannye lama pun, 44 hari jer.. bukan 44 bulan. Dulu akak pun suka minum ais, tapi selama dalma pantang akak cuba gak minum air suam. Sekarang dah terbiasa minum air suam jer… boleh awet muda tu
first masuk site nie.. kak, sy nak tanya skit.. sy baru jer 3bulan bersalin czer anak kedua, sy mengandung anak kedua nie masa anak ptama baru jer 3 bulan, memang x plan untuk menjarakkan kehamilan coz anak ptama susah dapat, 2thn kahwin bru pregnant. skg sy ada ambil pil norriday tapi set pertama 2 silap makan, x tau pula pil 2 kena makan ikut hari.. skg rasa macam pregnant balik laaa…
takut sangat nie.. apa pandangan akak?
a’kum…
boleh senaraikan jenis2X makanan yg dilarang selepas cesarean?
tq..
Salam,
Saya bersalin caesaran, skrg dlm pantang 17hari.
Skrg ni di bahagian atas tmpt jahitan(belah kiri) tu bengkak dan bila tekan rasa sakit.
Adakah ini menunjukkan luka bhgn dlm terkena infection?
saya baru lepas operation CYST dan mengandung 5bulan. alhamdulillah lepas operate baby masih selamat. cuma risau dalam saya nk menjaga jahitan operation ni , baby pon kena jaga jugak. tetapi kena berpantang makan dan perut makin membesar, jadi merisaukan saya jika jahitan terbuka. nak makan banyk pon takut..risau jika baby kurang zat n jahitan operation tu. minta pandangan akak ye.
saya baru bersalin anak pertama dengan ceaser. saya rasa alhamdulillah sihat walau pun kadang-kadang rasa menyucuk kat perut. tapi di hujung jahitan ada rasa seperti bengkak seperti digigit semut. adakah ini normal bagi kesan luka tu. dah tu pulak saya tak tau macammana nak pantang macam orang bersalin normal. apa implikasinya nanti?
salam..
saya skrg tgh berpantang 31 hari bersalin secara czer. saya nak tanya la selamat ke saya nak dukung baby sambil berjalan, mandikan baby.. risau jugak sebab baru sebulan czer takut lambat baik lak luka kat dalam walaupun kat luar nampak ok.
dah cukup 44 hari berpantang boleh ke nak makan ayam ngan lauk yang masak pedas2 ckit macam sambal tumis ke kari ke?
salam..
terima kasih sebab banyak aklumat saya dapat dr web/ blog ni.
saya baru melahirkan 2nd bb secara c-zer pada 07/02/2011 yg lalu, mean dah dekat 2 minggu berpantang. 1st anak secara normal la ni berusia 1 thn 10 bln.
soalan saya
1) bila saya boleh dokong anak saya yg sulung sbb kadang2 dia terlalu rindukan saya dokong dia.
saya jadi takot nak dokong sbb ade kawan bgtau perempuan yg bersalin c-zer ni xle angkat berat lebih dr 10kg. tolong bg info tentang ni yerk.
2) betol ke sepanjang berpantang c-zer ni kene banyak minum or makan oren? betol ke ianya leh sembuhkan luka dalam dengan cepat?
3) sepanjang berpantang ni memang xle minum banyak ek? cuaca panas menyebabkan saya kehausan yg teramat sangat. mak lak bg minum sikit2 jerk. kekadang curi2 minum sbb menyusu bb. tu lg sebabkan kehausan.
4) buah ape yg boleh n xboleh dimakan time berpantang sbb saya sangat suka makan buah, bila xmakan rasa xsyok sangat…
terima kasih
salam…saya bersalin anak ke3 c-zer kat hos swasta…slps hari ke10 doktor buka plaster, luka xda parut…alhamdullilah!tapi beza sgt kt hos awam…bersalin anak ke4 da 3 week pn luka xbaik lg….
hai kak faz,sy bru bersalin anak yg pertama dgn pembdhan csern,tp sy nk sngt dpt anak yg ke2..agak2 brpa lama sy bru dpt anak yg ke2 ni..anak sy skg brusia 1 thn 2 bln.Klu la sy nk dpt bby thn dpn mmg blh ke?Apa sy blh lhir normal ka?tp akhir2 ni sy sllu rsa skit bla dkung anak sy ni.Sy nk tau jg petua nk jaga bkas parut ni dr trkna jngkitan.
A’kum …kak Faz…saya baru melahirkan anak sulung sec caesar…hr nie masuk hr ke 25 berpantang…Masa hari ketiga selepas bersalin saya terpaksa di tahan di hospital kerana baby saya demam…4 hari saya berada di hospital bagi menjaga dan menyusukan anak saya. Walaupun baru melahirkan anak saya tidak dapat berehat dan tidak cukup tidur kerana menjaga anak saya. Apa yang merisaukan saya , baru-baru nie luka tmpt bedah tu berdarah sikit…dan hari nie bila saya mencuci luka saya dapati ada sedikit nanah… saya risau apa yang menyebabkan luka saya bernanah…Utk pengetahuan Kak Faz…selama berpantang nie saya hanya makan nasi lembut dengan ikan goreng atau ayam goreng, saya tidak berbarut kerana takut effect pd luka tersbt, saya mula makan ubat herba (pil) dan juga pati ikan haruan dan air gamat.
salam kak faz,sy bru 14 ari bersalin.genap 7ari berpantang,ade sedkit kesan luka terbuka tp tak sakit.saya tak sapu dgn ubat luka sbb tak tahu cume sapu ngn gel gamat.adakah kesan luka itu akan tertutup semula?
wslm puan raizah,
Just sapu dengan ubat pusat bayi dah cukup. Kalau boleh elakkan dari sapu gamat
Hai kak I lahirkan anak pertama secara ceasern . tapi perut i buncit sikit ? Bolehkah i berbekung utk anak kedua ? Perut akan kempis ke ? Kalau Lahirkan anak secara ceasern lama – kelamaan perut akan masuk angin ke ?
Assalammualaikum, hanya nak berkongsi.
Untuk cantumkan jahitan serta mempercepatkan baik luka jahitan luaran, sapu Solcocereyl Gel. Boleh beli difarmasi harga rm19.90
Untuk luka dalaman makan Gamogen atau pati ikan haruan.
Banyakkan makan buah oren atau minum air oren atau ambil vitamin c
Jangan angkat berat, jgn tunduk / bongkok, jangan bercangkung.
Guna hairdry dan tisu unuk baikan
Assalmualaikum
Luka jahitan saya masih sakit dan di bahagian hujung jahitan berlubang dan bernanah.. anak saya dah masuk 3 tahun dah..
Salam kak,
Saya c-zer thn lepas pada 10.6.2010 utk anak kembar, 25.7.2011 ni c-zer anak kedua pulak..semua unplanned pregnancy dan rezeki..
saya dah beli bengkung akak cuma tak sempat bertanya detail..memandangkan thn lepas takde pengalaman, banyak persediaan yang tidak disiapkan , maka this time saya siapkan segala keperluan saya..
betul ke c-zer ke2. ke3 dll lebih sakit dr yang terdahulu? doc ada cakap hari tu.huuu..
lagi satu, tisu yang kita alas kat luka tu tak melekat ke lagi2 toilet roll sebab cepat hancur (bley hancur dengan air kan..)tisu muka pulak kuat sikit tapi kata akak kurang sesuai nak alas..
emm, kalau kita bengkung, adakah kita kena tarikh flabby perut tu ke atas dan bind ketat?saya plan nak pakai seberapa segera after delivery..bengkung tu pun afterall mmg utk c-zer kan huhuh
perlukan sangat advice akak..
salam kak,
nk tny kak sy czer sthn da, lps czer dlm 6bln itu hari sy ngdg tp ggur umo 3bln. ms ngdg 2 pdih tul tmpt luka czer dlm prut. sy xde amik pe2pn utk cpt baikkn luka czer ni mcm org kata mkn gamogen, pati haruan dll. luka lua Alhamdulillah baik. sy fobia jgk ggur itu hari sbb skt lg luka dlm prut bks czer 2. skrgni sy rs sy ngdgla kot, tp cane cara nk ilangkn skt bks czer 2 ye kak? mklumla prut mkin mmbsar mngandung… blhke sy lhir normal wlupn skit prut mmbesartu, tak terkoyak ke prut ms skt ngandg 2kak? bengkung sy xterpakai lg,prut mmg bsr jgk..
salam kak,
sy nak tanye.isteri sy bersalin bedah dlm 3 mggu lepas.isteri sy x pnah bertungku or pakai kain bengkung krn mak mertua sy tak bagi sbb bedah.jd camne ye pendapat akak?tp dah berurut.1 lagi soal pemakanan camne ye kak?
tq sgt2 gak.
Wslm Encik Nazha, Boleh tungku dan urut walaupun cesarean kecuali kat perut . Pemakanan pula, tips nya ada diberikan dalma ebook panduan penjagaan selepas bersalin cesarean
wslm puan,
Kalau puan nak jawapan yang pasti, sebaiknya puan jumpa pakar sakit puan dan mintak dia buat pemeriksaan di bahagian parut luka ye.. tq
salam kak
sy dah berpantang hari ke 40, beranak secara ceaser
nak tye kan ade warna sepnjang luka jahitan tu, adakah ianya akan tanggal sndiri..?
saya masih ada kesan hitam tu, tp ade sesetengah kawasan dah hilang, mcm hujung belah kiri tu masih ade warna hitam tu..
ade orang kata itu gam.. tp sy x tahu… hope akak dpt bantu..tq
salam kak
sy dah berpantang hari ke 40, beranak secara ceaser
nak tye kan ade warna hitam sepnjang luka jahitan tu, adakah ianya akan tanggal sndiri..?
saya masih ada kesan hitam tu, tp ade sesetengah kawasan dah hilang, mcm hujung belah kiri tu masih ade warna hitam tu..
ade orang kata itu gam.. tp sy x tahu… hope akak dpt bantu..tq
Salam, akak blh sy tau ubat luka tu ubat apa? Fucidin cream ke?