Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Tips – Cara Menghilangkan Hitam Diperut Selepas Bersalin

Hi, salam ceria semua :)

Hari ini saya ingin berkongsi tips bagi menghilangkan hitam diperut dengan lebih cepat selepas bersalin. Bagi yang pertama kali mengandung, anda mungkin tidak tahu. Sebenarnya selepas bersalin, kulit perut akan menjadi hitam. Ini berlaku akibat dari regangan kulit yang dialami sewaktu tempoh hamil dan apabila anda bersalin, kulit perut menjadi kendur dan menggelebeh.

Cara untuk menghilangkannya ialah dengan menyapu baby losyen diperut dan di sekeliling pinggang setiap kali selepas mandi dan sebelum menyapu pengempis perut / campuran kapur & air limau nipis. Oh ya, anda tidak perlu menunggu sehingga losyen kering baru anda menyapu gel pelangsing atau campuran air limau dan kapur, sebaliknya terus sahaja sapu bahan pelangsing sebaik sahaja selepas losyen diletakkan. Mudah bukan..? Pasti perut anda kembali ke warna asal seperti sebelum mengandung selepas habis 44 hari berpantang.

Selamat mencuba :)

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

30 Responses to “Tips – Cara Menghilangkan Hitam Diperut Selepas Bersalin”

  1. E-ja

    Tips ni paling saya suka..

    saya pun pengalaman pertama jadi ibu..baru je 29hari..Alhamdulillah.

    Tapi agak terkejut sebab kesan hitam tu…saya pk strechmark macam tu kot.
    tu kira stretch mark ke kak?
    Nanti saya nak praktikkn lah tips akak nie.TQ..:-)

  2. Salmah

    Kalau saya gunakan baby oil boleh ke?

    TQ


  3. Hi Eja,

    Tak kiralah ada stretchmark atau tidak, perut tetap akan hitam selepas bersalin.

    Hi Salmah,

    Saya lebih suka pakai losyen sebab losyen menyerap dibadan. Kalau baby oil, nanti berminyak dan melekat kat bengkung takut rasa kurang selesa pulak.

  4. zue

    akhirnya jumpa jugak tips ni…saya pun baru 22 hari jadi ibu…semasa mengandung dulu, bukan sahaja perut jadi hitam, tapi ketiak dan kawasan pelipat juga jadi berdaki..nak buat macamana yer

  5. Faz

    Hi Zue,

    Memang macam tu lah… banyak tempat jadi hitam dan berdaki. Bagi sesetengah orang, kat leher pun hitam.

    Nak hilangkan hitam di ketiak dan kawasan pelipat…? Yang ni akak pun tengah cari juga sebenarnya. Tapi kalau masih didalam tempoh berpantang selepas bersalin, boleh cuba letakkan losyen setiap kali selepas mandi. Tapi akak tak pasti setakat mana keberkesanannya. Tapi tak salah mencuba kan?

    Actually akak ada lah try produk untuk putihkan kawasan pelipat dan bawah ketiak tu masa dalam pantang dulu tapi nampak macam tak berapa berkesan jer untuk akak.

    Tapi kalau orang tua dulu2, dia orang gunakan tawas je untuk hilangkan hitam tu.

  6. lovelysyasya

    Salam kak Faz,

    Sya nak tanya akak la…walau pun kita bukan dalam berpantang (anak sya dah setahun lebih), kira bole lagi tak amalkan penggunaan campuran kapur dan air limau nipis untuk mengempiskan perut.

  7. lovelysyasya

    Salam Kak Faz,

    Nak tanya la..klu dah lama habis berpantang (setahun lebih) masih bole guna campuran kapur ngan air limau nipis tu untuk mengempiskan perut tak..

    timekasih..:-)

  8. Faz

    Hi Livelysyasya,

    Kalau nak pakai limau + kapur boleh saja… cuma takut rasa tak selesa sebab limau + kapur tu bertempek kat perut. Bagi yang bekerja, rasanya cara ini tidak begitu praktikal.

    Akak suggest pakai lah gel sireh slim atau mana – mana minyak / gel untuk kempiskan perut.

  9. mala

    kak saya sudah 60 hari selepas bersalin. saya nak tanya boleh tak i pakai limau + kapur. dan nak tau bagaimana cara untuk pakai itu. saya tak perna pakai.

  10. Faz

    Hi Mala,

    Ambil limau nipis, perah supaya keluar air. Anggaran limau nipis dalam 3 biji kalau jenis yang air banyak dan dah masak. Kalau limau tu muda lagi, airnya tak banyak. Kemudian bancuhkan dengan sedikit kapur. Kapur tu dalam 1/3 sudu kecil je… Lepas tu boleh sapu kat perut.

    Tapi kalau dah habis patang dan nak pakai untuk kerja, akak rekomen pakai gel sireh slim saja. Tak berminyak, tak berbau dan selesa dipakai.

  11. cikdibah

    salam..

    kak faz,

    luka ceaser tu boleh ke kalo kite nak cuci2 semasa mandi..macam sapu2 sabun..hehehe
    saya dah 21 hari..tapi bila mandi, just lalukan air je..takut dan pk macam2…

    lagi saya nak tanya, kalau nak sapu losyen tu…tekena luka tu takpe ke…sebab saya baru dapat baby twin..anak sulung pulak..jadi kesan tu memang teruk sangat…huhu

    harap akak dapat membantu..suka sgt bila jumpa blog nih..


  12. Wslm,

    Kalau dah 21 hari dan luka dah kering, boleh je nak lalukan sabun kat situ. Asalakan tak sental kuat-kuat dah la.

    Losyen tu tak payah la sapu kat tempat cesar tu, just sapu kat perut je.


  13. assalamualaikum faz,
    thanks for u . i dah terima bengkung yang u pos tu. amat selesa dan bagus sekali

  14. nur

    asslmkm..sye baru lepas due..skg pon dh genap 20 ari dlm pantang..bby first..tp sye x dpt berpntg cara betul sbb layan anak n mak pon x dpt jge ….klo sye amal balik pantang lps anak dah sebulan,xpe ker..? tuk ilangkan itam kat perut tu baru sye tau..nasib baik bkak blog nih..

  15. syabaity

    :roll:
    salam kak faz,
    boleh saya tahu tak gel sirih slim tu keluaran mana yek? sbb saya br 1 st time nk try guna….

  16. yanti

    salam kak sy nux tnye sal cam ne nux hilangkn bekas kegatalan dibelakang badan :razz:

  17. nurul suhaili

    Salam kak faz..
    sy ni bru je hbs pntg. sy brsalin secara pembedahan.
    Sy nk tahu ble k sy b’bgkung mcm org lain?

  18. sue

    Salam K.Faz..
    Sy bru hbs b’pntg anak pertama scr pembedahan.
    Ble k sy mnyapu kapur dan air limau di atas perut sy skrg.
    Sy risau air kapur m’beri kesan pada luka dlm perut sekiranya belom baik.


  19. wslm puan sue, boleh je nk sapu kapur + air limau kat perut. Asalkan tak sapu kat luka cesarean ye..


  20. wslm puan Nurul, boleh je nak pakai bengkung walaupun selepas bersalin cesarean. Sila layari http://www.bengkungmoden.com untuk info lanjut ye..

  21. siti

    dah nak masuk 90 hari bersalin ceaser..perut buncit lg….camana erk?
    ada petua tak?

  22. ina

    k.Faz, sy ade mslh selulit yg teruk dbhgn perut. Sy dh cbe sapu minyak bio oil & krim mak dara tp msh xbhasil. cmne nk hlgkn selulit 2. Hrp k.Faz dpt tlg berikn petua. :cry:

  23. raizah

    kak,katekn lps mandi,keringkn dulu kesan luka pastu sapu ubt luka kt kesan tu.sblm bengkung perut,sy sapukn perut dgn gel sireh slim tu,perlu tak sapu kapur + air limau tu pula? ataw bt salah satu je?

  24. ana

    kak faz.

    saya dah 3 bulan pas besalin anak petama.sebelum besalin saya takde keluar hitam2. tp lepas besalin keluarla kak kat keliling pinggang.lepastu gatal sangat2..tu scretch mark ke kak…ada losyen tak kak nk hilangkan gatalnye…xboleh tahan kak…terima kasih


  25. Puan boleh cuba sapu losyen untuk hilangkan hitam tu ye..

  26. mona

    salam ina, mslh selulit mmg merunsingkan. ianya disebabkan oleh lemak yg tersimpan. sepatutnya lemak ni dicernakan oleh sistem pencernaan kita.

    sistem pencernaan yang bermasalah akan menyebabkan ianya tidak dpt dicerna dgn baik, termasuk jugalah zat2 lain tidak dapat diserap dgn baik.

    makanya, silalah anda cuci sistem kolon/ usus yang mana akan membantu memperbaiki pencernaan, penyerapan zat/ supplement yang di ambil, mengatasi masalah angin & seribu satu masalah lain yang disebabkan oleh sistem pencernaan yang ‘bermasalah’

    colon/ usus kita boleh dicuci dgn pelbagai cara.

    1. ambil bakteria baik. (ada juai di farmasi)
    2. puasa sayur/ buah2an selama 1 minggu (mkn mende ni je.. bykkan minum air
    3. ambil serat seperti pysilium husk (ada juai kat farmasi atau kedai jamu/ sensei)
    4. ikuti program detox yang melambak di pasaran (hati2 memilih yang tidak merbahaya- sila dapatkan nasihat profesional)
    5. berpuasa

    **jika andan amalkan salah satu cara di atas, boleh lihat hasilnya dalam 1-4 minggu (bergantung pd tahap kekotoran yang melekat di dinding usus anda)

    mula2 najis2 lama yang terlonggok akan keluar melalui pembuangan. najis berwarna hitam, busuk

    selang beberapa hari, najis beransur tukar warna coklat gelap, perang dan akhirnya kuning mcm najis bayi yang sihat.

    ** anda akan dapati kondisi kult lebih baik, selulit juga akan pudar. masa tulah anda usaha ambil supplement yg dipercayai membantu mengatasi selulit. insyaAllah berkesan sebab usus anda dh dapat serap zat2 dlm supplement tu.

    oh, yea langakah2 di atas tu dinamakan detox. ia perlu dibuat 6 bulan sekali atau kurang2nya setahun sekali. bergantung pada tahap kesihatan seseorang.

    ** g farmasi tanye pd AHLI FARMASI

  27. mona

    apa yang saya nk kongsikan lagi ialah, selepas bersalin, orang tua selalu suruh kita berpantang,. ini sebenarnya bagus utk memperbaiki kembali sistem badan termasuk sistem pencernaan. \

    ingat, org bersalin, ada banyak angin dan lendir dalam rahim. angin dan lendir ni mesti dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah2 kesihatan seperti meroyan dll.

    sebab tulah, org2 tua kata jgn mkn yg berangin dan berbisa. dengan kata lain, jgn tambahkan lagi bebanan badan kita. yelah.. dh mengandung 9 bulan tu! buka sekejap. bawa insan lain dalam badan kita. bukan kecik punye cerita tu..

    tapi pantang yg mengarut2 tu.. pandai2lah atasi.. kang kecik pulok ati makcik yg bagi nasihat tu.. hehe.. (contoh: pakai tangkat hitam kat tgn ibu dan bayi—>> ini syirik pulak)

    disebabkan kondisi badan kita yang begitu,
    makanya, pengambilan makanan perlulah yang berkhasiat membantu membuang angin dan lendir2 ni, dan elakkan mknn yng tambah mudarat kpd keadaan kita.

    doktor mmg tak bagi kita pantang, sbb katanya nnti tak cukup zat nk produce susu n baiki kesihatan.

    betul tu.. mknan bukan satu je kat dunia ni.. bnyk.. buah2 pun pelbagai, sayur2 pu pelbagai. pandai2lah cari yea.. jgn tak makan terus.. mmglah takde zat dan lembik je nanti.

    *p/s: mkn kurma, susu, madu kan boleh. (ikut kesesuaian memasing ler)

    sekarang dah mudah sangat. sbb tak perlu cari pucuk akar kayu, rizom bagai, sbb semua tu dapat kita ambil melalui tablet kapsul ataupun akar2 kayu telah siap di pack di pasaran

    pengalaman melahirkan dan melalui proses berpantang amat menyeronokkan sebanrnya kerana badan kita akan di detox sepenuhnya.

    huhu.. selamat menjadi ibu kpd yg baru melahirkan!

  28. Syikin

    Memang betul tu mona. syikin baru habis pantang slps lahirkan anak ke2. Anak 1st memang manja sgt, so susah nak berehat betul2. Tapi syikin betul2 strict dlm pengambilan makanan, sentiasa pastikan makanan yg diambil cukup serat dan proteinnya. makan dalam kuantiti yg sikit walaupun lebih kerap, dan bila rasa dah terlalu banyak makan, syikin lebihkan minum air suam. alhamdulillah, skrg dah boleh pakai semula baju sebelum mengandung anak sulung….

  29. noha

    salam kak

    sy dah berpantang hari ke 40, beranak secara ceaser
    nak tye kan ade warna sepnjang luka jahitan tu, adakah ianya akan tanggal sndiri..?
    saya masih ada kesan hitam tu, tp ade sesetengah kawasan dah hilang, mcm hujung belah kiri tu masih ade warna hitam tu..
    ade orang kata itu gam.. tp sy x tahu… hope akak dpt bantu..tq

  30. keyzha

    salam kak

    saya mau tanya bagaimana caranya menghilangkan bekas melahirkan,di bagian perut dan paha
    apakah bekas yang lama dapat di hilangkan?

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif