Tips merawat kaki kejang sewaktu hamil

Assalamualaikum,

Sewaktu hamil biasanya ramai yang mengalami kaki kejang atau dikenali juga sebagai leg cramps. Jadi hari ini saya nak berkongsi cara merawat kaki yang kejang.

Mengikut kajian perubatan tiada sebab sebenar yang dikenal pasti mengapa kekejangan kaki sering terjadi kepada mereka yang sedang mengandung. Ia mungkin disebabkan kaki yang perlu  mengampu berat yang semakin bertambah sewaktu tempoh kehamilan. Sebab lain yang menyebabkan masalah kejang kaki sewaktu hamil ialah pengaliran darah yang kurang lancar apabila darah dari kaki tidak mengalir kembali ke jantung.

Kejang di kaki boleh dirawat dengan cara berikut :

  • Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.
  • Minum air secukupnya setiap hari
  • Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan
  • Pakai seluar panjang sewaktu tidur

Bagi cara pencegahan pula :

  • Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
  • Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
  • Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.

Harap tips diatas membantu

Kak Faz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif