Tips menangani bengkak kaki semasa hamil
Assalamualaikum,
Seperti yang diminta oleh Nurul, hari ini saya ingin berkongsi tips untuk menangani masalah bengkak kaki sewaktu hamil.
Masalah bengkak kaki sewaktu hamil sebenarnya adalah antara masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang sedang mengandung. Kaki biasanya akan lebih membengkak apabila kandungan telah memasuki trimester ketiga fasa kehamilan. He..he… teringat kata-kata kawan saya semasa kaki dia tengah bengkak dulu “rasa macam kaki gajah plak kaki aku ni!”
Kaki bengkak ni sebenarnya disebabkan oleh lebihan air didalam badan sewaktu mengandung. Tapi biasanya masalah ni akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin. Tapi sementara nak beranak tu, sempat jugalah upgrade saiz kasut dulu

Tips berikut boleh membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki sewaktu mengandung :
1. Elakkan dari berdiri terlalu lama
2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.
4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki
5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.
7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food
Okey, diharap tips diatas membantu Nurul dan juga mereka yang sedang hamil.
Kak Faz
Related posts:
- Tips merawat kaki kejang sewaktu hamil Assalamualaikum, Sewaktu hamil biasanya ramai yang mengalami kaki kejang atau...
- Tips hilangkan sakit belakang sewaktu mengandung Assalamualaikum, Bagi mereka yang sedang hamil, pasti akan mengalami sakit...
- Nutrisi dan zat penting sewaktu hamil - part 2 Salam ceria Berbagai hal pula yang timbul kebelakangan ini menyebabkan...
- Wanita Hamil Berisiko Tinggi Dijangkiti H1N1 / Selsema babi Assalamualaikum, Wabak H1N1 atau dikenali selsema babi kini semakin...
- Nutrisi dan zat penting sewaktu hamil - part 1 Salam ceria Mulai hari ini saya akan berkongsi dengan anda...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.




















slm..akak, boleh tak huraikan sikit tentang darah nifas?saya nak tau ada tak dalam 32 hari, darah tu dah kering?saya tak pasti sama ada dah kering ker tak sbb kadang2 masih ada lg kekuningan or somethinng yg cam coklat..kdg2 tgk takde.so brp hari saya perlu tggu utk mandi wajib?maaf kalau bagi komen yg lain dr topik akak bincangkan kat atas tu..
salam kak faz,
saya cuba hantar email pada akak,tp tak boleh masuk pulak.
saya nak tanya,berapa kadar yang dikenakan jika saya ingin mendapatkan bengkung moden dan beberapa barangan lain memandangkan saya berada di australia? adakah akak membuat penghantaran ke luar negara?
Salam Hanies,
Terima kasih kerana berminat dengan bengkung moden. Nanti akak hantar email ye.
Yep, akak ada buat penghanataran keluar negara.