BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

July 13, 2008 by fazidah

Resipi Ringkas Untuk Ibu Dalam Pantang Bersalin

Hi, Salam ceria ๐Ÿ™‚

Hari ini saya ingin berkongsi resipi simple yang saya praktikkan sewaktu didalam pantang bersalin.

Walaupun simple tapi sedap dan mudah disediakan. Amat praktikal bagi mereka yang berpantang sendirian dan tidak dibantu atau dijaga oleh saudara terdekat. Juga bagi ibu-ibu yang menguruskan anak2 yang lain sewaktu didalam temph berpantang.

1. Ikan panggang kunyit (untuk 2 ekor ikan)

Bahan โ€“ bahan

  • 2 ekor Ikan selar

(Bahan ditumbuk / blender)

  • Setengah inci Kunyit hidup
  • Setengah inci halia
  • Seulas bawang putih
  • Seulas bawang merah
  • Lada hitam
  • Ketumbar
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak

Tumbuk semua bahan di atas, gaulkan pada ikan dan bakar. Untuk mempelbagaikan rasa dan menambah selera, boleh cuba beberapa cara berikut :

  • Dibakar begitu sahaja dengan pemanggang ikan.
  • Ikan dibalut dengan daun kunyit atau daun pisang kemudian dibakar
  • Tukar bahan / rempah. Kalau hari ni letak lada hitam esok tukar dengan ketumbar pula

resipi selar panggang kunyit

2. Ikan masak singgang

Bahan โ€“ bahan

  • 2 ekor Ikan selar (kalau ikan besar, di potong dua)
  • Setengah inci kunyit hidup
  • Setengah inci lengkuas
  • Sedikit asam keping
  • 2 atau 3 ulas bawang putih
  • Seulas bawang merah
  • Ketumbar (kalau suka boleh letak)

Cara โ€“ cara memasak

Potong halus semua bahan, masukkan air kedalam periuk, dan panaskan periuk yang telah diisi dengan air dan rempah ratus tadi. Selepas air menggelegak, masukkan ikan, biarkan seketika sehingga ikan empuk sebelum api ditutup.

singgang ikan selar

3. Sayur sawi masak rebus

sawi masak rebus

Bahan-bahan

  • Sayur Sawi
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Lada hitam (kalau nak pedas, letak lah banyak)
  • Sedikit ketumbar
  • Garam & gula secukup rasa

Cara-cara memasak

Bawang putih & bawang merah boleh ditumbuk atau dihiris sahaja.

Tumbuk / blender lada hitam dan ketumbar. Panaskan air didalam periuk, selepas menggelegak, masukkan bahan2 rempah diikuti dengan sayur. Tutup api dan sayur sedia untuk dimakan

4. Sup Lobak Putih

sup lobak putih

Bahan-bahan

  • 1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
  • Sedikit daun kucai
  • 2 ulas Bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak

Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama. Sedia untuk dihidangkan

Tips : Oleh kerana nak kena jaga baby sorang diri, saya telah mencuba beberapa alternative bagi menyenangkan proses memasak :

Untuk lada hitam dan jintan hitam, saya blender dalam kuantiti yang banyak dengan menggunakan blender kering. Selepas itu, kedua-dua bahan ini disimpan didalm bekas kedap udara dan dimasukkan kedalam peti ais untuk kegunaan semasa didalam pantang.

Sementara bagi bahan-bahan lain seperti bawang putih, bawang merah, kunyit dan halia, bolehlah dihiris halus setiap kali digunakan untuk memasak kecuali jika bahan-bahan itu digunakan untuk ikan bakar, terpaksalah diblender.

Selamat mencuba ๐Ÿ™‚

Kak Faz

Resipi Ringkas Untuk Ibu Dalam Pantang Bersalin by fazidah

No related posts.

Filed Under: Resipi Didalam Pantang Bersalin Tagged With: bersalin , pantang , resipi , sup

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 6 Tips Penting Eratkan Kembali Hubungan Keluarga Anda
  • 10 Tanda anda Mungkin Hamil Anak Lelaki!
  • 5 Jenis Makanan Ini Kuatkan Tulang Bayi Anda
  • 4 Tips Berpantang Semasa Raya
  • 5 Tips Bercerai Lampin Yang Berkesan

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • Fina Affaidi on Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan)
  • Hani on Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan)
  • mengurut bersalin /berpantang on 5 Petua Untuk Anak Cepat Bercakap. Ibubapa Wajib Baca.
  • Fina Affaidi on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Lala on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org