Apabila anak terkena chicken pox / demam campak

by fazidah on October 7, 2009

Assalamualaikum,

Dah 2 minggu saya tak buat posting untuk blog ni. Sejak balik dari beraya, kepala macam tepu pulak. Mana tak tepu, cuti raya seminggu kat kampung dok pulun lemang, rendang, biskut raya tak yah cerita laa… Tu belum lagi dikira sambung beraya kat sini pula.

Dan sekarang ni saya tengah sakit perut sebab makan macam-macam pada sabtu dan ahad lepas. Kejap-kejap ke bilik air, kejap-kejap kena baring bila tahap memulasnya makin kuat. Adess…

Sebab dah lama tak buat posting, rasa tak sedap hati la pulak. Hari ni saya nak berkongsi sedikit info tentang chicken pox. Sebabnya sebelum raya ketiga-tiga anak saya kena chicken pox. Dikalangan orang melayu ada yang panggil kena demam campak. Pening juga kepala bila dengar macam-macam pendapat tentang chicken pox yang diberikan oleh orang sekeliling.

Ada yang cakap virus chicken pox boleh berjangkit bila bintik merah yang berisi air tu mula pecah dan bertukar jadi hitam. Ada yang cakap kumannya akan merebak melalui sentuhan apabila tangan yang menggaru kesan merah dibadan yang terkena chicken pox.

Akhirnya saya cuba google dan jumpa beberapa info yang boleh dikongsikan disini :

  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi (hmm… tiba-tiba saja teringat kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Tapi bila teringat bab emosional tak bertempat sesetengah rakyatnya… hhmmmm…)

Antara cara merawat demam campak pula ialah :

  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.

  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu :) )

Teringat pesan orang-orang tua, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

Kak Faz

Apabila anak terkena chicken pox / demam campak by

{ 74 comments… read them below or add one }

rosmawati February 19, 2012 at 3:27 pm

as salam.Anak saya 7bulan dan 3tahun sedang mengalami cp sekarang.si abang dah masuk seminggu,si adik baru 3hari.tapi si abang naik sikit2 jer sebab dia xnak minum air kelapa.parut dia dah kecut.yang si adik pulak,naik banyak sangat,lagi2 kat celah peha.dah 2malam xtdo ni,asyik merenget jer.menangis sebab gatal dan sakit..saya pun nangis sama xtahu dah nak wak apa.mudah2han penderitaan ni akan berakhir dengan cepat.amin..amin..ya rabbal alamin. :cry: :sad:

Mya February 22, 2012 at 12:13 am

Sy kena chicken pox dah masuk hari ke 5. Tp makin byk bintik-bintik merah yg timbul & tak surut2. Doktor bg ubat thn gatal & antibiotik. Tp sy cuma mkn ubat gatal. Mak x bg mkn antibiotik sbb takot effect dkt kandungan. Betul petua kata jgn makan mknan nerminyak..nanti jadi gatal2..sy tgh alaminya skrg. Tak blh nak tdo & takut tergaru dkt bintik2 merah. Kesian hubby terpaksa tahan dgn kerenah sy. Ya Allah kau sembuh kan aku dr penyakit ini segara..dah x tertahan rsnya..Aminn..

wilma February 27, 2012 at 3:53 am

salam, anak sy berusia 2 thun 7 bln br 3 ari kene cken pox stlh demam slsma yang teruk slama hmpir 3 minggu, pity him, bersengkang mata menjaga dia.

nina March 15, 2012 at 8:04 pm

saya pun baru kena chic pox ni, arini masuk ari ke-4 (15mac2012)..dah 35thun baru la nak kena, aduhai, seksa sungguh, dgn gatalnye, sakit2 sendi, demam panas.. dugaan betul…puncanya berjangkit drpd husband la..aritu dia kena, ni pindah kt saya pulak..hehehe..harap2 jgnla berjangkit dekat anak yg 3org tu..apa yg sy buat, sy kuarantin kn diri dlm bilik, makan ubat antiviral yg klinik bagi, sapu calamine lotion kt badan dgn ubat vicide cream utk muka, pantang mkn-rebus2 je or panggang, mandi guna sabun ubat Eubos-solid washing bar (perfume free)
(sabun ni kandungan dia tak berasaskan sabun-harga dlm rm16 warna biru)..husband terpaksa cuti 4hari ni..hari esok htr anak3 balik kg kejap..minggu depan, xtau lagi, kena cari jalan la kt sapa nak htr anak3 nie…kejap lagi tggu husband bwk balik daun semambu, nak try mandi dgn daun ni pulak esok..harap2 cepat la sembuh, mcm husband aritu dalam 10 hari dia dah ok…kita ni x tau la, nampak mcm byk lagi nak kuar, hbis muka penuh dgn bintik2, sedih tgok! huhuhuhu…

linda March 18, 2012 at 5:42 pm

As slm..ari ni msk ari ke 5..ank 2nd sy kna cp.. Umur 2thn.alhamdulillah dmam pns pn dh kebah selama 4 ari..tp dr smlm lg dia xmau mkn dn minum gn mnyusu sbb slalu ckp sakit.tgk2 ade ulser dlm mulut.tp paksa suap pkai picagari.byk gak msuk mknan(nestum+susu) gn air putih.kulit pn dhcm udang kna bakar.:razz: ..tp kcian tgk sluruh bdn skit.nk barinn kna letak slow2 sgt. .huhuhu..

rin April 23, 2012 at 9:45 pm

hari ini hari ke 19 saya terkena sakit demam campak pada usia 36 tahun. ia tak gatal, cuma suhu badan tinggi dan saya rasa panas pedih. bagaimana nak hilangkan bekas-bekas parut ini?

Rara tyaz June 1, 2012 at 11:03 pm

huhuhu saya kena demam campak 1 kali tahun lepas dan sekarang doktor telah suspek saya demam campak. Campak boleh berulang ke?? Aduhh seksa ya amat gatalnya rasa nak garu tapi x sampai hati sebab takut luka. Saya hanya tahan kadang-kadang kegatalan yang saya alami itu telah menyebabkan saya mengerang kesakitan akibat menahan tangan ini daripada garu.

liana elis ruzman July 27, 2012 at 3:45 pm

hr ni hr prtama kna CP.putera bongsu 1thn 9bln bru hr ke 3.asyik mrengek je ckp sakit.nk sebut gatal xpndai lg.putera sulung plk 2minggu lps kna CP.skrg dh smbuh.risau btul nk hadapi hr2 esok..mlm ni lps bbuka puasa nk g jmpa DR ambik antiviral smntara bintik2 air ni xbyk lg.mndi air daun smambu pn sudah…air klapa lum lg..smog cpt smbuh.aminnn…

fazidah August 2, 2012 at 12:20 pm

memmang kesian kalau baby kena chicken Pox. Cuba puan alihkan perhatian dia.. bagi tengok tv atau bagi mainan yang dia suka. Biasanya boleh bantu baby lupakan sekejap kegatalan CP tu :))

mama fiza September 22, 2012 at 7:34 pm

mama RR, kesiannya baby u. baru 4 bulan. baby saya pun 9 bln da kena, kesian sgt. sebelum ni anak sulung 5 thn n anak kedua 3 thn da kena. before tu anak2 buah sy yg kena. kira berjangkit la tuh.. cuma saya nak kongsi satu petua.. saya tengok ada yg tak yakin dgn petua org tua dulu yg tak kasi anak2 mandi waktu kena demam campak.
MEMANG BETUL !! jangan mandikan anak masa tgh gelembung air. coz bila badan sejuk, virus tu lambat mengecut. n buktinya juga anak2 buah n anak2 saya cepat je kering. memangla tak seronok tak mandi tapi untuk kebaikan mereka agar cepat kering. bila dah kering, mandikanlah dengan daun semambu. tapi ingat ! mesti tukar baju anak2 dengan kerap n basuh tilam o sarung bantal yg digunakan. :)
;-)

nor October 28, 2012 at 8:36 am

salam….anak saya br saje kena chicken pox. caranya senang aje mandikan anak dgn air rebusan daun semambu kemudian biarkan selama 5 minit. selepas tu buatkan bedak sejuk dgn blan daun semampu n beras. pastikan beras itu di rendam terlebih dulu kemudian sapukan pada badan biarkan seketika sampai ia kering.saya mandikan anak sebelum terbitnya fajar atau terbenamnya matahari….insyallah anak pasti cpt sembuh…

azree November 2, 2012 at 12:38 am

salam.. saya baru terkena chicken pox pada umur 31 tahun.. ada kesan parut2 lagi… rasa gatal2 bdn ni.. seksa rasanya…ni lah pertama kali saya terkena chicken pox.. rasa sakit sendi2 di bdn dan sakit kepala. badan pun terlampau panas… ni plak baby saya umur 5 bulan macam nak terkena jangkitan chicken pox dari saya.. risau tgknya.. tapi baru keluar 5 ke 6 biji… minta2 dijauhkan segala penyakit buat anakku.. biarlah saya saja yang merasanya lagi… tak tahu nak buat camana.. mcm2 dugaan…. ya Allah kau jauhkan anakku daripada penyakit…

Riza November 6, 2012 at 11:42 am

Kena CP ni berapa lama ya? Saya sedang kena. Dah 8 hari. Masih belum kering2 lai. Risau juga kandungan saya yang masih awal lagi ni.

Junaidah January 7, 2013 at 5:06 pm

Anak saya berumur 6 tahun sekrg sedang kena cacar baru 3 hari. Masalahnya saya sekarang mgndung masuk mggu ke37. Saya pernah dah kena masa sekolah menengah dulu. Ada kesan tak kat baby dlm kandungan saya. Susah hati jugak ni.

fazidah January 8, 2013 at 10:15 am

Puan Junaidah

Selagi puan tak kena jangkitan chicken pox, insya allah baby dalam kandungan tak kan kena juga.

Take care ye

Rohapidah bt harun February 16, 2013 at 6:51 pm

Anak Saya berumur 1 tahun 2bulan..kena campak,tapi tak demam..adakah itu pun di panggil campak juga.?

Yati Bws May 16, 2013 at 8:16 am

Assalam, hari ne masuk hari ke 4 saya terkena checken pox. .sekarangpun tengah pregnant minggu ke 19. Saya guna daun semambu dan ubat dari klinik utk kurang kan rasa gatal2 dekat badan. Alhamdulilah rasa gatal berkurangan dan saya beharap agar kandungan saya ok dan anak saya yg berumur 3 thn tdan suami tidak terkena penyakit ini.. Tq..

nas May 20, 2013 at 6:29 pm

saya nak tumpang tanya :D ..bagaimana nak kecutkan kesan demam campak yang tak pecah tu??..saya dah kene ..dah tiga tahun lepas..tapi tak mahu pecah kesan chicken pox tu .. :(

mamarayyan June 20, 2013 at 4:51 pm

salam olls..thnx 4 sharing.ank sy 1thn 2 bkn.masuk hari ke 4 kenachicken pox.
sy amalkan minum air klpa n mandi dgn daun semambu..Alhamdulillah sudah nmpk beza kering.cuma nak tahu mcm mna ptua xbk bg tggal parut. ;-)

attien July 9, 2013 at 1:06 pm

Slm alls..ank sy pun br je kena cp ni.abg yg umur 4th dh baik setelah hampir 2 mgu skrg adik yg umur 1 th 3bln plak yg trkena jangkitan.dh penuh satu bdn bintik2 merah smpi kepala.vy pity masih baby lg huhu.mlm x leh tdo asyik merengek je cian plak ank mama.

azlinda July 22, 2013 at 8:10 pm

Salam… nak tanya ada x sapa2 ada pengalaman bb barusia sebulan kena demam campak… bahaya x pl share info

Kak cik September 8, 2013 at 5:39 am

Assalamualaikum….saya mempunyai 7 orang cahaya mata. Setiap anak2 saya masa kecil mesti kena campak. Setiap kali kena campak kami hanya gunakan cara alternitif je untuk merawatnya..kami tak pernah ke klinik atau hospital, cuma merawat cara tradisional sahaja.

Alhamdulillah rawatan cara ini saya rasa lebih selamat dan tidak memudaratkan.
Caranya mudah sahaja. 3 hari pertama anak jangan dimandikan, cuma lap dengan air suam atau air kelapa di seluruh badan supaya suhu badan stabil. Saya bagi anak saya minum air kelapa, bali, selasih atau apa2 jenis air yag boleh menyejukkan badannaya, bukan air ais.

Jauhkan makanan bergoreng dan berminyak . Juga jauhi anak2 dari memakan makanan yg bisa dan gatal, seperti ayam , daging, telor,ikan2 yg bisa seperti ikan sembilang, talapia,tongkol
kembong, cencaru dsb. untuk mengetahui ikan itu gatal ke tidak pastikan najis ikan itu tdk
bewarna hitam. Ikan siakap, kerisi , selar memang boleh dimakan..

Kalau boleh dlm tempoh campak anak2 atau orang dewasa ambillah makanan berebus sahaja.
Ini adalah lebih baik dan tidak mengundang kegatalan yg melampau bila makanan itu digoreng.
Disebabkan anak2 selalu terkena campak, kamipun buatlah satu produk bedak sejuk yng boleh membantuk rakan dan sesiapa sahaja yang memerlukan. Kami tau bila penyakit ini datang ibu2 terlalu risau dan tak tau apa nak buat.

Kami formulasikan sendiri bedak sejuk dengan menggunakan beras , daun bidara, beluntas, dan beberapa jenis herba lain yng bagus untuk membantu menghilangkan campak dan parut. Setakat
ini allamdulillah kami dapat membantu ramai ibu dan rakan2. Malah mereka berpuas hati dengan
produk kami.

Selain dari campak, bedak sejuk ini juga boleh merawat psoriasis, eczema, kudis, bisul, resdung
dsb. Kami gunakan adunan herba dan permakanan sahaja untuk merawat dan mencegah
penyakit. Oleh itu untuk membantu rakan2 dan ibu2 mengatasi pelbagai permasalahan kesihatan,
bertandanglah ke blog kami…herbadanpermakanan.blogspot.com. dan berinteraksilah dengan
kami. Kami sentiasa membantu. Atau boleh saja ke fb: Nizam Herbalist. hp: 0164369630.
email: nizambidara@gmail.com.

Untuk pengetahuan kalian kami cuba membantu setakat termampu. Sesiapa yang ingin berkongsi
masalah silakan…insyaAllah.

azura maidin December 13, 2013 at 10:31 am

saya nak tahu lh.klu ibu yang kena campak..blh ke myusukan ank nya?bhaya utk bayi x? kasihmamaaqil4.blogspot.com

bahar February 2, 2014 at 2:05 pm

saya berusia 39 thun kena cp,,aduh memang seksa.saya kena dri anakku sendiri berusia 5 thn…….mul2 tanda terkena cp ,aku kena demam yg amat teruk.3 ari 3 mlm suhu badan bisa2 jadi mendadak naik..yg pelik nya bahagian pinggang ke bawah tdk tapi sejuk…..sehingga muncul bintik2 d bahagian dada ,paha,belakang…..dan sehingga saya menulis ni boleh d katakan keseluruhan badan saya terkena bintik,,,,,,,yg amat bukan lagi gatal,klu nak ikutkan mau saja aku korek tapi tkut lika…bila jumpa dokter,dokter bagi ubat demam dan anti biotik ,ubat gatal ,ubat sapu….

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: