Tips ringkas sebagai panduan untuk anda bakal ibu
1.
Cara untuk hilangkan hitam diperut selepas
bersalin
|
Sapukan baby losyen diperut dan
di sekeliling pinggang setiap kali selepas mandi dan sebelum menyapu pengempis
perut / campuran kapur & air limau nipis. Pasti perut anda kembali ke warna
asal seperti sebelum mengandung selepas habis 44 hari berpantang. Selamat
mencuba :)
|
2. Krim / Gel pelangsing
manakah yang sesuai untuk anda yang baru bersalin?
|
Dengan lambakan berbagai jenis
krim / gel pengempis perut dipasaran pada hari ini, ramai ibu-ibu yang
terkeliru dan tidak tahu yang mana satukah terbaik buat mereka. Apa yang boleh
saya katakan, setiap krim / gel tersebut mengandung bahan dan kandungan yang
berbeza mengikut jenis, jenama pengeluarnya dan semestinya harga.
Namun begitu, yang ingin saya
tekankan disini, tidak semuanya boleh dicuba dan dipakai dengan
sewenang-wenangnya terutama bagi ibu-ibu yang masih menyusukan bayi sama ada
secara ekslusif atau tidak. Sebelum anda membeli sesuatu jenis krim / gel,
perhatikan dulu kandungan dan bahan-bahan yang digunakan kerana kebanyakan krim
/ gel yang terdapat dipasaran mengandungi kafein. Seperti yang diketahui,
kafein berupaya mengurangkan kandungan zat besi didalam tubuh manusia. Zat besi
penting bagi bayi kerana peranannya membantu peredaran darah dan seterusnya
meningkatkan sistem imunisasi badan. Dikhuatiri jika anda menggunakan krim /
gel tersebut, ia akan menjejaskan kualiti susu badan anda.
Oleh itu, periksa dan perhatikan
dulu kandungan bahan krim / gel pengempis perut sebelum anda membelinya.
|
|