Tips Penjagaan Luka Pembedahan Selepas Bersalin Cesarean  

  • Seelok-eloknya keringkan bahagian pembedahan dengan pengering rambut setiap kali selepas mandi dan sebelum memakai bengkung. Ini penting agar luka anda sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah
 ** Ingin saya tekankan disini, GUNAKAN PENGERING RAMBUT UNTUK MENGERINGKAN TEMPAT LUKA. Sekiranya anda menggunakan kipas angin, ia boleh menyebabkan luka bernanah dan terkena jangkitan kerana luka tidak betul-betul kering. 
  • Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan setiap kali sebelum memakai bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, ia juga boleh di beli di farmasi
  • Tujuan meletakkan tisu sebagai lapik sebelum memakai bengkung bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama di bahagian pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan tempat bengkung dipakai sentiasa kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung
  • Untuk kesan yang optimum, bengkung hendaklah dipakai 24 jam sehari selama 44 hari berpantang
  • Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, amalkan mengambil kapsul vitamin C, pati gamat & pati ikan haruan
  • Adalah digalakkan bagi ibu-ibu yang telah dibedah agar banyak bergerak agar kesan bius hilang dengan cepat. Ini adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan
  • Elakkan dari mengambil makanan yang boleh menyebabkan kegatalan kepada luka pembedahan seperti telur, makanan laut dan kekacang sewaktu didalam tempoh berpantang
  • Digalakkan menyusukan bayi anda dengan susu ibu. Ia bukan sahaja baik untuk bayi tapi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim bagi si ibu


Copyright © 2008 BengkungModen.com