Resipi Ringkas Dalam Pantang Bersalin

Oleh kerana sewaktu berpantang bersalin anak kedua dan ketiga saya hanya dijaga selama 2 minggu pertama sahaja oleh mak saya, maka saya lebih suka memasak yang ringkas sahaja.

 1. Ikan panggang kunyit (untuk 2 ekor ikan)

Bahan - bahan

* 2 ekor Ikan selar

(Bahan ditumbuk / blender)

*Setengah inci Kunyit hidup
* Setengah inci halia
* Seulas bawang putih
* Seulas bawang merah
* Lada hitam
* Ketumbar
* Garam secukup rasa

 
Cara-cara memasak

Tumbuk semua bahan di atas, gaulkan pada ikan dan bakar. Untuk mempelbagaikan rasa  dan menambah selera, boleh cuba beberapa cara berikut :  

  • Dibakar begitu sahaja dengan pemanggang ikan.
  • Ikan dibalut dengan daun kunyit atau daun pisang kemudian dibakar
  • Tukar bahan / rempah. Kalau hari ni letak lada hitam esok tukar dengan ketumbar pula

 

2. Sayur sawi masak rebus

Bahan-bahan

* Sayur Sawi 
* 3 ulas bawang putih 
* 2 ulas bawang merah
* Lada hitam (kalau nak pedas, letak lah banyak)
* Sedikit ketumbar
* Garam & gula secukup rasa

Cara-cara memasak

Bawang putih & bawang merah boleh ditumbuk atau dihiris sahaja.

Tumbuk / blender lada hitam dan ketumbar. Panaskan air didalam periuk, selepas menggelegak, masukkan bahan2 rempah diikuti dengan sayur. Tutup api dan sayur sedia untuk dimakan.
  

3. Ikan masak singgang

Bahan - bahan

* 2 ekor Ikan selar (kalau ikan besar, di potong dua) 
* Setengah inci kunyit hidup 
* Setengah inci lengkuas 
* Sedikit asam keping 
* 2 atau 3 ulas bawang putih 
* Seulas bawang merah 
* Ketumbar (kalau suka boleh letak)

Cara - cara memasak

Potong halus semua bahan, masukkan air kedalam periuk, dan panaskan periuk yang telah diisi dengan air dan rempah ratus tadi. Selepas air menggelegak, masukkan ikan, biarkan seketika sehingga ikan empuk sebelum api ditutup.
 

4. SUP LOBAK PUTIH

Bahan-bahan

* 1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
* Sedikit daun kucai 
* 2 ulas Bawang putih 
* 2 ulas bawang merah 
* Lada hitam 
* Garam secukup rasa

Cara-cara memasak

Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama. Sedia untuk dihidangkan 

Tips : Oleh kerana nak kena jaga baby sorang diri, saya telah mencuba beberapa alternative bagi menyenangkan proses memasak : 

Untuk lada hitam dan jintan hitam, saya blender dalam kuantiti yang banyak dengan menggunakan blender kering. Selepas itu, kedua-dua bahan ini disimpan didalm bekas kedap udara dan dimasukkan kedalam peti ais untuk kegunaan semasa didalam pantang. 

Sementara bagi bahan-bahan lain seperti bawang putih, bawang merah, kunyit dan halia, bolehlah dihiris halus setiap kali digunakan untuk memasak kecuali jika bahan-bahan itu digunakan untuk ikan bakar, terpaksalah diblender.


Utama    Order     FAQ     Mengenai Kami     Hubungi Kami    Blog    Link 

Copyright © 2008 BengkungModen.com