Hentikan pencarian anda disini...

Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean) Menghalang Anda Dari Memakai Bengkung  Sewaktu Tempoh Berpantang?

Bagaimana Kalau Saya Katakan ANDA BOLEH MEMAKAI BENGKUNG Walaupun Telah Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean)?

Ketahui Rahsia Bagaimana Mengembalikan Perut Yang Kempis, Pinggang Yang Ramping dan Tubuh Yang Langsing Dalam Tempoh 44 Hari  Selepas Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean)TANPA KESAN SAMPINGAN!


Puan Fazidah
~ Ibu kepada 3 cahaya mata ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya Puan Fazidah Abdul Latif, ibu kepada 3 cahaya mata. Anak pertama saya dilahirkan secara normal. Namun begitu bagi anak ke 2 dan ke 3, saya telah melalui pengalaman bersalin melalui kaedah pembedahan (cesarean) disebabkan oleh beberapa masalah dan  komplikasi yang dialami sewaktu proses kelahiran. 

Ramai yang memberitahu  kepada saya bahawa ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean) tidak boleh memakai bengkung selepas bersalin kerana pemakaian bengkung akan menyebabkan tempat pembedahan bernanah dan membengkak, sakit, ngilu dan tidak selesa. 

Namun dengan melakukan kajian di internet, mendapatkan tips dari pakar sakit puan dan beberapa petua dari bidan yang mengurutkan saya sewaktu tempoh berpantang, saya berjaya mengempiskan perut dan mendapatkan kembali bentuk badan ideal dalam masa 44 hari selepas bersalin dengan cara mengaplikasikan kombinasi kaedah moden (memakai Bengkung Moden lepas bersalin)  dan tradisional Melayu (berpantang selama 44 hari lepas bersalin dan mengambil ubat-ubatan selepas bersalin). 

Oh ya, saya juga adalah seorang ibu yang bekerja sepenuh masa dan menyusukan anak saya secara eksklusif selama 2 tahun kerana saya percaya penyusuan secara eksklusif bukan sahaja bagus untuk anak saya tapi turut membantu menurunkan berat badan saya dengan lebih cepat.

 

 

dr hamid arshad

"Amalan memakai bengkung selepas bersalin pembedahan (cesarean) tidak dicegah"

Dr Hamid Arshad (Pakar Sakit Puan)


 

Apa rahsia saya? Bagaimana saya melakukannya?




Memperkenalkan Bengkung Moden yang diimport dari USA dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean).

Namun begitu, ia juga sesuai di gunakan oleh ibu yang bersalin normal dan bagi mereka yang ingin mengempiskan perut. Dan yang pastinya, ia amat senang, mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai.

 

 

KEBAIKAN-KEBAIKAN BENGKUNG MODEN


   
        
Direka khas untuk ibu-ibu yg bersalin melalui kaedah pembedahan (cesarean). Ia boleh mula dipakai dalam masa 24 jam selepas bersalin.
 

Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerakJuga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.

 

Bentuk V Bengkung Moden yang direka untuk keselesaan pemakai. Bahagian bawahnya yang lebih lebar dari bahagian atas untuk memastikan bengkung kejap dibadan, tidak menggelunsur, tidak bergulung, berlipat atau bergerak seperti kebanyakan bengkung yang ada dipasaran.

  Reka bentuk V bengkung juga adalah sebagai bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.

 

Mudah untuk di pakai. Velcro strap boleh dilekatkan di mana-mana bahagian luar bengkung mengikut keselesaan. Ia juga amat berguna untuk jangka masa panjang kerana Bengkung Moden ini masih boleh dipakai walaupun perut sudah kempis dan selepas habis tempoh berpantang kerana materialnya membolehkan "Velcro Strap" melekat di mana-mana bahagian luar bengkung.

Bengkung moden lain yang terdapat dipasaran terhad kepada bahagian yang dikhaskan untuk velcro strap sahaja. Selepas beberapa lama dipakai, ia akan menjadi longgar terutama jika ditarik dan telah melebihi tempat untuk "Velcro Strap" tersebut.

 

Perlu saya tekankan disini bahawa bengkung moden ini direka khas untuk mereka yang bersalin secara pembedahan (cesarean) dan telah melalui peringkat R&D (Research & Development) yang berulang kali sebelum diedarkan dipasaran agar dapat memberikan keselesaan dan kesan yang optimum kepada penggunanya. Oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu tentang ini.

Sebenarnya saya belum habis menghuraikan kebaikan-kebaikan Bengkung Moden ini kerana banyak lagi kebaikannya yang belum saya beritahu kepada anda

 
  
Bengkung Moden ini dibuat dari latex free material.Oleh itu ia selesa dipakai, tidak menyebabkan kegatalan, menyerap peluh, tidak panas, lembut pada kulit dan tidak tebal. Ia juga merupakan yang pertama didunia yang menggunakan latex free material. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas, ciri-ciri ini sememangnya membantu anda merasa selesa sepanjang masa bengkung dipakai.
 
Melindungi bahagian yang dibedah terutama sewaktu menyusukan bayi di posisi duduk. Bengkung ini bertindak sebagai pelapik dan pelindung tempat pembedahan. Ciri rekaannya juga membantu menggalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka
 
Size bengkung yang lebar (bagi bengkung 4 panel) bukan sahaja membantu mengempiskan perut tetapi juga mengecilkan bahagian pinggul yang telah mengembang sewaktu mengandung
  Boleh dibasuh dengan tangan atau dengan mesin basuh.
 

Tidakkah anda rasa anda patut memiliki Bengkung Moden ini selepas mengetahui kegunaannya?

Oppss... bukan itu sahaja. Bengkung Moden ini juga sebenarnya boleh digunakan oleh

   

Ibu-ibu yang bersalin secara normalsp dan pada waktu yang sama perlu menguruskan anak-anak yang lain. Bengkung ini sangat mudah untuk dipakai dan amat praktikal untuk mereka.

 
Ibu-ibu yang berpantang seorang diri tanpa bantuan atau jagaan dari  saudara terdekat. Bayangkan diri anda terpaksa berpantang seorang diri… mana nak jaga badan sendiri yang masih lemah dan sakit-sakit selepas bersalin, mana nak jaga bayi lagi… bertambah parah kalau bayi asyik meragam saja sampaikan nak lilit bengkung kat badan pun tak sempat.

Mereka yang sedang tercari-cari bengkung yang mudah,  praktikal dan selesa untuk dipakai dan menyerap peluh. Saya percaya ada antara anda di luar sana pernah mencuba bengkung moden "strap on" yang terdapat di pasaran tapi anda berasa sangat tidak selesa kerana bahannya yang di perbuat dari getah atau bahan yang tidak menyerap peluh. Akibatnya ada yang mengalami gatal-gatal dan ruam di bahagian perut akibat dari penggunaan bengkung tersebut.

Mereka yang ingin mengempiskan peruts. Saya pasti ramai diantara anda yang mengalami masalah perut buncit lepas bersalin walaupun berjaya menurunkan berat badan tapi buncit di perut tidak hilang. Ini kerana Bengkung Moden ini boleh dijadikan korset untuk menguruskan badan dan mengembalikan bentuk tubuh idaman. Bengkung Moden ini tidak mengandungi dawai atau besi dibahagian tepi dan belakang seperti kebanyakan korset yang terdapat dipasaran bagi memberikan keselesaan kepada pemakainya. Tahukah anda besi yang dipasang pada korset boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit dibahagian belakang?


 

Cara-cara memakai Bengkung Moden

Ada 2 cara untuk memakai bengkung moden ini

CARA 1
~ Dipakai lepas bersalin dan sewaktu didalam tempoh berpantang ~



Langkah 1

  • Letakkan Bengkung Moden di atas katil atau tempat untuk anda berbaring untuk memakai bengkung.
  • Bahagian dalam bengkung hendaklah diletakkan ke atas. Kemudian susun tisu di atas Bengkung Moden seperti gambar disebelah. 


Langkah 2

  • Kemudian sapukan ubat pengempis perut / campuran kapur & limau nipis di sekeliling perut, pinggang dan belakang. 
  • Selepas itu, baringkan badan anda di atas Bengkung Moden yang telah disusun tisu seperti gambar di atas.
  • Naikkan lutut anda seperti didalam gambar. Tujuannya adalah untuk mengangkat peranakan. 
  • Diikuti dengan menyusun tisu diatas perut dan ditempat yang telah dibedah sebagai lapik bahagian atas bagi mengelakkan ubat dari melekat di bengkung dan juga agar bengkung sentiasa bersih. Tisu juga akan membantu agar tempat yang telah dibedah sentiasa kering.

Langkah 3  

  • Selepas itu, tarik Bengkung Moden dan kemaskan kebadan anda seperti gambar disebelah

Langkah 4  

  • Sila ubah kekemasan Bengkung Moden mengikut keselesaan anda.


Langkah 5

  • Setelah selesai, bolehlah anda bangun dan berdiri


 

dr khairiah

Bagi luka cesarean, selepas mandi pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering. Kalau ingin gunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.

Dr Khairiah bt Seman (Pakar Perunding O&G Pusat Bersalin Barakah, Klang)

Dipetik dari Majalah Pa&Ma (keluaran Mac 2009)



CARA 2
~
Selepas habis tempoh berpantang ~
~ Boleh juga dipraktikkan selepas kembali bekerja ~
~ Mereka yang ingin mengempiskan perut ~




Langkah 1

  • Lipatkan bahagian atas bengkung kedalam seperti gambar disebelah.
  • Tujuannya agar bengkung ini tidak terlalu labuh dan menyukarkan anda bergerak sekiranya dipakai sewaktu hari bekerja. 

Langkah 2

  • Selepas itu, bolehlah anda lilitkan Bengkung Moden sepeti gambar diatas atau boleh juga mengikut langkah memakai bengkung dengan cara berbaring seperti di Cara 1

  • Taraaa...Inilah hasilnya. Bengkung Moden yang lebarnya telah dikurangkan dengan cara melipat sedikit bahagian atas bengkung kedalam. Dan yang pasti, ia tetap kejap dibadan anda dan tidak mudah bergulung atau berlipat



Masih ragu-ragu?
 
Lihat apa kata mereka yang telah menggunakan Bengkung Moden ini

testimoni

Buncit diperut sudah agak berkurangan selepas 10 hari memakai Bengkung Moden dan Gel Sireh Slim

jaya

Sebagai seorang yang berbangsa India , setahu saya tak ramai yang bukan berbangsa Melayu yang benar-benar nak kempiskan perut lepas bersalin (contohnya ibu saya). Saya diperkenalkan dengan Bengkung Moden oleh rakan sekerja berbangsa Melayu kerana masalah perut yang buncit selepas bersalin secara pembedahan (cesarean). Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan tidak pasti saiz mana yang sesuai dengan saya kerana saya tidak gemuk tetapi hanya buncit diperut sahaja. Namun selepas menghubungi Puan Fazidah, saya mengambil keputusan untuk mencuba Bengkung Moden dan Gel Sireh Slim.

Buat masa ini saya dapati buncit diperut sudah agak berkurangan selepas 10 hari memakai Bengkung Moden dan Gel Sireh Slim. Saya memang nak sangat kempiskan perut sebab nak pakai baju kebaya perbagai jenis seperti kebaya moden, kebaya panjang dan kebaya pendek yang dijahit sebelum mengandung. Rasa macam tak puas hati sebab tu lah sekarang ni nak sangat kurangkan buncit diperut. Suami saya juga kini menggunakan Gel Sireh Slim untuk mengempiskan perutnya yang buncit.

I'm so happy... Thank you.

Jaya - Putrajaya ( Mula memakai Bengkung Moden selepas 5 bulan bersalin c-sect)

 
testimoni

 

testimoni

Pergi opis pun boleh pakai sebab orang tak perasan yang kita pakai bengkung moden

testi ezad

Selamat Pagi. Nak bagi komen pasal bengkung ni. Saya baru jer terima bengkung ni hari Isnin yang lepas. So dah start pakai la. Saya pakai bengkung ni dari siang sampai petang lepas tu sambung balik ke malam sampai pagi.

Pergi opis pun boleh pakai sebab orang tak perasan yg kita pakai bengkung tu...dulu I ada ler pakai corset tapi tak sampai setengah hari jer dah bukak sebab senak la, sakit ler sebab terlipat-lipat kan, tapi pakai bengkung ni Alhamdulillah dari pagi sampai petang takde bukak-bukak pun selesa jer rasanye. Lagi satu sejak pakai bengkung ni takde la terasa ngilu kat tempat cesarean tu.

Nasib ler jumpa bengkung ni kalau tidak kenalah pakai bengkung yang ikat-ikat tu. Bukan apa kalau pakai yang ikat-ikat tu I jadik kelam kabut, tak sempat nak abis ikat anak dah panggil ler,  macam-macam la. Sekarang dah ada bengkung ni just zap on jer siap dah. Terima kasih ya kak Fazidah. Saya akan terus pakai dan melihat perubahannya.

Earizad - Bukit Jelutong, Shah Alam
(bersalin cesarean)

 
testimoni

 

Bengkung Moden lembut dan selesa dipakai. Material dia tak buat kulit jadi gatal

intan




Sewaktu didalam pantang selepas bersalin secara pembedahan untuk anak pertama dan kedua dulu, saya tidak memakai bengkung kerana takut sakit ditempat luka. Namun persepsi saya berubah selepas memakai Bengkung Moden.

Bengkung ini lembut dan selesa dipakai. Material dia tak buat kulit jadi gatal. Lagi satu, since kain dia separated in 4 compartment, senang nak adjust. Sangat elok pakai masa tengah buat kerja berat, sebab dapat support perut dan rahim. Sebelum ni kalau tak pakai bengkung, boleh rasa sakit kat bahagian bawah dan ditempat caeser. Bila dah pakai bengkung, dah tak rasa sakit lagi.

Intan Idayu - Bangi, Selangor 
(bersalin cesarean & mula memakai bengkung moden 
selepas 8 bulan bersalin)

 

 

 

testimoni

Actually this is designed for c-sec mommies, but it is also suitable for everyone, including non-confined-ladies. It works like corset, very firm and comfortable

baby fahry


... it is soooo easy until Nek Maznah said “senang kan pakei barut ni sik payah ikat, melekaaaat aje”.

Actually this is designed for c-sec mommies, but it is also suitable for everyone, including non-confined-ladies. It works like corset, very firm and confortable.

And the most important is, it is a worth buy! and the shop owner, Sis Fazidah is very friendly and helpful. She layans every email I sent to her. It also works like tube, so during BF session with Hafiy, i can selak-selak without worry ;))

Lyna(www.mysuperkids.net)

(Lyna bersalin normal dan memakai bengkung moden sewaktu didalam pantang selepas bersalin kerana perlu berpantang sendirian dan tinggal jauh dari keluarga)

* Gambar diatas adalah gambar anak Lyna - Baby Fahry

 
testimoni
 

Tidakkah anda menginginkan perut yang kempis dan pinggang yang ramping seperti mereka ini selepas bersalin? Saya yakin anda akan berkata YA! Kerana sudah menjadi lumrah bagi setiap wanita ingin mendapatkan perut yang kempis, pinggang yang ramping dan tubuh yang langsing semula selepas bersalin.

Bayangkan diri anda berjaya mengempiskan perut walaupun telah bersalin secara pembedahan (cesarean
). Pasti ramai yang akan bertanya bagaimana anda melakukannya kerana itulah soalan yang sering ditanya oleh kawan-kawan kepada saya.


Juga, anda perlu ingat bahawa Bengkung Moden ini bukan sahaja boleh digunakan sewaktu didalam pantang lepas bersalin, tetapi untuk tempoh yang lama selepas itu.



ADA 2 JENIS BENGKUNG MODEN

 

Bengkung Moden A
~ 4 Panel ~

~ Labuh 12 inci (30cm) ~


Bengkung Moden B
~ 3 Panel ~

~ Labuh 9 inci (23cm) - lebih SINGKAT ~

 
Sesuai dipakai lepas bersalin dan dalam tempoh berpantang



Sesuai dijadikan korset dan boleh dipakai seperti
cara 2 jika ingin memakai bengkung moden ini setelah kembali bekerja

Lebih labuh dan membantu mengecilkan pinggul

 

**Sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam tempoh terdekat ini, Set A ini lebih sesuai untuk anda.

 

 
Sesuai untuk yang telah habis tempoh pantang bersalin dan kembali bekerja.

Tidak perlu dilipat seperti cara memakai 2



Sesuai dijadikan korset untuk mengempiskan perut


Sesuai juga dipakai selepas bersalin bagi mereka yang bertubuh rendah


Lebih Murah


 **  Ramai yang menghubungi saya dan memberitahu mereka baru menemui laman web ini dan merasa agak terkilan kerana tidak dapat memakai bengkung moden ini sewaktu didalam pantang bersalin. Oleh itu saya mencadangkan agar mereka mencuba Set B ini.



 

Saiz Bengkung Moden yang mana sesuai dengan anda? 

Saiz Untuk Ukuran Pinggang
S 30-45 inci / 76-114cm
M 46-62 inci / 117-157cm
L 60-75 inci / 152-191cm
XL 82-94 inci / 208-239cm

Cara menentukan saiz yang sesuai dengan anda


1. Bagi yang belum bersalin
 

Ukur keliling pinggang anda dan pilih mengikut saiz ukuran keliling perut & pinggang. 

Kenapa saya cadangkan begini? Kerana biasanya bagi mereka yang bersalin secara pembedahan / ceaserian, saiz perut tidak akan banyak berubah pada seminggu pertama selepas bersalin. Sekiranya anda memilih saiz yang lebih kecil dari ukuran pinggang anda, dikhuatiri bengkung tidak akan muat untuk dipakai. Lagipun anda tidak perlu khuatir sekiranya memilih yang agak panjang sedikit kerana 'velcro strap' boleh melekat dimana-mana bahagian luar bengkung.


2. Bagi yang sudah bersalin

Ukur pinggang anda dan pilih mengikut saiz terdekat dengan ukuran pinggang

 




Inginkan perut anda kempis dengan lebih cepat?


Apa kata anda
cuba Gel Sireh Slim



GEL SIREH SLIM
(dari Sireh Emas)

Terdapat banyak Gel pelangsing dipasaran pada hari ini. Namun saya mengesyorkan anda mencuba Gel Sireh Slim kerana KELEBIHAN berikut yang tidak ada pada gel pelangsing yang lain 
 
Dibuat dari bahan-bahan berasakan herba iaitu ekstrak daun sireh. Flavournoid dan Polyphenol yang terdapat dalam daun sireh membantu menegangkan kulit yang telah kendur selepas bersalin, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan pengedaran darah.
Tidak mengandungi kafein Oleh itu ia selamat digunakan oleh ibu yang meyusukan anak.
Tidak berbau. Kebanyakan gel pengempis perut dipasaran berbau seperti minyak angin dan berbau herba. Oleh itu ia boleh dipakai sewaktu hari bekerja.
Tidak berminyak dan tidak melekit kerana ia berasaskan air dan mudah meresap kedalam kulit untuk memberikan hasil tindak balas yang optimum.
Membantu tubuh membakar lemak & selulit

Mengecutkan tisu kulit untuk membentuk tubuh kembali langsing
Menyingkirkan lemak melalui tindakbalas metabolic lipid secara perkumuhan
Memberi keselesaan kepada penggunanya kerana ia tidak berminyak
Disahkan halal oleh JAKIM - dengan ini anda tidak perlu membersihkan gel ini sewaktu bersolat

Kesan Tindak Balas

Pemakaian yang sempurna akan memberi kesan hangat lebih dari 12 jam.

Cara penggunaan

  • Usapkan secara arah lawan jam pada tempat yang berlemak.
  • Untuk kesan yang lebih baik guna bersama bengkung moden dan senaman.
  • Sapukan gel Sireh Slim ini diperut dan pinggul anda setiap kali sebelum memakai Bengkung Moden.
  • PERHATIAN!!! Untuk mengelakkan anda dari menyapu gel sehingga overdose dan menyebabkan rasa pijar, sebaik-baiknya sapu sedikit dahulu dibahagian pinggang dan perut. Jika tidak terasa panas barulah ditambah gel lagi sehingga anda rasa panas.


Harga : RM35.00
RM33.00  + RM6.00 (Pos Laju) = RM39.00

(Anda JIMAT  RM2.00!!!)



Lihat apa kata mereka yang telah menggunakan
Gel Sireh Slim ini 

Memang betul panasnya tahan lama



Puan Noraziah (Putrajaya)

Saya dah terima bengkung saya semalam. Malamnya saya pakai jel tu jer.. a'ah lah panasnya lama gak la..Pagi ni saya pakai bengkung dan jel sekali. Tapi saya pakai jel dulu... biarkan kering(meresap ke kulit la kiranya dulu) ... pastu baru saya pakai bengkung. Saya tak la letak tisu seperti yang disarankan akak tu... Pasal saya pikir payah sket la sebab saya ni bergerak aktif dan kadang-kadang memerlukan saya berlari..Memang betul panasnya tahan lama... Rasa macam pakai jel felisa gak... Aper pun saya tetap berpuas hati memakainya walaupun baru satu hari memakainya. Selama ni dah dua orang anak takder pun pakai bengkung.. dua-dua pun ceaserean... Terima kasih...

*******************************************

Ehem...

Kak, saya nak cerita pengalaman saya hari sabtu tadi pula.  Sabtu tadi badan saya rasa seram-seram sejuk macam nak demam. Sebelum tu petang semalamnya lepas mandi ada pakai jel tu.  Tapikan... ni nak bagitau ni kat sesemua orang yang betapa kuatnya jel ni panasnya... Tak macam losyen yang ada di pasaran baru-baru ini. Hhehehehe.... Nak tau apa jadi??? 

Memandangkan badan tu dah rasa seram sejuk saya pun berselimut la... Tidur terus..  Bila dah berselimut tu tau-tau sajalah mesti la berpeluh. Tak pakai kipas ye...  Nak tau aper jadik??  Haaa... jel yang saya petang semalam tu kat perut panas balik you.... fulamak pada masa tu...  Tak sangka kuatnya panas dia bertahan..

Lagi satu kalau kita bersenam dan berpeluh... hasilnya lagi berkesan...  Kalau dok dalam air-cond takder ler kesannya sangat...


Komen Kak Faz

Betul tu Aziah.. kalau nak kesan yang ketara seelok-elok nya pakai gel dan aktifkan badan sebab gel ni akan "bekerja" bila badan kita aktif.


Kalau dalam office berhawa dingin tu lambat lah sebab kita tak bergerak sangat. Ditambah pula dengan suhu sejuk aircond, jadi tak berapa ketara kesannya. Bagi sesiapa yang bekerja dibilik berhawa dingin tu, cuba perhatikan, masa petang balik dari kerja tu mesti perut rasa panas balik sebab masa tu kita bergerak dan berada di persekitaran yang tidak berhawa dingin
.

 

 

Harga Bengkung Moden berdasarkan 3 pakej berikut

 

Bengkung Moden

1. PAKEJ MINI A

~ Bengkung 4 Panel sahaja~

 

Bengkung Moden

1. PAKEJ MINI B

~ Bengkung 3 Panel sahaja ~

Saiz Harga Bengkung Pos Laju Total
S RM199 RM6 RM205
M RM219 RM6 RM225
L RM229 RM6 RM235
XL RM259 RM6 RM265
* Harga termasuk kos pos laju bernilai RM6.00
Saiz Harga Bengkung Pos Laju Total
S RM179 RM6 RM185
M RM199 RM6 RM205
L RM219 RM6 RM225
XL Tiada
* Harga termasuk kos pos laju bernilai RM6.00


2. PAKEJ SPECIAL A

Bengkung Moden 4 Panel
+ Gel Sireh Slim

 

2. PAKEJ SPECIAL B

Bengkung Moden 3 Panel + Gel Sireh Slim

bengkung-n-gel

 

Saiz Harga Bengkung Harga Gel Total
S RM199 RM33 RM238
M RM219 RM33 RM258
L RM229 RM33 RM268
XL RM259 RM33 RM298
* Harga termasuk kos pos laju bernilai RM6.00

 

Saiz Harga
Bengkung
Harga
Gel
Total
S RM179 RM33 RM218
M RM199 RM33 RM238
L RM219 RM33 RM258
XL Tiada Tiada Tiada
* Harga termasuk kos pos laju bernilai RM6.00

 

 

3. PAKEJ JIMAT A

Bengkung Moden 4 Panel
+ Gel Sireh Slim + 1 Helai Nursing Bra @ 15% DISKAUN!

+

 

maternity bra

 

3. PAKEJ JIMAT B

Bengkung Moden 3 Panel + Gel Sireh Slim + 1 Helai Nursing Bra @ 15% DISKAUN

bengkung-n-gel

+

 

maternity bra

 

Saiz Bengkung & Gel Nursing Bra Total
S 232 24.56 262.56
M 252 24.56 282.56
L 262 24.56 292.56
XL 292 24.56 322.56
* Harga termasuk kos pos laju bernilai RM6.00
Saiz Bengkung & Gel Nursing Bra Total
S 212 24.56 242.56
M 232 24.56 262.56
L 252 24.56 282.56
XL Tiada 24.56 Tiada
* Harga termasuk kos pos laju bernilai RM6.00

 

sale

Sehingga 25 Mac 2010

Terhad kepada 30 25 pembeli pertama sahaja!

Untuk setiap pembelian dari

Pakej Mini, Pakej Special atau Pakej Jimat!


BONUS 1 - PERCUMA! Ebook PANDUAN SELEPAS BERSALIN CESAREAN(Bernilai RM29.90)

 

ebook percuma

Ebook (buku dalam bentuk digital) setebal 58 mukasurat ini menyediakan panduan asas kepada bakal ibu yang akan bersalin pembedahan (cesarean). Antara kandungan menarik ebook ini :

  • Apa itu bersalin pembedahan (cesarean), sebab mengapa perlu bersalin secara pembedahan (cesarean) dan risiko yang perlu anda tahu
  • Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih bersalin secara pembedahan (cesarean)
  • Persediaan sebelum bersalin pembedahan (cesarean) - mental & fizikal
  • Panduan sewaktu dibilik bedah
  • Panduan selepas bersalin pembedahan (cesarean)
  • Panduan memakai Bengkung Moden selepas bersalin cesarean
  • Pemakanan ibu didalam pantang selepas bersalin pembedahan (cesarean).
  • Anda menghadapi masalah ibu, mertua atau ahli keluarga yang sangat kuat amalan berpantang terutama dari segi pemakanan bagi ibu selepas bersalin? Ebook ini memberikan tips bagaimana untuk menyelesaikannya
  • Panduan menjaga luka pembedahan
  • Panduan bagaimana untuk mengetahui sama ada anda memerlukan rawatan lanjut di hospital jika sekiranya berlaku masalah selepas keluar dari hospital dan kembali kerumah
  • Salah tanggapan tentang penjagaan selepas bersalin pembedahan (cesarean) - ebook ini mengupas beberapa isu dan salah tanggapan tentang amalan memakai bengkung, bertungku, rawatan mengurut selepas bersalin dan pengambilan ubat bersalin yang diabaikan atau tidak dipraktikkan oleh sebahagian dari mereka yang bersalin pembedahan (cesarean).
  • Bonus - mengenali tanda-tanda post partum depression (meroyan)

BONUS 2 - PERCUMA! (Kupon diskaun sebanyak 10%)

.

E-Kupon Diskaun untuk pembelian Nursing Bra dari MamaModern.com

Kupon diskaun ini melayakkan anda menikmati potongan sebanyak 10% bagi pembelian 2 helai nursing bra di mamamodern.com. - tertakluk kepada terma & syarat berikut :

  • Kupon hanya sah untuk pembelian sekali sahaja, untuk pembelian 2 helai nursing bra.
  • Kupon diskaun sah dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian bengkung moden
  • Diskaun 10% hendaklah dikira berdasarkan harga asal nursing bra – tidak termasuk harga promosi yang ditawarkan di laman web mamamodern.com
  • Boleh dipindahmilik kepada sahabat atau rakan anda
  • Tertakluk kepada terma lain yang dinyatakan didalam T&C bagi kupon diskaun ini

BONUS 3 - PERCUMA! Kupon diskaun 18% untuk Cloth Diapers

cloth diapers

E-Kupon Diskaun untuk pembelian Cloth Diapers / Lampin Kain Moden

Kupon diskaun ini melayakkan anda menikmati diskaun sebanyak 18% untuk pembelian cloth diapers atau dikenali juga sebagai lampin kain moden dari laman web www.bengkungmoden.com tertakluk kepada syarat & terma berikut :

  • Kupon sah selama 30 hari dari tarikh pembelian dari bengkungmoden.com
  • Kupon diskaun ini melayakkan anda menikmati 18% diskaun untuk pembelian 2 helai cloth diapers sahaja. Harga selepas 18% diskaun bagi setiap 1 helai cloth diapers ialah RM36.90 - dikira dari harga asal cloth diapers iaitu RM45.00
  • Kupon diskaun ini tidak boleh ditebus atau ditukar dengan wang tunai
  • Kebaikan Cloth diapers - amat efektif untuk membantu menangani masalah ruam lampin
  • Klik disini untuk info lanjut bagi cloth diapers / Lampin Moden >> Cloth Diapers <<

.

BONUS 4 - PERCUMA! Kupon diskaun 15% untuk Herba Mandian Aura

.

Khasiat dan kegunaan herba mandian aura :

  • Untuk membuang angin didalam badan
  • Untuk menyegarkan urat saraf
  • Untuk menyegarkan badan, memulihkan tenaga yang lemah dan menghilangkan stress
  • Untuk menghilangkan bau badan
  • Membantu melancarkan pengeluaran susu ibu
  • Membantu mengatasi masalah kebas-kebas dan sengal tulang, sendi dan otot badan sewaktu didalam pantang
  • Harga selepas diskaun 15% ialah RM29.60 - untuk pembelian 3 uncang herba mandian aura sahaja
  • Klik disini untuk info lanjut >> Herba Mandian Aura <<

 

BONUS 5 - PERCUMA! E-Kupon diskaun 25% Untuk pembelian tungku bayi

E-Kupon Diskaun untuk pembelian Tungku Bayi

Kupon diskaun ini melayakkan anda menikmati diskaun sebanyak 25% untuk pembelian Tungku Bayi tertakluk kepada syarat & terma berikut :

  • Kupon sah selama 30 hari sahaja dari tarikh pembelian dari bengkungmoden.com
  • Kupon ini melayakkan anda menerima diskaun sebanyak 25% untuk pembelian tungku bayi. Harga asal tungku ialah RM28 dan harga selepas diskaun ialah RM21.00.
  • Kelebihan tungku bayi :
    • Boleh dipanaskan dengan tungku moden atau dengan seterika
    • Tahan lama kerana rempah yang digunakan telah dikeringkan sebelum dibungkus
    • Boleh digunakan untuk mengurangkan kembung perut dan untuk mengurangkan bengkak dari kesan suntikan imunisasi bayi anda
    • >> Klik disini untuk info lanjut tentang tungku bayi <<

 

BONUS 6 - PERCUMA! E-Kupon diskaun RM20.00 untuk Tungku Moden

tungku moden

Kupon diskaun bernilai RM20 untuk pembelian Tungku Moden di mamamodern.com

Untuk pembelian dari PAKEJ SPECIAL dan PAKEJ JIMAT Sahaja!

Kupon diskaun ini melayakkan anda menikmati diskaun sebanyak RM20 untuk pembelian Tungku Moden di laman web www.mamamodern.com tertakluk kepada syarat & terma berikut :

  • Kupon sah selama 30 hari sahaja dari tarikh pembelian dari bengkungmoden.com
  • Kupon ini melayakkan anda menikmati diskaun sebanyak RM20.00 untuk 1 unit tungku moden sahaja.
  • Harga selepas diskaun RM100 bagi tungku moden ialah RM80.00
  • Boleh dipindah milik kepada keluarga atau rakan anda
  • Kupon diskaun ini tidak boleh ditebus atau ditukar dengan wang tunai
  • Tertakluk kepada terma lain yang dinyatakan didalam T&C bagi kupon diskaun ini
  • Sila klik disini untuk info dan kegunaan Tungku Moden >> klik disini <<

.

BONUS PERCUMA 8 - 1 helai Barut Bayi Bernilai RM7

Untuk pembelian dari PAKEJ JIMAT Sahaja!

barut bayi

Dengan setiap pembelian dari pakej jimat, anda akan menerima 1 helai barut bayi bernilai RM7 ini secara percuma!

Kebaikan dan kelebihan barut bayi

  • Membantu mengelakkan perut bayi dari kembung
  • Saiz b arut yang besar - 18.5 inci (panjang) x 6.5 inci (lebar) agar dapat menutup perut dan dada bayi.
  • Saiz yang besar juga membolehkan anda memakaikan barut dengan lebih lama untuk bayi anda. Ini kerana berat dan saiz bayi berkembang dengan cepat di awal kelahirannya
  • Dibuat dari kain cotton flannel yang lembut agar bayi anda sentiasa selesa sewaktu dipakaikan barut
  • Terdapat dalam berbagai warna dan corak untuk lebih pilihan. Barut yang berwarna warni juga membuatkan bayi anda kelihatan lebih comel sewaktu memakainya
  • Untuk pilihan dan warna barut bayi sila klik disini >> Barut Bayi <<

     

    *****************************************

    Jumlah Penjimatan Anda = Sehingga RM79.90!!!

    .

    !!! Untuk pembeli dari Sabah & Sarawak !!!
    Kami menawarkan harga dan charge pos laju RM6 sama seperti penghantaran ke Semenanjung. Jadi, anda jimat lebih lagi!!


    Jangan tunggu lagi!

    Klik pada butang order dibawah untuk tempahan


    order button





    PESANAN AKHIR SAYA


    1.  Jika anda telah membaca laman web ini hingga kesini, bermakna anda sememangnya seorang yang prihatin tentang kecantikan diri anda. Bengkung Moden merupakan pilihan terbaik buat anda yang bersalin secara pembedahan (cesarean).


    2. Jika anda merasakan harganya mahal, cuba bandingkan dengan set pakaian pelangsing badan yang lain. Ternyata harganya masih terlalu murah dan tidak semahal set pakaian pelangsing badan yang lain.


    3. Jangan beli dari saya jika anda masih ragu-ragu. Hubungi saya di 017-6747408. Saya amat gembira berkongsi dengan anda tentang kebaikan Bengkung Moden. 


    4. Tidak pasti saiz Bengkung Moden mana yang sesuai untuk anda? Hubungi saya. Saya senang membantu anda.

    5
    . Ingin menempah melalui telefon? Sila hubungi saya di 017-6747408 kerana saya sentiasa bersedia menerima tempahan anda.

     

    arrowLengkapkan persediaan bersalin anda dengan NURSING BRA arrow Klik Sini

    arrowDapatkan Herba Mandian Aura pada harga DISKAUN! arrowKlik Sini

    arrowElakkan masalah ruam lampin bayi anda dengan Kain Lampin Moden! arrowKlik Sini

    arrowIngin bayi anda tidur dengan lebih lena? Dapatkan bedung bayi sekarang juga! arrowKlik Sini

     

     


     

    Utama   Order   MamaModern.com   FAQ   Mengenai Kami

    Hubungi Kami | Rawatan Mengurut  Blog   Affiliate   Link

    Copyright © reserved 2008 - 2010 BengkungModen.com