F.A.Q

FAQ
Soalan Yang Selalu Ditanya
1. Kalau salah saiz boleh tukar ke?
 
J: Kalau boleh elakkan dari beli saiz yang salah. Sebab tu kami mintak anda whatsapp atau sms kami, kami akan rekomen saiz yang sesuai.
Sebab nanti banyak kerja. Nak kena pos dan hantar semula. Kos pos untuk tukar anda tanggung, bukan kami.
Dan faktor hygiene. Jika anda pembeli baru, mesti tak nak beli yang orang dah pakai atau dah cuba kan?
2. Betul ke bengkung ni selamat dipakai?
J: Ye selamat. Sampaikan ada pelanggan kami yang beli sebab doktor dia yang rekomen. Screenshot di bawah adalah antara ratusan feedback yang telah kami terima.
puan corinna
3. Boleh COD atau walk in?
J : Maaf kami tak buat COD kecuali untuk lokasi di sekitar Seksyen 7 Shah Alam (bergantung kepada masa).
Semua order dihantar dengan pos laju.
Untuk walk in, sila call 017-6747408 untuk temu janji. Kami tak sentiasa available untuk walk in.
4. Berapa caj pos?
J : Untuk pembelian bengkung moden, FREE pos laju untuk penghantaran ke alamat dalam Malaysia.
Penghantaran ke Brunei
Caj pos laju RM95
Penghantaran ke Singapura:
Caj pos laju RM80.
Jika anda ada alamat di Johor Baru, kami sangat rekomen pos ke JB saja.
5. Cara pakai bengkung moden
Ada 2 cara untuk memakai bengkung moden ini

CARA 1 Dipakai lepas bersalin dan masa dalam pantang

Langkah 1

  1. Letakkan Bengkung Moden di atas katil atau tempat untuk anda berbaring untuk memakai bengkung.
  2. Bahagian dalam bengkung hendaklah diletakkan ke atas. Kemudian susun tisu di atas Bengkung Moden seperti gambar disebelah.

bengkung-moden-1c

Langkah 2

  1. Kemudian sapukan ubat pengempis perut / campuran kapur & limau nipis di sekeliling perut, pinggang dan belakang.
  2. Selepas itu, baringkan badan anda di atas Bengkung Moden yang telah disusun tisu seperti gambar di atas.
  3. Naikkan lutut anda seperti didalam gambar. Tujuannya adalah untuk mengangkat peranakan.
  4. Diikuti dengan menyusun tisu diatas perut dan ditempat yang telah dibedah sebagai lapik bahagian atas bagi mengelakkan ubat dari melekat di bengkung dan juga agar bengkung sentiasa bersih. Tisu juga akan membantu agar tempat yang telah dibedah sentiasa kering.

 

bengkung-moden-2

Langkah 3

  1. Selepas itu, tarik Bengkung Moden dan kemaskan kebadan anda seperti gambar disebelah.

 

 

bengkung-moden-3a (1)

Langkah 4

  1. Sila ubah kekemasan Bengkung Moden mengikut keselesaan anda

bengkung-moden-3a (1)

Langkah 5

  1. Setelah selesai, bolehlah anda bangun dan berdiri.

 

bengkung-moden-4 (1)

Cara 2 – lepas dah habis pantang bersalin

 

Langkah 1

  1. Lipatkan bahagian atas bengkung kedalam seperti gambar disebelah.
  2. Tujuannya agar bengkung ini tidak terlalu labuh dan menyukarkan anda bergerak sekiranya dipakai sewaktu hari bekerja.

 

bengkung-moden-lipat-1

Langkah 2

  1. Selepas itu, bolehlah anda lilitkan Bengkung Moden sepeti gambar diatas atau boleh juga mengikut langkah memakai bengkung dengan cara berbaring seperti di Cara 1

bengkung-moden-lipat-2

 

Langkah 3

  1. Taraaa…Inilah hasilnya. Bengkung Moden yang lebarnya telah dikurangkan dengan cara melipat sedikit bahagian atas bengkung kedalam. Dan yang pasti, ia tetap kejap dibadan anda dan tidak mudah bergulung atau berlipat

 

bengkung-moden-lipat-3 (1)

Ini pula cara pakai Bengkung Moden dalam bentuk video

 

6. Macam mana nak basuh Bengkung Moden ni?
J: Boleh basuh pakai mesin basuh. Anda boleh tonton video di bawah untuk rujukan.

 

J : Atau baca di link berikut >> cara basuh bengkung moden <<

 

7 : Sebelum pakai bengkung moden tu kena lapik tisu dulu kan?

Tisu tu memang disediakan sekali dengan bengkung ni ke atau pakai tisu biasa je? Kalau tisu biasa kan nipis saja.

So, kalau pakai minyak ke, atau kapur limau ke mesti tembus jugak ke bengkung kan?

 

J : Tisu tidak disediakan.  Paling senang boleh guna toilet roll atau kitchen tissue paper.

Masa dalam pantang saya biasa sapu diperut campuran kapur,  air limau nipis dan bedak sejuk herba yang dibuat oleh makcik.

Memang bertempek kat perut. Tisu tu pulak, saya letak dalam 2 ke 3 lapis supaya tak tembus ke bengkung. 

Cara ini juga sangat praktikal sebab tisu boleh ditukar tiap kali selepas mandi. Kita pun akan sentiasa rasa bersih dan fresh.

 

8 : Tak melekat ke tisu tu kat perut dan luka?

J: Kalau perut kering, tak melekat. Dan memang kita kena pastikan tempat luka betul-betul kering terutama lepas mandi dan sebelum pakai bengkung.

Jadi tak ada masalah nak jadikan toilet roll sebagai lapik di perut sebelum pakai bengkung.

 

9 : Saya nak tanya tak merbahaya ke kalau pakai bengkung time cesarean? Saya dulu bersalin cesarean juga, sampai sekarang perut tak mau kempis.

Agaknya sebab tak berbengkung lah kot. Macam mana nak dapatkan perut kempis macam anak dara dulu ha? Susah betul.

 J : Setakat ni alhamdulillah, saya tidak pula mengalami sebarang masalah walaupun saya pakai bengkung selepas bersalin c-section (saya dah bersalin cesarean 2 kali).

Yang penting cara penjagaan yang betul dan pakai bengkung yang sesuai untuk cesarean.

Macam mana nak kempiskan perut…? Masih boleh lagi. Pakai bengkung ni setiap malam. Lagi bagus kalau pakai tiap hari, termasuk masa kerja.

Sebelum pakai tu, sapukan gel pengempis perut, diikuti dengan memakai bengkung. Bukannya susah pun nak pakai bengkung ni, just zap on saja.

In fact, ada customer saya yang pakai bengkung ni di siang hari dan semasa bekerja. Bila pakai bengkung perut mereka terasa lebih kemas. Dan tiada gatal-gatal sebab bengkung ni serap peluh.

 

10 : Bengkung ni ada infra red ke?

J : Tidak. Bengkung ini tak ada infra red. Ia dicipta khas untuk cesarean. Tak kiralah cesarean menegak ke, melintang ke, semua boleh pakai. Dan boleh pakai siang malam 24 jam.

Jika ada infra red, puan tak boleh pakai 24 jam siang malam. Ada had masa tertentu.

 

11 : Bila boleh mula pakai bengkung moden ni?

J : Bengkung moden  kami boleh mula dipakai dalam masa 24 jam lepas bersalin cesarean.

Biasanya 6 ke 8 jam pertama lepas cesarean doktor suruh kita rehat dulu kan? So lepas dah habis time rehat tu, kalau nak pergi tandas ke, nak pergi tengok baby ke, boleh start pakai bengkung moden  untuk support perut.

Bila pakai bengkung, perut rasa kemas, tak bergoyang dan tak lah rasa macam perut nak jatuh. Siapa yang dah pernah bersalin pembedahan akan faham situasi ni. Susah sebenarnya nak berdiri dan berjalan kalau tak pakai bengkung.

Asik nak kena pegang perut dan badan pun kena bongkokkan sikit, Tak boleh nak berdiri tegak.

 

12 : Kalau bersalin normal boleh pakai ke bengkung ni?

J : Ye. Yang  bersalin normal juga boleh pakai bengkung moden ni. Tak semestinya untuk orang cesarean saja.

 

13 : Saya bersalin normal 3 bulan lepas. Masa dalam pantang saya pakai bengkung biasa. Habis pantang ni rasa malas nak pakai sebab ambil masa kalau nak pakai bengkung biasa tu. Boleh ke saya pakai bengkung ni?

J : Dah tentu boleh. Bengkung ni bukan untuk dipakai masa dalam pantang dan untuk yang bersalin cesarean saja, tapi boleh dipakai oleh yang bersalin normal dan mereka yang dah habis tempoh berpantang.

Ok lah, biar saya bagi tips sikit ye.

Sebagai seorang yang dah beranak 3 kali, kadang-kadang perut saya pun senang saja nak naik dan buncit.

Maklumlah, dulukan perut ni dah pernah besar sebab pregnant. Jadinya kulit perut pun dah tak rapat seperti sebelum pregnant lagi (atau istilah lainnya kulit perut dah “loose”).

Itu antara faktor kenapa orang yang pernah mengandung akan senang buncit.

 Jadinya, untuk maintain perut, saya akan pakai bengkung ini di waktu-waktu tertentu :

  • Time period – sebab masa nak period biasanya perut dah start buncit sikit. Jadinya masa period tu, saya pakailah bengkung moden ni. Ikut stail ala-ala masa dalam pantang gitu.
  • Bila siang makan banyak atau bila rasa macam perut dan pinggang dah naik. Jadi malam tu dan beberapa malam yg seterusnya saya pakai lah bengkung moden ini

Kalau nak hasil yang lebih efektif, sapu gel pengempis perut kat perut tu sekali. Bukan susah pun nak pakai bengkung ni kan? Just zap on saja… siap.

Sms / whatsapp  ke 0176747408.

Atau email ke sales@bengkungmoden.com.

Atau klik butang tempahan di bawah dan isi borang di page berikutnya.

order2-bengkung-moden[1]