Ubat selsema tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah 6 tahun?

by fazidah on April 15, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah beberapa hari saya tak menulis disini. Sebabnya, tiba-tiba semua kerja tersangkut dan lari dari jadual asal. Ditambah pula beberapa hari ni saya dan anak-anak diserang batuk dan selsema. Asyik rasa letih dan mengantuk saja.

Oleh kerana saya ni jenis yang malas nak ke klinik, biasanya saya lebih suka tidur dan minum air suam banyak-banyak untuk hilangkan selsema. Cuma kalau dah seminggu tak hilang juga, barulah saya ke klinik untuk dapatkan ubat. Tapi… hhmmm… makan ubat pun sama juga. Lepas makan ubat, kena tidur. Cuma saya tak boleh buat cara yang sama untuk anak-anak sebab mereka masih lagi kecil dan sistem pertahanan badan tidak sekuat orang dewasa.

Apabila anak-anak terkena selsema dan batuk, seperti ibu bapa yang lain saya dan suami akan membawa anak-anak ke klinik. Cuma semenjak tahun 2008 kami tidak lagi ke klinik yang terdekat dengan rumah seperti yang selalu dilakukan sebelum ini. Sebaliknya kami akan ke sebuah klinik di Wangsa Maju. Hu..hu.. memang jauh nak ke sana dari Shah Alam.

Semuanya bermula apabila seorang saudara kami bercerita tentang cara rawatan berbeza yang diberikan oleh klinik ini bagi merawat batuk dan selsema terutama bagiĀ  kanak-kanak. Menurut saudara kami ini kaedah yang digunakan ialah dengan cara menepuk bahagian depan dan belakang dada dan juga ubat yang berbeza dari yang diberikan oleh klinik dan pusat kesihatan biasa.

Pada mulanya saya dan suami agak was-was juga. Tapi apa salahnya mencuba. Kalau rasa tak yakin, lepas tu janganlah ikut… he.. he… he…

Tapi setelah ke sana dan berjumpa dengan doktor yang bertugas, tanggapan kami terus berubah. Menurut doktor di Klinik Wangsa ini, ubat batuk sebenarnya tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang berumur dibawah 6 tahun. Inilah yang dipegang oleh doktor ini semenjak 20 tahun yang lalu dan beliau pernah cuba mengenengahkan isu ini kepada persatuan doktor tapi tiada yang mahu menyelidik dengan lebih lanjut. Menurutnya, mudah saja… jika seseorang batuk tujuannya adalah untuk mengeluarkan kuman dan kahak yang terdapat didalam paru-paru. Masalahnya jika ubat batuk diberikan kepada kanak-kanak, ia tidak membantu kanak-kanak untuk mengeluarkan kahak. Sebaliknya, ubat batuk hanya melegakan batuk tetapi kahak masih berkumpul didalam paru-paru. Ditambah pula, kanak-kanak manalah tahu nak keluarkan sendiri kahak tu. Akibatnya batuk, selsema dan demam tetap akan berulang kembali selepas beberapa minggu.

Menurut doktor ini, cara terbaik ialah dengan menepuk bahagian depan dan belakang dada untuk mecairkan kahak (yang mana kami telah diajar teknik menepuk yang betul) dan melalukan wap di muka untuk membantu mengeluarkan kahak. Disamping itu, kami juga diberikan beberapa ubat yang mana tujuannya adalah untuk menggalakkan batuk (dan bukan menghilangkan batuk…) agar semua kahak yang terkumpul dibahagian paru-paru dikeluarkan. Bagi kes yang agak serius pula, wayar yang kecil akan dimasukkan kedalam hidung untuk menyedut dan mengeluarkan kahak – sudah tentu ia dilakukan oleh doktor.

Doktor di Klinik Wangsa ini juga menunjukkan keratan akhbar NSTP (tapi saya lupa kat mana saya letak paper cutting tu – artikel dikeluarkan pada tahun 2007) yang juga membicarakan isu ini. Tapi tak mengapa, saya cuba surf lagi di NSTP tadi dan terjumpa artikel yang hampir sama dengan yang diberikan oleh doktor tu. Anda boleh klik disini untuk baca artikel yang saya jumpa >> cara mengurangkan batuk dan selsema – klik sini <<

Selain dari artikel dari NSTP diatas, ingin juga saya kongsikan disini beberapa lagi artikel berkaitan yang saya temui di internet.

>> Ubat batuk dan selsema untuk kanak-kanak – klik disini <<

>> Masalah selsema dan dan batuk – klik disini <<

>> Lagi tentang ubat batuk dan selsema – klik disini <<

>> Ubat batuk tidak sesuai bagi kanak-kanak – Klik disini <<

Sebenarnya ada banyak lagi artikel yang membicarakan isu ini. Anda boleh buat carian di google dengan menaip cold medicines for children under 6.

Oh ya, sebelum terlupa… alamat Klinik Wangsa (jika anda juga ingin mendapatkan rawatan disana)

Klinik Wangsa Sdn Bhd

No 46 Jalan 24/27A

Seksyen 1Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Tel : 03-41421614

Kalau kami nak ke klinik ni, selalunya kami akan pergi pada ahad pagi untuk mengelak dari jam dan juga supaya dapat nombor giliran yang awal. Juga kerana kami lebih suka berjumpa dengan doktor ini (yang jadual kerjanya memang pada hari ahad) berbanding dengan doktor lain yang bertugas diklinik yang sama.

Kak Faz

Ubat selsema tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah 6 tahun? by

{ 98 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: