Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Bolehkah bertungku dan berurut selepas bersalin cesarean - part 2

Salam ceria :)

Hari ini saya ingin teruskan dengan part 2 untuk tips bertungku dan mengurut terutama selepas bersalin cesarean.

Rawatan mengurut selepas bersalin :

Seperti mana bertungku, mendapatkan rawatan mengurut juga penting walaupun selepas bersalin cesarean. Bagi rawatan mengurut, seelok-eloknya dapatkan rawatan dari bidan dan mereka yang berpengalaman dalam memberikan rawatan mengurut selepas bersalin. Almaklumlah, sekarang ni ada berbagai jenis tukang urut. Ada yang pandai urut untuk orang terseliuh kaki, urutan refleksologi, urut di spa dan dan dirumah urut.

Bagi mereka yang bersalin cesarean selalunya dirawat dihospital selama 3 ke 4 hari sebelum dibenarkan pulang kerumah kecuali bagi kes-kes tertentu yang memerlukan rawatan lanjut dari doktor. Sebaiknya anda mula mendapatkan rawatan mengurut pada hari ke 2 selepas kembali kerumah. Tujuan urut selepas bersalin ialah :

  • untuk mengembalikan kesegaran badan
  • membuang angin
  • membetulkan urat yang tegang (part yang ni urut memang penting sebab selepas bersalin cesarean, urat-urat menjadi tegang kesan dari ubat bius yang diberikan sewaktu pembedahan)
  • melancarkan perjalanan darah dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas

Jika anda tidak mendapatkan rawatan mengurut dengan segera, pasti badan akan sakit-sakit dan terasa berat serta susah untuk memusingkan badan sewaktu berbaring dan untuk bangun dari katil.

Seelok-eloknya, rawatan mengurut dilakukan diwaktu pagi sebelum mandi, dilakukan selama 3 ke 5 hari berturut-turut. Urutan bagi ibu bersalin sebenarnya adalah urutan yang lembut. Bahagian yang diurut pula adalah diseluruh badan, kaki, tangan dan kepala KECUALI bahagian perut bagi yang bersalin cesarean. Sememangnya perut tidak boleh diurut selepas bersalin cesarean bagi mengelak sebarang masalah kepada luka jahitan.

Biasanya urutan dilakukan dengan menggunakan minyak. Bagi sesetengah bidan, mereka membawa kelengkapan mengurut termasuk minyak dan bahan-bahan lain bersama mereka. Tetapi ada juga yang meminta agar anda menyediakan bahan-bahan untuk mereka. Jadi sebaiknya anda tanya bidan / tukang urut terlebih dahulu sebelum mereka datang agar segalanya berjalan lancar.

Oh ya, saya juga telah memasukkan satu lagi link untuk video bersalin cesarean untuk tontonan anda di bahagian rujukan berkaitan cesarean delivery. Tapi kalau tak jumpa, boleh klik kat link ni >> video bersalin cesarean 2 <<. Selamat Menonton :)

Kak Faz

Related posts:

  1. Tips mengelak gangguan sewaktu rawatan mengurut Assalamualaikum, Apa khabar anda semua? saya harap semuanya okey saja....
  2. Pelancaran Panduan bertungku selepas bersalin cesarean Assalamualaikum Hari ini, dengan lafaz Bismillah saya melancarkan laporan istimewa...
  3. Kebaikan amalan berpantang selepas bersalin Assalamualaikum, Saya pernah ditanya oleh seorang suami kepada pelanggan saya,...
  4. Tips menghilangkan lemak selepas bersalin Salam ceria Hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana menghilangkan...
  5. Resipi diet lepas bersalin Salam ceria Hari ini saya ingin berkongsi satu resipi yang...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

3 Responses to “Bolehkah bertungku dan berurut selepas bersalin cesarean - part 2”

  1. lia

    saya dikehendaki membuat kajian berkenaan urutan tradisional pada ibu selepas bersalin, boleh x berikan mklumat berkenaan urutan ini dan emel kan ke saya,,
    kerjasama anda amat saya hargai

  2. Faz

    salam Lia,

    Untuk urutan, sila rujuk senarai bidan dan rawatan mengurut bersalin dan hubungii mereka yang menawarkan perkhidmatan ini. Sebabnya akak ni bukan tukang urut…hu..hu… :oops:

  3. Farra Fazlina

    saya dikehendaki membuat kajian berkenaan rawatan tradisional pada ibu selepas bersalin, boleh x berikan mklumat berkenaan rawatan ini dan emel kan kepada saya?
    kerjasama pihak anda amat saya hargai. :grin:

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_mrgreen.gif icon_neutral.gif icon_twisted.gif icon_arrow.gif icon_eek.gif icon_smile.gif icon_confused.gif icon_cool.gif icon_evil.gif icon_biggrin.gif icon_idea.gif icon_redface.gif icon_razz.gif icon_rolleyes.gif icon_wink.gif icon_cry.gif icon_surprised.gif icon_lol.gif icon_mad.gif icon_sad.gif icon_exclaim.gif icon_question.gif