Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Bolehkah bertungku dan berurut selepas bersalin cesarean – part 1

Salam semua :)

Beberapa hari lepas saya menerima satu panggilan dari salah seorang pelanggan saya. Katanya badan terasa sakit-sakit selepas bersalin cesarean. Jadi saya bertanya kepada pelanggan saya ni sama ada sudah mendapatkan rawatan mengurut selepas bersalin atau belum? Dan adakah sudah bertungku? Jawapannya belum kerana takut nanti memberi kesan kepada luka cesarean.  Ini tidak menghairankan saya kerana ramai yang masih percaya, bersalin cesarean tidak memerlukan penjagaan seperti bersalin normal. Bagi saya, ini adalah silap kerana bersalin cesarean juga memerlukan penjagaan dan rawatan selepas bersalin seperti mana bersalin normal. Malahan sebenarnya bersalin cesarean / pembedahan memerlukan penjagaan yang lebih rapi.

Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda apa yang telah saya kongsikan dengan pelanggan saya ;)

Bertungku sewaktu didalam pantang selepas bersalin

Amalan bertungku sebenarnya penting bagi ibu selepas bersalin, termasuk lah mereka yang bersalin cesarean. Tujuannya untuk menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat yang telah kembang sewaktu tempoh hamil dan bersalin, serta membantu melancarkan perjalanan darah darah nifas.

Waktu bertungku biasanya boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak kiralah waktu pagi, petang atau malam. Sebaiknya dilakukan setiap kali selepas mandi dan sekerap yang boleh sepanjang tempoh berpantang. Mulakan bertungku sebaik saja anda kembali kerumah dari hospital dan dilakukan setiap hari sehingga habis tempoh 44 hari pantang bersalin.

Cara-cara bertungku :

  • Boleh dilakukan sambil berbaring atau sambil duduk. Mana-mana yang sempatlah. Almaklumlah, bagi mereka yang sudah bersalin beberapa kali dan perlu berpantang seorang diri pasti tahu bagaimana sukarnya menguruskan diri, anak-anak dan baby.
  • Bahagian yang perlu ditungku – bahagian bawah payu dara dan perut, bahagian pinggul, paha, punggung, bahagian ari-ari, tapak kaki dan tumit. Kawasan yang perlu dielakkan ialah dibahagian luka pembedahan / cesarean. Jadi, anda tidak perlu bertungku di bahagian ini ye.
  • Bagi yang menggunakan batu sungai, anda boleh panaskan beberapa biji batu setiap kali ingin bertungku. Balut batu dengan kertas surat khabar dan kain yang tebal, dan letak tungku di bahagian yang saya sebutkan diatas. Sebaiknya diletakkan di beberapa bahagian badan serentak. Tapi hati-hati sewaktu bertungku ye.. sebab kalau batu terlebih panas, nanti terbakar pula tilam dan cadar anda.
  • Bagi yang menggunakan tungku dari besi dan tungku moden, anda boleh meletakkan tungku secara bergilir-gilir dikawasan yang saya sebutkan diatas. Bagi tungku moden pula, anda boleh juga meletakkan beberapa helai daun pandan, daun lengkuas, daun mengkudu, daun sirih atau mana-mana daun herba didalam beg tungku moden sebagai aromatherapi. Daun yang diletakkan akan mengeluarkan bau yang harum apabila terkena panas tungku.

Untuk tips rawatan mengurut pula, nantikan posting part 2 saya nanti. Tunggu… 8-)

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif