Senaman selepas bersalin cesarean
Salam ceria
Hari in saya ingin berkongsi soalan yang telah dikemukan oleh salah seorang pelanggan bengkung moden yang bernama Yati.
Soalan dan jawapan adalah seperti berikut :
Assalamualaikum, Kak Faz,
Saya dah ada anak empat org. Saya baru je bersalin anak ke-empat secara pembedahan pada 9/7/08.
Untuk pengetahuan Kak Faz, anak yg sulong- bersalin secara normal, anak kedua, ketiga dan keempat secara pembedahan. Sekarang ni saya dah ikat.Sekarang ni anak saya dah 4 bulan lebih, boleh tak saya start buat senaman sit-up, senam Aerobic atau berlari naik- turun tangga. Kalau still tak boleh lagi, apa contoh-contoh senaman yg saya boleh buat sekarang.
Harap Kak Faz boleh membantu.
Wasalam.
~ Norhayati Bt Ombi ~
Waalaikummussalam Yati,
Terima kasih atas soalan berkaitan senaman selepas bersalin cesarean dan tahniah atas kelahiran cahaya mata ke 4.
Nampaknya sejarah bersalin Yati lebih kurang sama dengan akak – bersalin normal anak pertama, cesarean utk anak no. 2 dan seterusnya. Cuma bezanya akak baru ada 3 anak… yang ke 4 tak tau lah ada ke tak
![]()
Okey, berbalik kepada soalan Yati, sebaik-baiknya untuk bersenam, mulakan dengan senaman yang ringan dahulu seperti pusingkan kaki, tangan dan kepala dan juga senaman menarik dan hembus nafas. Kalau nak jogging dan lari naik turun tangga dah boleh dah sebab dah lepas 4 bulan bersalin cesarean. Cuma pastikan senaman ringan dilakukan setiap kali sebelum mula berjogging
Cuma untuk sit up, Yati boleh mulakan sikit-sikit dan secara perlahan-lahan dulu dan perhatikan sama ada terasa sakit atau tidak dibahagian luka cesarean. Kebiasaannya luka pembedahan menjadi kuat selepas 2 bulan bersalin dan sembuh sepenuhnya selepas 3 bulan. Senaman sit up memberi banyak tekanan dibahagian perut dan jika terasa sakit apabila melakukan sit up.. STOP.
Juga, ingin akak ingatkan, senaman kegel juga penting dan elok untuk diamalkan.
Untuk rujukan, Yati boleh lihat di link ini >> klik sini <<
dan di sini >> klik sini <<
Harap jawapan diatas membantu
![]()
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
















