Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Luka cesarean bernanah dibahagian hujung kiri dan kanan

Salam ceria :)

Hari ini saya ingin berkongsi email dan komen yang saya terima dari Ina (salah seorang pengunjung blog dan web bengkungmoden.com).

Soalan Ina dan jawapan saya seperti dibawah. Semoga perkongsian ini berguna buat anda juga :)

salam k.faz,

sy masih dlm pantang bersalin anak ke-2 secara cesarean. x sangka plak nk kena emergency cesar. sy da pun berurut, bertungku dan berbengkung selama 3hari berturut3 mak bidan dtg umah dulu. tp la ni bengkung tu sy tinggalkn dulu sbbnye semlm sy discover ada mcm tompok2 darah cair melekat kat panty.

bila dicek, betullah tmpt luka operate yg plg ujung tu mcm berair skek. w/pun kecik jer tp risau sgt jdnye sy skrg nie. any tips x kak?

da elok2 sy mandi, la ni sy berlap bdn je blk. fyi, sy hanya keringkn tmpt luka gunakn kipas n sapuan kapas kering jer. xplak pkai hair dryer. :( . (adakah ini salah satu penyebabnye?)

Salam Ina,

Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden dan tahniah atas kelahiran cahaya mata terbaru :)

Ya.. tompok2 tu adalah nanah. Tapi kalau ada satu sahaja dan dibahagian hujung jahitan, tak usah risau sangat. Pakai bengkung macam biasa dan picit nanah tu sampai keluar semuanya.

Akak dulu pun lepas bersalin cesarean ada juga satu ketulan keras bernanah dibahagian hujung luka jahitan. Menurut gynea yang cesar akak dulu, biasanya kulit di bahagian hujung (di kedua belah kiri dan kanan) dijahit lebih tebal dari bahagian tengah. Jadi kemungkinan untuk bernanah dibahagian hujung tu agak lebih tinggi dari bahagian tengah.

Tapi kalau nanah tu merebak dan makin banyak, sebaiknya Ina jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Berkenaan mandi, Ina boleh mandi seperti biasa. Masa mandi tu boleh juga kalau nak cuci luka dengan cecair dettol yang telah dicairkan. Ataupun kalau tak nak tempat luka tu basah, cover tempat luka tu dengan plastik, dan lekatkan dengan sallophane tape.

Tapi, untuk keringkan luka, sebaik-baiknya gunakan pengering rambut. Kalau pakai kipas kurang berkesan… dan pastikan kipas tu tak berhabuk.

Harap jawapan dan tips diatas membantu Ina ye. Kalau ada masalah & soalan lagi, just contact akak disini… disiniiii… disiniii … ;)

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

4 Responses to “Luka cesarean bernanah dibahagian hujung kiri dan kanan”

  1. zie

    sy bru 20 ari lepas bersalin melalui pembedahan.soalan sy,sya mengalami sembelit. meneran terlalu kuat adakah boleh menyebabkan luka pembedahan terbuka?

  2. Faz

    salam zie,

    tahniah kerana mendapat baby baru :)

    Luka pembedahan tak kan terbuka kerana sembelit, tapi jangan di biarkan sembeit tu… nanti ada masalah lain plak kat bahagian tu. Sebaiknya cuba dapatkan ubat untuk sembelit tu ye..

  3. ummi madihah

    salam..
    pd bln ogos lalu sy bersalin secara cesarean.pas 1weeks kuar wad, sy alami pendarahan & nanah di bhgn tgh jahitan.agk teruk gak smpi msk wad skali lg. doc cm cuci bhgn yg luka 2..mula2 dh ok tp rupanya msh kuar nanah & air bisa ckit.tensen gak sbb xdpt nk susukn baby.pas mkn ikan haruan n minum gamat br lega.itupn msh ada lg..xtau la cmner nk berubat lg.
    ada saper2 yg leh bg pendapat x utk sembuhkan luka gan cpt? :???:

  4. Faz

    Salam Ummu,

    Ada tanya doktor tak sebab kenapa jadi macam tu? Akak rasa seeloknya tanya kat doktor sebab musababnya sebab sepatutnya luka tak ada masalah kalau dijaga dengan baik dan pastikan sentiasa kering. Kecuali jika ada masalah lain yang menyebabkan luka tu kena jangkitan

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif