Keputihan sewaktu hamil
Salam dan hello
Malam tadi saya dikunjungi oleh rakan lama yang kini sedang hamil 5 bulan. Antara topik yang kami bincangkan ialah bagaimana untuk mengatasi masalah keputihan sewaktu hamil.
Okey, saya percaya bagi anda yang pernah hamil sebelum ini, pasti anda juga mengalami masalah yang sama sehingga anda menjadi tidak selesa, gatal-gatal dan menggangu aktiviti harian anda.
Cara mengatasinya sebenarnya agak mudah.
1. Ambil yogurt – tak kiralah, minuman yogurt atau yogurt berbagai perisa yang ditawarkan dipasaran. Mengambil yogurt sebenarnya membantu ibu hamil mengatasi masalah keputihan kerana “bakteria baik” yang terdapat didalam yogurt dapat membantu mengurangkan masalah keputihan yang anda alami, mengimbangi bakteria asal yang terdapat di vagina dan menghalang fungus dari merebak.
Oleh kerana yogurt dibuat dari susu maka ia kaya dengan kalsium dan protein. Selain dari itu, yogurt juga sebenarnya membantu menguatkan sistem imunisasi badan.
Psstttt…. yogurt juga sebenarnya bagus untuk mereka yang sedang diet dan ingin menurunkan berat badan. Pastikan anda mengambil yogurt rendah lemah jika anda ingin diet
2. Pakai panty liner – ini untuk membantu vagina anda agar sentiasa kering dan jika terdapat keputihan, ia akan meresap kedalam panty liner. Oh ya, sebaik-baiknya panty liner ditukar sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
















SALAM KAK FAZ……….
boleh nurul dapatkan tips untuk elak@rawat bengkak kaki waktu pregnant?
TQ
salam Nurul,
Okey, nanti akak tulis kt blog ye. Terima kasih atas cadangan nurul tu