Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Baby blues atau post partum depression

Salam pembaca blog bengkung moden,

Teringat saya sewaktu lepas bersalin dulu, senang je rasa sedih sewaktu didalam pantang. Walaupun hanya disebabkan masalah remeh temeh. Selepas diselidik dan membaca beberapa arikel barulah saya faham. Rupa-rupanya itu adalah post natal simptom (atau dikenali juga sebagai baby blues).

Bagi yang pernah bersalin pasti tahu. Perasaan sangat mudah menjadi sensitif dan sedih secara tiba-tiba. Jika anda juga mengalami masalah seperti ini, jangan risau kerana ia adalah sesuatu yang normal.

Menurut kajian kira-kira  50% ke 70% golongan ibu yang baru  melahirkan bayi mengalami baby blues pada dalam minggu pertama hingga minggu ke tiga selepas bersalin. Perasaan ini timbul disebabkan oleh emosi, perubahan hormon dan pengalaman melahirkan anak yang telah membuat si ibu menangis, sensitif, resah dan bimbang tanpa sebab.

Perasaan ini akan hilang selepas beberapa hari atau minggu selepas bersalin (berbeza bagi setiap individu). Namun begitu setiap 1 dari 10 ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami post partum depression yang tidak akan hilang sendiri dalam masa setahun. Bagi kes sebegini, si sibu memerlukan rawatan lanjut. Orang-orang tua dan mak kita panggil kena meroyan lah ni. Dan bagi kes yang sangat teruk nisbah 1 daripada 1000 orang akan mengalami depressi postpartum yang sangat teruk.

Oleh itu, bagi para suami diluar sana inilah masanya untuk anda memberikan perhatian dan sokongan kepada isteri anda kerana sokongan dari anda amat membantu isteri dalam mengharungi saat-saat sebegini. Ia bukanlah sesuatu yang dipinta tetapi terjadi dengan sendiri.

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif