Tips Puasa Untuk Ibu Hamil di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil? Pasti persoalan ni bermain dalam fikiran ibu-ibu yang hamil kan..especially pada yang pertama kali hamil.

Tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. Walaupun beberapa kajian telah dibuat, kami masih tidak pasti jika berpuasa adalah selamat untuk anda dan bayi anda.

Walau bagaimanapun, berpuasa semasa hamil nampaknya selamat untuk anda dan bayi jika anda rasa cukup sihat, dan kehamilan anda tiada masalah.

Jika anda rasa tidak sihat, atau bimbang akan kesihatan diri atau bayi dalam kandungan, anda diharuskan untuk tidak berpuasa. Rujuklah kepada doktor anda dan buatlah pemeriksaan kesihatan sebelum anda memutuskan untuk berpuasa.

Jadi kali ini saya nak share beberapa tips yang boleh di amalkan oleh ibu hamil.

Sahur Bagi Ibu Hamil

  • Bagi ibu hamil ketika sahur sebaiknya minum air putih sebanyak-banyaknya.
  • Ambil segelas susu ketika sahur dapat mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil.
  • Ibu hamil sebaiknya tidak memakan makanan yang manis ketika sahur agar tidak merasa cepat lapar akibat “insulin shock”.
  • Buah-buahan juga wajib ada pada menu sahur ibu hamil, agar dapat mencegah sembelit yang sering terjadi pada ibu hamil.
  • Makanan yang pedas tidak disarankan untuk ibu hamil.

Ketika Puasa Bagi Ibu Hamil

Puasa yang dijalankan dengan niat menjalankan kewajipan dan dengan rasa gembira dapat mengurangkan stress pada ibu hamil.

Istirahat yang cukup sangat disarankan bagi ibu hamil yang sedang berpuasa.

Kalau terjadi hal-hal dibawah ini sebaiknya ibu hamil segera membatalkan puasa:

  1. Muntah-muntah lebih dari 3 kali
  2. Mengalami diare yang diikuti rasa mulas dan melilit
  3. Pening dan rasa berpusing
  4. Berpeluh berlebihan khususnya keringat dingin petanda bahawa tubuh bahawa keadaan fizikal ibu hamil sudah tidak kuat lagi untuk berpuasa

Berbuka Puasa Bagi Ibu Hamil

Berbuka bagi ibu hamil tidak jauh berbeza dengan orang lain. Berbuka dengan makanan yang manis diperbolehkan untuk ibu hamil, namun perlu dibatasi.

Elakkan makan makanan yang sejuk.

Setelah Maghrib dan makanan sudah “turun”, disarankan ibu hamil untuk makan dengan kuantiti yang lebih besar.

Sebelum tidur, ibu hamil juga disarankan untuk makan makanan ringan dan minum minuman hangat agar tubuh dapat memproses pengeluaran susu.

Saya harap artikel ini bermanfaat untuk puan-puan ye.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *