Kaedah Merancang Keluarga Paling Selamat
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak beberapa hari lepas agak ramai yang menghantar email kepada saya bertanyakan kaedah merancang keluarga yang paling sesuai untuk mereka.
Kalau diikutkan memang terdapat beberapa pilihan bagi kaedah merancang keluarga iniĀ – sama ada secara implan, kaedah IUD, pengambilan pil perancang, suntikan dan juga penggunaan kondom.
Namun begitu secara peribadi saya lebih suka kan pengambilan kondom sebagai kaedah merancang keluarga. Ini kerana pengambilan pil perancang, implan dan suntikan akan mengganggu hormon didalam badan. Bagi sesetengah individu, pengambilan pil perancang menyebabkan muka berjerawat dan kenaikan berat badan. Malah ada antara pelanggan saya yang mengadu berat badan mereka naik mendadak selepas mengambil pil perancang.
Jika diikutkan, pemakaian kondom mungkin agak leceh bagi sesetengah individu. Tetapi penggunaan kondom sebenarnya merupakan kaedah yang paling mudah dan tidak memberikan kesan sampingan dalam tubuh kedua belah pihak iaitu suami da isteri.
Bagi mereka yang masih agak berat hati untuk menggunakan kondom, sebenarnya kondom dizaman ini boleh membantu pasangan suami isteri untuk menikmati hubungan yang lebih baik. Ini kerana terdapat berbagai pilihan kondom yang ditawarkan dipasaran – ada yang berperisa, berbagai pilihan warna, dan juga dalam beberapa bentuk – jenis lurus, besar di bahagian hujung, boleh mencengkam dan mengusik-usik (ribbing). Eh..eh… kondom sebenarnya memberikan ‘variety’ kepada anda suami isteri. Betul tak….?
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


















Salam…betul tu kdg2 pengambilan pil perancang menyebabkan horman tidak stabil.Bagi saya kerana agak lama mengambil pil perancang lebih kurang 5 tahun menjadikan tekanan darah tidak stabil dan selepas berhenti mengamalkannya tekanan darah kembali normal.Atas nasihat doktor juga saya menghentikan pengambilannya dan tidak lama selepas itu saya pun melahirkan seorang putera selepas hampir 7 tahun tidak bersalin.Namun ia bergantung pada individu mana yang lebih praktikal.