Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Tak boleh mandi lepas bersalin normal?

Salam & hello :)

Hari ini saya ingin berkongsi email yang diterima dari seorang pengunjung bengkungmoden.com. Email ini diterima dari Puan Sarah Abdullah dan soalan beliau seperti berikut :

Saya nak tanya, kalau bersalin normal bila boleh mandi dan cuci rambut. Ketika saya bersalin anak 1st, saya terus mandi dan cuci kepala. Ibu memarahi saya kerana mandi boleh menyebabkan ibu yang baru bersalin dimasuki angin dan boleh jadi gila. Just nak pastikan pendapat ibu tu betul atau tidak…sebab rasa sangat tidak selesa jika tak mandi….tq.

Salam Sarah,

Terima kasih kerana mengunjungi bengkungmoden.com.

Biasanya lepas bersalin badan kita melekit dan berbau apatah lagi kalau bersalin normal sebab sewaktu proses bersalin kita dah gunakan banyak tenaga untuk meneran dan mengeluarkan baby. Memang berpeluh-peluh lah sewaktu meneran tu.

Saya juga pernah bersalin normal iaitu untuk anak pertama saya. Sewaktu dihospital saya mula mandi diwaktu tengah hari (saya bersalin jam 4 pagi…). Kebetulan masa tu ibu dan suami datang melawat. Jadi ada orang yang boleh tengokkan baby sewaktu saya mandi.

Lepas mandi baru terasa segar. Dan mak saya pun tak pula marah saya sebab mandi cepat sangat. Malahan dia yang suruh saya mandi. Katanya biar badan tu bersih dan tak berbau.

Cuma sebaiknya apabila mandi sewaktu didalam pantang selepas bersalin.. mandi dengan air suam. Tapi kat hospital mana nak cari air suam. So saya mandi pakai air sejuk je lah. Selepas dah discharge dari hospital, ibu saya mandikan saya dengan air rebusan dari campuran daun herba >> klik sini untuk herba mandian <<. Mandi dan basuh satu badan dari kepala hingga ke kaki.

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu terkena meroyan (atau jadi gila). Antaranya kerana perubahan hormon dan masalah peribadi yang dialami sewaktu didalam pantang; contohnya
suami / keluarga yang buat hal dan timbulkan masalah sehingga membuatkan si ibu merasa tertekan, kematian bayi dan lain-lain faktor. Lagipun adalah perkara biasa untuk seorang ibu mengalami post partum depression sewaktu didalam pantang.  Tapi saya rasa kalau tak mandi lagi rasa tertekan dan tak bersemangat sebab badan tak terasa bersih dan segar.

Ibu Sarah ni amalkan cara berpantang macam kaum Cina ke? sebab setahu saya yang tak bagi mandi sewaktu dalam pantang ni adalah amalan kaum Cina. Mungkin ia adalah warisan dari cara penjagaan dari negara asal mereka ditanah besar China. Tapi disana cuacanya 4 musim dan selalunya sentiasa sejuk. Jadi kalau tak mandi pun tak apa sebab memang sentiasa sejuk. Tapi cuaca kat Malaysia ni panas sepanjang tahun. Pada pendapat saya tak begitu praktikal untuk amalkan cara berpantang begitu disini. Ditambah pula dengan pengambilan ubat bersalin yang kebanyakannya adalah untukmemanaskan badan. Kalau tak mandi memang rasa tak selesa.

Tentang membasuh rambut pula, saya mandi dan basuh rambut macam biasa. Saya juga shampu dan cuci rambut sama seperti amalan sewaktu tidak berpantang iaitu dalam 2 ke 3 hari sekali.
Harap diatas membantu Sarah ye.

Terima kasih.

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

2 Responses to “Tak boleh mandi lepas bersalin normal?”

  1. yati

    Yes,saya agree,saya pun berpantang dah 5 anak and saya mandi hari2,basuh rambut hari2.lagi tak basuh,lagi rasa stress sbb melekit! Lagipun kepala rasa ringan selesai mandi.baru segar and bermaya!

  2. Nong

    suami saya berbangsa cina,jd pantang sebelum dan selepas besalin tu adalah sya amalkan. selepas besalin ibu mertua memandi kan sya dgn air hitam..campuran akar2 kayu,bila d rebus air nya berwarna hitam,mandi selama 30hari,dan sya d larang minum air putih semasa dalam pantang hanya minum air kurma merah dan longan kering…yg d masak bersama gula madu.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif