Tips melegakan jahitan episiotomi – part 2
Assalamualaikum,
Hari ni kita sambung lagi dengan bahagian ke 2 untuk tips melegakan jahitan episiotomi.
Luka jahitan kebiasaannya mengambil masa seminggu ke 2 minggu untuk pulih. Tapi rasa ngilu kesan dari jahitan tu biasanya ambil masa hingga 2 minggu sebelum ia mulai hilang sedikit demi sedikit.
Walaupun cuma 2 minggu, boleh buat kita seram sejuk jugalah kalau nak berjalan laju-laju sikit.
Berikut adalah tips untuk mengurangkan sakit dari jahitan episiotomi :
- Mandi dengan air suam boleh membantu mengurangkan rasa sakit.
- Dedahkan bahagian luka episiotomi ke udara dalam 10 minit (sekali atau 2 kali sehari) supaya pengudaraan boleh berlaku
- Digalakkan untuk duduk diatas kerusi atau katil dan elakkan dari duduk di bawah atau diatas lantai kerana ini akan menyukarkan anda untuk bangun dan berdiri setiap kali selepas duduk
- Jika terasa sakit sewaktu duduk, anda boleh cuba duduk diatas pelampung kecil, bantal atau tuala yang dibentuk seperti donut diatas kerusi sebelum duduk diatasnya
- Bagi mereka yang tidak mempunyai tandas duduk dirumah, cuba dapatkan kerusi kecil untuk memudahkan anda membuang air. Anda boleh duduk diatas kerusi ini secara menyenget sewaktu membuang air dan ini boleh membantu mengurangkan sakit di bahagian luka. Biasanya masalah ini berlaku bagi mereka yang perlu berpantang dirumah ibu di kampung yang hanya menyediakan tandas cangkung.
- Jirus kaki dengan air sewaktu membuang air. Cara ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit luka jahitan sewaktu anda membuang air
Sebenarnya ada banyak lagi tips untuk mengurangkan rasa sakit dari jahitan episiotomi ni.
Kita sambung esok pula untuk part 3 ye…
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

















ni nak tanye ckit la….mcm mane nak jage jahitan 2 ek….sbb pengalam ank pertama saya,saya dijahit kali kedua kerana jahitan 2 terbukak……saket sngt
Puan boleh tak subscribe untuk newsletter di http://www.bengkungmoden.com – tips jaga luka jahitan saya ada berikan melalui email kepada subscriber.
Terima kasih
emma…saya juga pernah mengalamii luka jahitan terbuka seminggu selepas bersalin anak pertama..tp alhamdulillah doktor kata tak perlu jahit semula kerana luka dibahagian dalam sudah bercantum…dan saya diberi ubat (saya lupa namanya)…tp tujuan penggunaan ubat tu adalah untuk pertumbuhan tisu baru pada luka bahagian luar episiotomi..