Tips Menjaga Luka Pembedahan (Cesarean)

by fazidah on July 11, 2008

Salam ceria semua :)

Hari ini saya ingin berkongsi tips menjaga luka pembedahan agar ia tidak mudah dijangkiti kuman dan bernanah.

Perlu saya tekankan bahawa, memastikan luka pembedahan sentiasa kering adalah amat penting bagi memastikan proses penyembuhan luka lebih cepat dan tidak berlaku sebarang masalah dan komplikasi. Caranya amat mudah TETAPI memerlukan disiplin dari anda :

  1. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka pembedahan dengan pengering rambut. Ini penting agar luka anda sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah.
  2. Ingin saya tekankan disini, GUNAKAN PENGERING RAMBUT UNTUK MENGERINGKAN TEMPAT LUKA. Sekiranya anda menggunakan kipas angin, ia boleh menyebabkan luka bernanah dan terkena jangkitan kerana luka tidak betul-betul kering.
  3. Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan setiap kali sebelum memakai bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, ia juga boleh di beli di farmasi.
  4. Tujuan meletakkan tisu sebagai lapik sebelum memakai bengkung bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama di bahagian pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung.
  5. Untuk kesan yang optimum, bengkung hendaklah dipakai 24 jam sehari selama 44 hari berpantang.

Itu saja buat kali ini. Selamat mencuba!

Kak Faz

Tips Menjaga Luka Pembedahan (Cesarean) by

{ 72 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: