Tips Diet Berhasil Di Bulan Puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bila bulan puasa pasti ramai yang simpan niat nak kuruskan badan kan. Ada yang berjaya turunkan badan namun ada juga yang gagal menurunkan berat badan mereka.

Tak salah pun jika nak berdiet masa bulan puasa ni, tapi kena ikut atau dapatkan nasihat mereka yang lebih pakar dalam pemakanan ini.

Apa yang saya nak share ini adalah beberapa tips yang boleh dipertimbangkan jika nak diet dan turunkan berat badan anda.

1.Kurangkan pengambilan karbohidrat
Anda kena faham, bila bulan puasa kita akan makan lebih sedikit dan badan kita akan mula biasa dengan keadaan ini.

Jadi jika anda mengambil karbohidrat dalam kuantiti yang banyak, badan akan gagal untuk memproses makanan tersebut menjadi tenaga jadi dia akan simpan lebihan makanan tadi menjadi lemak.


2.Berbuka dengan kuantiti makanan yang sedikit
Sunnah jika kita berbuka dengan memakan kurma. Kurma mengandungi kandungan gula yang tinggi dan lambat dicerna oleh tubuh. Jadi sesuai untuk diambil ketika anda berdiet.

Berbanding dengan gula biasa tu, gula tersebut cepat dicerna dan boleh meningkatkan kadar gula dalam darah jadi tak sesuai diambil untuk mereka yang sedang diet.

Bila dah buka puasa, jangan makan banyak terus nanti percernaan kita akan terkejut. Seeloknya berbuka lah dengan mengambil sedikit makanan dulu lepas dan solat maghrib atau terawih baru makan lagi.Biar makan banyak kali tapi dalam kuantiti yang sedikit.

3.Sahur dengan sup
Bersahurlah dengan sup. Kuah sup dapat membantu pencernaan anda menjadi lancar.

Anda juga akan lambat berasa lapar berbanding kalau anda makan banyak anda akan lagi cepat berasa lapar.

4.Kurangkan pengambilan kuih muih
Ingat anda kan sedang berdiet jadi kena kurangkan makan. Bulan puasa macam-macam jenis kuih yang ada di bazar ramadhan tu tapi anda kena elakkan itu semua.

Kalau tak sia-sialah anda diet. Kalau boleh ambil lah satu atau dua biji kuih je dalam sehari.

5.Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayuran
Anda juga boleh perbanyakkan buah-buahan dan juga sayuran dalam juadah berbuka anda nanti.

Buah-buahan dan sayuran ini akan memberikan serat yang lebih untuk tubuh badan anda.

6.Lakukan Senaman Ringan
Puasa bukanlah alasan untuk anda melakukan senaman cuma kurangkan rutin senaman anda.

Contohnya sebelum ini anda berjogging 4 kali pusingan, bila puasa kurangkanlah kepada 2 kali sahaja. Jangan paksa tubuh anda lakukan yang termampu sahaja.

Jadi ada 6 tips yang telah saya kongsikan dengan puan-puan semua harap dapat membantu puan-puan untuk turunkan berat badan dalam bulan puasa ini.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *