Kelebihan dan kegunaan washable liners
Assalamualaikum,
Apa khabar anda semua? Saya harap semuanya sihat-sihat saja. Saya disini okey saja. Cuma agak sibuk sikit menguruskan anak saya yang dihantar untuk kursus selama seminggu di Rawang.
Pada mulanya saya dan suami merancang untuk letakkan mereka di asrama saja. Tapi alahai… menangis lah pulak anak-anak saya ni. Biasalah, tak pernah berpisah dengan ibu-bapa. Tak pe, tahun ni bagi peluang kat anak-anak saya tu sebab masih kecil lagi. Lain tahun, he..he… sorry lah. Sekali sekala nak kena juga belajar hidup berdikari. Okey lah, kita teruskan saja dengan posting saya untuk hari ni.
Sebelum ni saya ada buat entri di blog ni tentang washable liners tapi saya tak terangkan dengan lebih lanjut tentang kegunaannya.
Jadi hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kelebihan dan kegunaan washable liners (liners boleh basuh) yang sebenarnya banyak sekali. Antara kegunaannya :
- Membantu menyelesaikan masalah ruam lampin dengan lebih cepat. Ini kerana washable liners menjadikan diapers bayi anda lebih kering berbanding dengan hanya memakai diapers sahaja. Secara tidak langsung ini akan menjadikan bahagian punggung bayi anda yang dipakaikan dengan diapers sentiasa kering dan jauh dari sebarang kelembapan.
- Membantu melindungi cloth diapers dari cecair dan kotoran yang sukar untuk dihilangkan terutama apabila bayi anda membuang air besar. Ini kerana setiap kali bayi anda membuang air besar, ia tidak akan diserap ke diapers sebaliknya akan kekal diatas washable liners
- Pelbagai guna - selain dari digunakan bersama cloth diapers, washable liners juga boleh digunakan sebagai pelapik untuk lampin pakai buang. Dengan menggunakan washable liners bersama dengan lampin pakai buang, ia akan menjadi lapisan yang melindungi kulit bayi anda dari bersentuhan secara langsung dengan bahan kimia yang terdapat didalam lampin pakai buang
- Membantu mengurangkan jumlah penggunaan lampin kain moden dan juga lampin pakai buang - liners amat berguna bagi bayi yang baru lahir (newborn) yang kerap buang air besar tetapi dalam jumlah yang sedikit. Anda hanya perlu menukar liners sahaja setiap kali bayi buang air besar dan tidak perlu menukar keseluruhan cloth diapers atau lampin pakai buang dengan lebih kerap terutama jika anda baru saja menukar lampin bayi. Liners ini juga sangat sesuai digunakan sewaktu bayi anda sedang mengalami masalah cirit birit yang memerlukan penukaran lampin dilakukan dengan lebih kerap. Dan sudah tentu ia menjimatkan wang anda apabila tidak banyak lampin yang perlu ditukar.
- Selain dari corak yang cantik dan berwarna warni, washable liners juga bebas dari bahan kimia dan selamat digunakan - washable liners dibuat dari kain yang tahan lasak tetapi lembut kepada kulit dan tidak mengandung bahan kimia. Oleh itu ia selamat digunakan dan tidak memberikan kesan sampingan kepada bayi anda
- Mudah untuk dibasuh dan dicuci - sebab ia boleh dibasuh dengan tangan dan juga dengan mesin basuh. Selain dari itu, washable liners juga boleh dimasukkan dibahagian spin dalam mesin basuh bagi tujuan pengeringan yang lebih cepat. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, selepas di spin, washable liners ni dah terasa kering walaupun belum dijemur. Kalau hari hujan pun tak ada masalah nak keringkan washable liner ni. Boleh anginkan dibawah kipas dalam setengah jam, lepas tu boleh guna semula.
Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan washable liners ni. Tapi saya tak nak highlight kat sini banyak-banyak. Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang kelebihan washable liners ni, sila klik di link berikut >> washable liners - klik sini ye… <<
Kak Faz
P/s : sekarang tengah sale untuk washable liners - beli 5 helai pada harga diskaun @ RM9.90 sehelai (harga asal RM15.00) dan anda akan dapat free 1 helai lagi washable liner. Maknanya, beli 5 helai, anda akan terima 6 helai liners. Cepat-cepat order sebelum sale ditutup ye…
Related posts:
- Tempahan untuk cloth diapers dibuka Assalamualaikum, Dah seminggu lebih saya tak update blog ni. Dibulan...
- Tips penting tentang mencuci kain lampin moden Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apa khabar anda semua? Saya harap...
- Kegunaan Cuka Makan - Part 2 Assalamualaikum, Hari ni kita sambung lagi tentang kegunaan cuka makan....
- Cloth diapers membantu masalah ruam lampin Assalamualaikum, Beberapa minggu ni saya agak jarang menulis di blog...
- Masalah ruam lampin - penjagaan dan pencegahan Assalamualaikum, Hari ni kita sambung lagi untuk isu ruam lampin...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.



















