Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Tips memilih baby sitter atau pengasuh – Part 1

Salam ceria :)

Dah beberapa hari saya tak online sebab PC rosak. Tapi kebetulan pula Khamis lepas birthday anak saya yang sulung (dah 7 tahun dah umur anak saya tu), so saya kira hari jumat tu sebagai hari cuti saya lah. Lagipun tak boleh nak buka PC langsung, baik saya cuti saja.. he..he…

Lepas anak saya balik sekolah pada jam 12 tengahari (anak saya sekolah integrasi, jadi hari jumaat sekolah separuh hari je), saya bawa anak saya tu jalan-jalan, makan-makan dan potong rambut. Yang best nye masa nak bayar untuk potong rambut, saya ternganga sekejap sebab adik kat salun tu cakap caj nye RM3 saja. Tersilap sebut ke budak ni? Tiga kali saya tanya dan jawapannya tetap sama. “RM3 je kak untuk caj potong rambut anak akak ni…” Huh, kalau macam ni, esok-esok pun potong rambut kat kedai ni je lah. Mana nak dapat caj RM3 untuk area Shah Alam ni.  Sesiapa yang tinggal di Shah Alam dan plan nak potong rambut anak, sila contact saya atau letak komen anda dibahagian komen untuk saya berikan lokasi kedai ni.. he..he.. Tapi mungkin juga kerana kami tunggu lama sikit (dalam 20 minit) sebab Farah (tuan punya salun tu) ada pelanggan yang sedang buat facial, atau mungkin juga kerana saya pelanggan setia kedai si Farah ni. Saya pun tak pasti apa sebabnya atau memang RM3 tu adalah caj untuk potong rambut budak.

Bila perasaan keibuan anda menjelma…

Tiba-tiba teringat pula kisah 7 tahun lepas. Sewaktu saya baru melahirkan Idrina, anak pertama saya ni. Perasaan sayang datang dengan sendiri sebaik saja melihat wajahnya yang comel. Dan sewaktu didalam tempoh berpantang tiba-tiba saja saya terfikir, huh.. macam mana nak tinggalkan baby dengan orang ni? Kalau lah boleh kerja kat rumah mesti best. Tak payah nak tinggalkan anak lagi.

Saya pasti bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu, anda juga berperasaan begini. Hakikatnya, impian saya semenjak kecil adalah untuk bekerja didunia korporat. Rasa macam best je bila pakai jaket dan blazer. Tapi itu cerita lama… Cita-cita saya bertukar 100% sebaik saja selepas bergelar seorang ibu.

Saya juga pernah ditanya oleh seorang pelanggan saya – adakah normal bila terasa sedih sewaktu perlu berpisah dengan anak terutama dihari-hari pertama bekerja selepas habis cuti bersalin. Jawapan saya, ia adalah normal kerana kita telah bersama dengan anak selama 9 bulan sewaktu tempoh mengandung – sesaat pun tak berpisah. Malahan ada antara ibu yang menangis sewaktu meninggalkan anak dipusat asuhan atau di rumah pengasuh. Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan ibu bapa, anda beruntung jika ibu dan bapa anda boleh membantu untuk menjagakan sikecil sewaktu anda keluar bekerja.

Yang selalu menjadi masalah apabila ibu bapa tiada pilihan tetapi perlu mencari pengasuh atau pusat jagaan bayi sewaktu keluar bekerja kerana anda perlu meninggalkan anak dengan orang yang tidak dikenali. Ditambah pula dengan berbagai cerita tentang orang gaji dan pusat asuhan,memang boleh jadi satu dilemalah.

Jadi bagi hari ini dan esok, saya ingin berkongsi dengan anda tips untuk memilih pengasuh.

Tips memilih pengasuh bayi :

1. Bersedia dari awal – Sebaiknya sebelum bersalin anda sudah pun membuat keputusan sama ada akan menghantar bayi anda kerumah pengasuh atau ke pusat jagaan kanak-kanak (taska). Jika anda mengambil keputusan untuk hantar bayi kerumah pengasuh, sebaiknya anda mula cari seawal usia kandungan mula mencecah 9 bulan. Kalau dah lepas bersalin dan tinggal lagi beberapa minggu anda nak mula bekerja baru nak cari,  mungkin agak terlambat sikit dan sukar untuk anda mendapat pengasuh yang memenuhi ciri-ciri yang anda inginkan.

2. Tanya kepada jiran, saudara dan kawan-kawan – Jika ini adalah pertama kali bagi anda untuk bergelar ibu, sebaiknya anda bertanya kepada jiran disekitar rumah anda jika ada antara mereka yang bekerja sebagai pengasuh atau jika mereka tahu orang yang ingin mengasuh bayi. Tapi jangan tanya sorang dua saja. Jika ada antara mereka yang menawarkan khidmat ini, anda juga perlu ikuti langkah seterusnya.

Kita sambung esok untuk part 2 pula :)

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif