Masalah jantung kongenital dan insurans
Assalamualaikum,
Komputer saya masih tak okey. Tapi nasib baik saya boleh pinjam laptop suami saya. He..he… nasiblah laptop ni pulak kena lanyak dengan saya.
Untuk posting hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sesuatu yang telah agak lama saya tinggalkan. Errmm… mungkin sebab saya tak pernah cerita secara terbuka kot. Sebenarnya sebelum meninggalkan alam kerja 9-5, saya bekerja disebuah firma insurance broker. Kebanyakan dari pelanggan di office lama saya tu adalah syarikat-syarikat yang melantik kami sebagai konsultan mereka. Oppsss… jangan salah faham ye. Broker insurans dan ejen insurans adalah entiti yang berbeza kerana bagi broker insurans, kami bebas untuk memilih mana-mana syarikat insurans yang menawarkan pakej perlindungan insurans terbaik untuk pelanggan kami. Dan kebiasaannya, kami akan mendapatkan beberapa pakej perlindungan (ada juga yang kami ubah suai mengikut kesesuaian dan situasi pekerjaan pelanggan kami) dan selepas itu kami melakukan perbandingan bagi mendapatkan perlindungan pada harga yang terbaik bagi pelanggan.
Okey… okey… dah terbabas kelain pulak. Lets go back to the original topic for today
Bagi ibu bapa yang sangat mengambil berat tentang perlindungan insurans kesihatan untuk keluarga anda, atau jika anda telah diberikan perlindungan insurans kesihatan oleh majikan untuk diri sendiri dan keluarga, ada sesuatu yang anda perlu ambil perhatian.
Insurans kesihatan (health insurance atau hospitalisation insurance) adalah perlindungan yang digunakan untuk menampung kos rawatan dan pembiayaan hospital. Tetapi biasanya setiap pakej perlindungan kesihatan ini juga didatangkan bersama pengecualian perlindungan (in english - standard exclusion).
Antara standard exclusion yang dimasukkan ialah congenital heart disease (masalah jantung kongenital). Apalah maksud masalah jantung kongenital ni ye? Ia sebenarnya adalah sejenis kerosakan atau kecacatan dalam satu atau lebih struktur salur darah yang terjadi sebelum bayi dilahirkan. Kebiasaannya masalah ini terjadi di bahagian dinding dalam jantung, injap atau arteri dan vena sekaligus mengganggu aliran darah normal melalui jantung. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, bayi dilahirkan dengan masalah dibahagian jantung.
Bagi bayi yang dilahirkan dengan masalah sebegini, rawatan yang intensif diperlukan termasuk pembedahan bagi membetulkan semula struktur jantung. Dan kos rawatannya… hhhmmmm…. memang sangat tinggi.
Dan disaat seperti ini pasti harapan yang sangat-sangat diperlukan ialah untuk membuat tuntutan dari insurans kesihatan.
Tetapi hakikatnya, segala kos yang perlu anda tanggung tidak akan dibayar oleh syarikat insurans kerana masalah jantung kongenital tidak dikira sebagai penyakit yang dilindungi. Tambahan pula, antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini ialah faktor genetik yang mana jika ibu bapa atau adik-beradik memiliki masalah ini, kemungkinan untuk anak-anaknya juga mengalami masalah ini adalah tinggi.
Kak Faz
(rujukan : Berita Harian)
Related posts:
- Masalah ruam pada bayi - apakah penyebabnya…? Assalamualaikum, Beberapa hari lepas saya menerima sms dari seorang pelanggan...
- Masalah ruam lampin - penjagaan dan pencegahan Assalamualaikum, Hari ni kita sambung lagi untuk isu ruam lampin...
- Masalah log in ke mamamodern.com pada 29 March 2009 Salam Pada hari Ahad lepas (29 march 2009) saya menerima...
- Cloth diapers membantu masalah ruam lampin Assalamualaikum, Beberapa minggu ni saya agak jarang menulis di blog...
- Masalah untuk hantar order di bengkungmoden.com Salam ceria Sejak 2 hari yang lalu saya menerima panggilan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.



















