Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Kuasa sentuhan kepada bayi

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda kebaikan sentuhan yang boleh merangsang pembesaran bayi anda. Ini kerana menurut kajian yang dijalankan sentuhan boleh memberikan kesan positif kepada bayi.

Antara sebab kenapa sentuhan boleh memberikan kesan positif kepada bayi ialah :

  • Memeluk dan mendukung boleh merangsang deria sentuhan bayi. Pelukan juga boleh membuatkan bayi merasa lebih tenang. Sebab tu bila bayi menangis, antara cara terbaik nak hentikannya adalah dengan cara memeluk dan mendukung bayi.
  • Sentuhan juga boleh buat bayi rasa selamat. Belaian pada tangan dan badan bayi membuatkan bayi rasa lebih selesa dan dilindungi.
  • Sentuhan adalah terapi yang murah dan mudah sebab tak payah bayar pun..he..he.. Sebenarnya bagi bayi pra matang (atau dalam bahasa mudah – bayi yang lahir tak cukup bulan), sentuhan dan belaian dari ibu bapa adalah terapi yang boleh membantu untuk cepatkan kenaikan berat badan bayi.
  • Cara paling mudah untuk memberikan belaian kepada bayi anda ialah dengan menyapu losyen ke seluruh badan bayi setiap kali selepas mandi. Kiranya macam dapat 2 faedah lah : untuk bagi sentuhan dan ransangan pada bayi dan pada waktu yang sama losyen boleh membantu mengekalkan kelembutan kulit bayi.

Diharap tips diatas membantu terutama bagi first time mothers. Cuma pesanan akhir saya, antara barang yang perlu anda beli sebagai persiapan untuk menyambut bayi ialah losyen. Tak beli bedak bayi pun tak apa… tapi beli lah losyen supaya anda boleh urut badan bayi tiap-tiap hari ;)

Kak Faz

Related posts:

  1. Tekanan dan kemurungan beri kesan buruk kepada bayi Assalamualaikum, Sejak kebelakangan ini semakin banyak berita tentang pembunuhan yang...
  2. Kebaikan bedung bayi Assalamualaikum, Memakaikan bedung kepada bayi baru lahir merupakan amalan yang...
  3. Bayi cesarean lebih mudah menghidap jangkitan dan alergi Assalamualaikum, Apa khabar anda semua? Saya harap anda okey saja...
  4. Keburukan gula-gula kepada kanak-kanak Assalammualaikum dan salam sejahtera, Saya pasti jika anda mempunyai anak...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

2 Responses to “Kuasa sentuhan kepada bayi”

  1. zue

    tips yg baagus

  2. Faz

    time kasih :mrgreen:

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif