Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Cloth diapers membantu masalah ruam lampin

Assalamualaikum,

Beberapa minggu ni saya agak jarang menulis di blog ni. Sebabnya saya lebih banyak menghabiskan masa untuk explore sistem autoresponder yang baru saja saya subscribe. Saya perlu buka sistem tu tiap-tiap hari dan explore. Kalau tak buat rugi lah sebab sistem tu kena bayar. Hamm… pening kepala juga dibuatnya sebab belum biasa lagi.

Ditambah pula anak saya yang paling kecil (sekarang berumur 1 tahun 8 bulan) selalu demam sejak kebelakangan ni. Bertambah kuranglah masa nak online selalu.

Kulit anak saya ni bukanlah dari jenis yang sensitif. Tetapi disebabkan demam dan perlu mengambil antibiotik anak saya juga mengalami masalah ruam lampin setiap kali selepas habis tempoh pengambilan antibiotik tersebut.

Dari research yang saya buat di internet dan juga selepas bertanya dengan doktor, barulah saya faham kenapa masalah ni berlaku.

Pengambilan antibiotik bukan sahaja menyebabkan bakteria jahat didalam sistem tubuh dibunuh, tapi antibiotik juga turut membunuh bakteria baik. Keadaan ini menyebabkan bakteria baik yang berada dibahagian sistem perkumuhan mati dan anak saya mengalami masalah ruam lampin.

Antara cara untuk mengatasi masalah ini dengan menukar lampin dengan lebih kerap. Huh… letih juga nak kena borong pampers selalu. Nasib baiklah ada terbaca pasal cloth diapers. Jadi saya pun belilah secara online beberapa brand yang berbeza sebab tak tahu yang mana satu okey. Ada yang mahal, mungkin kualitinya bagus? Dan ada juga yang murah… tapi mungkin kualitinya bagus juga…? Kalau tak try mana nak tahu kan…?

Tapi dalam banyak-banyak brand cloth diapers yang saya cuba (seronok la anak saya sebab mak dia ada hobi baru – suka beli dan compare cloth diapers untuk dia pulak), saya dapati ada satu brand yang kualitinya setanding dengan jenama cloth diapers yang mahal tapi boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah.

Insya allah, dalam beberapa hari lagi lampin kain moden ini akan saya tawarkan kepada anda juga – semestinya ada special offer yang diberikan terutama kepada mereka yang subscribe untuk newsletter di bengkungmoden.com dan mamamodern.com. Hint yang saya boleh berikan sekarang, tak ramai lagi yang jual brand ni kat Malaysia..  ;)

Hingga bertemu lagi di posting akan datang.

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif