Apabila anak terkena chicken pox / demam campak

Assalamualaikum,

Dah 2 minggu saya tak buat posting untuk blog ni. Sejak balik dari beraya, kepala macam tepu pulak. Mana tak tepu, cuti raya seminggu kat kampung dok pulun lemang, rendang, biskut raya tak yah cerita laa… Tu belum lagi dikira sambung beraya kat sini pula.

Dan sekarang ni saya tengah sakit perut sebab makan macam-macam pada sabtu dan ahad lepas. Kejap-kejap ke bilik air, kejap-kejap kena baring bila tahap memulasnya makin kuat. Adess…

Sebab dah lama tak buat posting, rasa tak sedap hati la pulak. Hari ni saya nak berkongsi sedikit info tentang chicken pox. Sebabnya sebelum raya ketiga-tiga anak saya kena chicken pox. Dikalangan orang melayu ada yang panggil kena demam campak. Pening juga kepala bila dengar macam-macam pendapat tentang chicken pox yang diberikan oleh orang sekeliling.

Ada yang cakap virus chicken pox boleh berjangkit bila bintik merah yang berisi air tu mula pecah dan bertukar jadi hitam. Ada yang cakap kumannya akan merebak melalui sentuhan apabila tangan yang menggaru kesan merah dibadan yang terkena chicken pox.

Akhirnya saya cuba google dan jumpa beberapa info yang boleh dikongsikan disini :

  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi (hmm… tiba-tiba saja teringat kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Tapi bila teringat bab emosional tak bertempat sesetengah rakyatnya… hhmmmm…)

Antara cara merawat demam campak pula ialah :

  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.

  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu :) )

Teringat pesan orang-orang tua, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

Kak Faz

68 thoughts on “Apabila anak terkena chicken pox / demam campak

  1. Hasni

    anak perempuan saya berumur 4 tahun telah mengidap demam camapak. saya mempunyai bayi yang berumur sebulan, boleh ke bayi ini terkena jangkitan demam campak juga?

  2. fazidah Post author

    Kemungkinan untuk anak puan yang baby tu terkena campak agak tinggi juga sebab demam campak boleh berjangkit.

    Seeloknya puan buat pemantauan dan perhatikan baby puan untuk kenal pasti jika ada tanda-tanda merah atau ruam.

  3. zue

    salam.ank saya 9 bulan,hari ni dh msuk 3hr kna chken pox.
    Beserta dgn dmam panas.leh ke bg ubt pcm?sian dia… :sad:

  4. dell

    saya baru kena chiken pox sebulan yg lalu di usia 40 tahun…sekarang ni masih berparut tp alhamdulillah semakin pudar..brp lama bleh hilang parutnye…betul ke x bleh mkn kicap…spai bila?

  5. ema

    anak saya sedang mengalami penyakit ini sekarang. dah 4 hari tp ruamnya makin banyak..risau juga melihatnya. buat masa sekarang saya yang merawatnya. saya pernah kena penyakit ni dulu masa kanak-kanak. ada potensi x saya kena penyakit ni lagi.org kata penyakit ini sekali seorang sahaja seumur hidup… betul ke?

  6. kenit

    my baby 10bln dia sering demam lepas 2 kluar tanda cam ruam2,satu yg saya musykil,kepala dia selalu panas camna tu yek…… :cry:

  7. suzana

    3 minggu lepas si bongsu saya kena chicken pox. Pastu sekarang ni abang2 dan kakaknya pula kena . Rumah dah jadi cam hospital. bulan ramadhan ni lagi perit…. nak masak tak leh (pantang larang, betul ke??) Tapi memang sedih tengok keadaan mereka. Tiap kali solat dan berdoa pasti menitik airmata. Kesian tengok mereka menanggung penderitaan itu….dugaan!!

  8. rie

    Dah seminggu kena. Adoi….seksanya, umur dah 38 baru kena. Untuk 3 hari yg pertama, langsung tak dpt bangun. Demam teruk & sendi2 semua sakit. Itulah penyakit yg paling teruk yg pernah saya alami setakat ini.

  9. manis

    hai apa khabar sekarang nie my husband plak kena chinken pox masuk ini dah 3 hari
    wooooo banyak juga tumbuh gelombong kat badan dia.katanya badan dia bisa2 disebabkan virus tu.
    tapi saya suruh dia mandi dengan (dettol dan sapu dng krim antibiotik bactoban oitment) kat gelombong tu,syukur sbb gelombong tu dah mula nak surut.xlah gatal sangat bila gelombaong tu mula nak kering.Saya rasa elok juga klu mandi bila kena sakit tu sebab kuman xlah teruk sangat merebak,tapi orang tua2 x kasi mandi takut terbantut.Saya rasa itu pandangan masing2lah.sekarang nie
    x salah saya dah ada vaksin chicken pox,jadi janganlah x ambil pula vaksin tersebut. ;-) :smile:

  10. manis

    puan zue,napa x beri baby awak ubat pcm tu????atau bawa dia (ke hospital jumpa dengan dr pakar
    kanak-kanak)dan bukan ke clinic.cian baby tu….pasti sakit badan dia,sedangkan orang dewasa x boleh tahan niekan baby dan kanak2.saya berharap pn bawa anak jumpa dengan dr pakar kanak-kanak ya.
    Jangan tangguh lagi takut kena sawan lagi susah nak jaga. :idea:

  11. liza

    anak sy dh smggu kene chicken pox ni… skunk dh nk kering…
    sejak dia kene hgga skunk sy jaga.. isi ubat, bg mkn, mandikn dia n semua lah..
    yg menjadi kemusykilan sy.. skunk sy mengandung 5bln… masa kecik sy dh penah kene..
    tp ada kemgknn x baby dlm kandungan dijangkiti… klu ada apa tanda2 dia ek..
    risau lahhh

  12. atif

    Salam, anak saya berusia 10 bulan dan mendapat jangkitan chicken pox. dah 2bj bintik merah berair muncul. Adakah selamat utk anak saya diberi suntikan vaksin chicken pox?

  13. nadhirah

    salam..sya baru umor 14 tahun dah kne chicken pox..kne plak time periksa akhir tahun..mc seminggu..sdih sngat..harap2 ALLAH mmudahkan saya untuk jawab exam sorang2.. :smile:

  14. ingenieur

    Saya tgh mengalami Chiken Pox dalam umur 35 thn… Rupanya org lebih tua, demamnya lagi teruk. Anak saya 2 orang, 10 & 8thn rilek ajer…

  15. Nasir

    salam… Dah 2 hari kene nie… masa kecik2 taknak kene dah 30 baru nak kene… :cry: huh… Sakit dan seksa… rasa nak carik tempat tinggal sementara… Takut bini & anak2 kene… :oops:

  16. azah_asha

    salam..bb saya umo 11bln..mule2 kene dmam.dah g klinik.baik dmam kua campak plak..mak soh bgi bb air kepala.bagi skit pastu kua chicken pox.masalah nye chicken pox x kua x abis2..baru nak kering kua lagi.comot muka.ada cara x nak bagi cepat baik?

  17. Rin

    Salam.. Anak sy baru hari Ni kna campak Sb kna jangkitan dr 3 org sepupu dia.. Tp mereka semua dah nak sembuh n dah kering campak. Macam mana nk elakkan adik dia yg umur 2 th dr jangkitan & macammana nk cepatkan sembuh penyakit Nie.

  18. yc cha

    ehm…. nie kali pertama sy jaga baby kena demam campak… anak sy yg bongsu umo 1 tahun kena chicken pox pulak. Tapi, dia nampak relax jer.. tak nangis pun. cuma selera makan dia kurang dan kurang nak minum susu. risau gak nie sbb anak sy yg 2 org tue pun belum kena lg.. tp lum ada tanda2 diorg 2 tue nak kena… and some more, sy sendiri pun lum kena chicken pox lagi.. huhuhu… takut sume kat rumah kena jangkitan jer..

  19. abu bakar bin jaini

    isteri saya baru dh bsalin pada 16.2.11.jadi nk tanya klu mkan buah epal dan kentang goreng bleh x?ketegori sejuk ke epal tu.

  20. fazidah Post author

    Encik Abu bakar : kalau ikut cara pantang melayu, epal dan kentang goreng tak boleh makan. Tapi encik boleh try bagi epal merah. Kentang goreng kalau boleh cuba elakkan

  21. wawa

    hi..sya pon bru jer baik dr dmam chicken pox..huu..huu.mslh nye skang dh berjangkit kt anak2..sorang 7 taun sorang 7 bln..sedih tgk anak2 mcm ni :cry:

  22. IBU ALISHA

    Salam hie… anak sy 9 bulan baru kene demam campak semalam. demam da x der cuma tinggal bintik2 jer. ader ke petua yang mujarab utk ilangkannya :?:

  23. Najihah

    Assalamualaikum,saya kena demam campak ni selama 5 hari dah.Semakin hari,semakin banyak ruam atau biji yang tumbuh.. Betul ka daun semambu tu boleh menyembuhkan penyakit ni,mak n ayh saya pun kata begitu.Hmm,air kelapa boleh tak? :roll: ;-)

  24. Puan mummy

    Salam…nk tnya kalu sy sapu losyen calamine dr klinik pehtu bedak beras + mata kunyit + daun semambu dlm masa yg sama takpe ke? Coz anak prempuan sy 4 thn anak lelaki 3thn bila mlm meragam gatal sana sini…mcm2 buat..tido alas daun semambu pun mcm x lena…dugaan setiap mlm besengkang mata….kesian tgok anak merintih sakit…selera mkn anak pun kurang..

  25. Farah

    Salam.. Skrg ni sya tgh kena chicken pox, badan sya gatal2.. Ttp, tak menyusahkan sya krana kegatalannya tk smpai ke tahap yg tggi, sya tlh mndi mggunakn daun semambu.. Hari ni ialah hari kelima, sya telah brjangkit dari kwan sya.. :|

  26. Mama RR

    Salam, anak lelakicsy umur 3 thn baru lepas sembuh dr chicken pox. Now adiknya umur 4 bln plak dpt. Kesian kat bb sekecil ni. Harap semua cepat sembuh

  27. che normala

    Salam,anak lelaki sy rumur 1thn 7bln tengah mengalami chicken pox,sudah byk kluar,sy kesian sgt kt die sbb gatal die mgaru,sy da kerap sapukn ubat tp mcm makin byk,mcm mane lg sy nk buat?

  28. hasmila

    salam…

    saya baru terkena chickenpox diusia 26 tahun. baru 2 hari kena. tapi saya tengah menyusukan anak. adakah anak saya akan terkena juga yelah iakan mudah berjangkit. bolehkah saya menyusukan anak skrg ni

  29. zuraini

    saya baru je kena 4 hr lepas…rasa tak tertanggung sakit…hr ni tiba2 bernanah plak kat muka..makan dah pantang..dah tua2 bru kena berjangkit dr anak sya.

  30. Muhammad

    salam…saya pun baru tekena demam campak..saya belum sihat lagi….tapi saya nak cari pantang larang makan lpastu saya nampak(APABILA ANAK ANDA TERKENA CHIKEN POP)saya pun terus la klik…..sekarang baru saya dah tau…..trima kasih…..

    :grin: :grin: :grin: :grin:

  31. Sue

    Saya lagi sedih, awal puasa anak bongsu saya 5 thn kena chicken pox. Mula isnin anak sulong plak. Ari ni anak no 2 plak. Hu… sedih nya.Dahlah dah nak raya minggu depan. Sedih mak…

  32. fazidah Post author

    Alahai, sabar puan sue, insya allah ada hikmah nya. Boleh jadi kenangan juga nanti esok-esok… beraya dengan chicken pox :)

  33. alia

    saya tengah kena chicken pox skarang…. kena betul2 time dah nak masuk keje lepas cuti raya… ada tak cara nak capat surutkan gelembong2 air tue, n nak ilangkan rasa gatal2 tue?

  34. zilla

    Hari Ke4 & ke5 kena chicken pox, gelembong air yang mula nak kempis ditumbuhi nanah, adakah itu normal atau saya sudah tersilap makan…tolong jelaskan…

  35. Dee

    Anak saya pon tengah kena chicken pox..tapi alhamdulillah mandikan dengan daun semambu dan Basic H cepat kering…

  36. Akma

    Saya nak minta sesiapa yang ade pengalaman share.Sekarang saya pgnt 4 bulan,, anak sulong sekarang demam campak ada kah memberi kesan kepada bby didalam kandungan.

  37. fazilla

    (anak saya umur 5 thn,br dlm 2-3 ari ni kena demam campak.tp sblm kena,bdnnya tiba2 panas dan esokkannya bdnnya naik ruam2 merah dan makin bnyk.org tua2 kata bg minum air kelapa.slps minum,mmg bnyk ruam tu keluar.tp ank saya tak dpt menahan gatal2 pada ruam tu,boleh ke kita mkn ubat klinik?ada sesetengah org kata,mkn ubat klinik tak elok.erm rasa kelirula saya..ada sesiapa blh bg pendapat tak untuk masalah ini?) :???:

  38. Mie

    Assalam… huhuhu anak saya 7 tahun, bru kena CP 3 ari,.. mak saya kata x leh mandi,.. pg td g umah baby sitter kata bleh mandikan…aduyai mana satu nak ikut nihh … tapi selera makan anak saya memang x de laa coz dalam mulut dia pon ada & campur ada ulser gak…cian dia.. Semoga cepat sembuh …. :roll: :cry:

  39. anna

    saya umur 24 thn…tengah demam campak..tapi baru 4 biji yang naik..betul ke sakit bila dah naik banyak?

  40. yanti

    Salam…semalam anak sulung berumur 8 thn mengadu demam…x perasan lagi ada bintik2 di badan dia…
    saya suruh dia mandi…selepas lapkan badan, ternampak bintik2 penuh kat badan…adoiiii, saya suspect chicken pox…dah panik…x tau nak buat mcm mana…terpikir nak kasi mkn apa, apa yang x boleh mkn…

  41. Puan Nana

    As salam..anak sy usianya 9bulan,arini masok ari k-7 die kena chicken pox..so far alhamdulillah dh ok..cuma tggu parutnya hilang je. Mslhnya skrg die krg selera mkn la,susu pon krg..knp ye?? mulutnya kena ulser baru2 n..akibat chicken pox 2 panas dlm. Suara die pon dh lain,tapi x batok.. adakah sy perlu k klinik betanya pd doc atau 2 mmg keadaan normal bg yg kena chicken pox & akan pulih spt biasa :| risaunyaaaaa….

  42. Sue D'mazsyramia

    sebelum ni saya pernah terkena chicken pox tapi x kuar habis…adakah saya akan terkena untuk kedua kali :cry:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif