Bila anak anda jatuh dari katil… gedebuk!
Salam hujung minggu
Sejak jumaat saya agak sibuk dengan aktiviti sekolah anak-anak saya. Penat jugalah bila kena pergi kesana sini. Tapi bila diingatkan peristiwa yang sama hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup setiap anak, soal penat dan tak sempat online untuk buat kerja saya tolak tepi sekejap. Sudahnya, hari minggu pun saya buat kerja jugak lah sebab kena ganti balik masa kerja yang dah terlepas tu… hu…hu..
Bagi setiap ibu bapa pasti ada kenangan tersendiri untuk setiap anak. Ada kenangan yang manis, yang sedih, yang buat anda rasa bersalah…
Bagi saya sendiri, ada satu kenangan yang kadang-kadang membuat saya rasa bersalah – iaitu bila anak jatuh dari katil. Saya pasti ada antara anda juga yang pernah mengalami peristiwa seperti ni. Biasanya kes anak jatuh dari katil ni berlaku sewaktu anak mula pandai menyulur atau merangkak. Bila anak dah jatuh katil tu, mesti rasa bersalah punya lah…
Jadi hari ni saya nak berkongsi dengan anda tips untuk mengurangkan rasa sakit bila anak anda jatuh dari katil. Caranya ialah dengan menyusun tilam dikeliling katil. Jadi bila anak anda jatuh, sekurang-kurangnya ada bantal untuk menyambut anak anda dibawah. Jadi tak lah sakit sangat anak bila dah jatuh.
Atau jika anda tak nak ambil risiko anak jatuh dari katil, bentang tilam dan tidur je kat bawah. Bila anak bangun, tak payah lagi anda nak risau takut dia jatuh dari katil. Lagipun budak yang baru pandai merangkak ni biasanya tengah teruja nak explore macam-macam. Bila terjaga tengah-tengah malam pun dia boleh merangkak dan main sorang-sorang walaupun dalam gelap.
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

















salam
kak faz tak bawak anak pi klinik ker?
tak bahaya ker?
Wslm,
Tak bawak klinik pun. Biasanya kalau budak muntah lepas jatuh baru bawak klinik untuk pemeriksaan lanjut. Kalau tak de apa-apa nanti doktor suruh balik je