Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Fakta tentang stretchmark / regangan kulit yang perlu anda tahu

Salam Ceria :)

Dah beberapa hari saya tak update blog ni. Sebabnya sekarang ni saya sedang susun balik blog ni sikit-sikit mengikut kategori yang sesuai.

Okey, untuk post hari ni saya ingin berkongsi dengan anda beberapa fakta tentang stretchmark atau kesan regangan kulit yang perlu anda tahu :

1. Biasanya stretchmark terjadi kepada mereka yang sedang hamil atau mereka yang mengalami kegemukan.

2. Mengikut kajian 90% daripada wanita mengalami kesan regangan sewaktu sedang mengandung. Regangan kulit berlaku bila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat dari perubahan dan pengembangan tubuh sewaktu hamil.

3. Bahagian tubuh yang mengalami kesan regangan yang paling ketara ialah di bahagian perut.

4. Faktor genetik juga mempengaruhi sama ada seseorang itu akan mengalami stretchmark atau sebaliknya.  Jika ibu dan ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan regangan kulit semasa hamil, maka besar kemungkinan anda juga bakal mengalaminya.

5. Jika sewaktu hamil anda merasa gatal-gatal dibahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda-tanda kulit mengalami regangan

6. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah payu dara, pinggang dan belakang pinggang

7. Cara terbaik untuk mengurangkan kesan regangan ialah dengan mengekalkan keanjalan maksimum pada kulit sepanjang tempoh anda hamil. Caranya ialah dengan menyapu losyen, minyak zaitun atau minyak yang dirumus khas untuk mengurangkan kesan regangan.

Dan yang paling penting… elakkan dari menggaru jika anda terasa gatal-gatal dibahagian tubuh anda sewaktu sedang hamil kerana ia hanya akan membuat kesan regangan bertambah teruk. Dan satu fakta penting yang perlu anda ingat juga, sekali ia muncul di kulit anda bermakan ia kekal selamanya kecuali jika anda sanggup laburkan duit untuk mendapatkan rawatan dengan menggunakan laser bagi menghilangkan kesan stretchmark.

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

8 Responses to “Fakta tentang stretchmark / regangan kulit yang perlu anda tahu”

  1. ika

    saya mau tanya cara mengatasi stretchmark setelah melahirkan bagai mana? karna saya mengalami stretchmark dibagian pinggul,perut dan paha.

  2. Faz

    Hello Ibu Ika,

    Terima kaish kerana mengunjungi blog bengkung moden.

    Tispnya ada dibawah. Sila daftar untuk mendapat tipnya ya :)

  3. hazrah

    tlng berikan tips mengatasi stretchmark setelah melahirkan kerana sy mengalami stretcmark yg teruk dan berwarna hitam.

  4. Faz

    Salam puan Hazrah,

    Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden.

    Sebenarnya lepas bersalin perut memang hitam, tak kiralah ada stretchmark atau tidak.

    Untuk hilangkan hitam diperut, puan boleh baca tips dari link ni >> http://www.bengkungmoden.com/blog/2008/07/09/tips-cara-menghilangkan-hitam-diperut-selepas-bersalin <<

  5. mariana

    hai,saya berumur 22 tahn dan belum berkahwin saya mempunyai strecth mark yang banyak berwarna putih,macam mana cara yang paling berkesan untuk menghilangkan atau mengurangkan strecth mark tersebut?t.q

  6. iza

    salam.
    saya sedang mengandung 7 bulan. sejak sebulan lalu, kulit sy sering mengalami gatal2 seluruh badan terutama bahagian bawah perut, bawah ketiak dan belakang lengan. tetapi tidak pula kelihatan kesan stretch mark yang teruk. cuma yang sy dpt lihat, bahagian pelipat seperti celah kelengkang dan ketiak sy semakin menggelap dan bergaris-garis hitam. adakah itu normal? mengapa ia berlaku?

  7. eira_mummy lulu

    salam,,, sy nk pertue mcm ne nk ilangkn reganggan pde prut?? skrg sye da ade 2org ank.. ank yg pertame lg sdah mengalami mslah regagan kulit. sy da cbe mcm2 prodak tp xbrkesan. sy da tak tau mcm mne nk buat lg

  8. nurchiaki

    salam,ada tips utk hilangkn stretch mark x?tq

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif