Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Kegunaan Cuka Makan

Assalamaulaiakum,

Tips saya hari ini lari sikit dari berkaitan dengan anak-anak dan penjagaan selepas bersalin. Tapi ia masih berkaitan dengan kehidupan harian kita sebagai isteri dan ibu.

Apa yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah kegunaan dan kelebihan cuka makan (atau dalam English di sebut Vinegar). Sebelum ini saya sendiri tidak begitu menghiraukan sangat tentang cuka ni. Yang saya tahu cuka boleh digunakan untuk buat acar, itu saja…

Tapi selepas saya surf internet beberapa kali dan amalkan beberapa tips yang saya temui, saya sendiri tak sangka cuka sebenarnya mempunyai begitu banyak kegunaan.

Antara kegunaan cuka :

  1. Untuk menghilangkan bau badan yang melekat dibaju. Ye… bagi mereka yang bau badannya melekat di celah ketiak, memang tension betul dibuatnya. Dah letak sabun dan sental kuat-kuat pun tak hilang juga bau tu. Sebenarnya memang senang sangat nak hilangkan bau tu dengan cuka. Caranya, semburkan cuka makan ke tempat yang berbau (biasanya di bahagian ketiak dan lengan baju), biarkan semalaman. Esok pagi masukkan baju dalam mesin basuh, letak sabun dan basuh macam biasa. Lepas dah basuh, jemur… Bila dah kering cuba test cium kat tempat yang dah disembur cuka tu, mesti dah hilang bau tu. Senang saja kan…he..he…
  2. Cuka makan juga sebenarnya boleh digunakan sebagai deodorant atau penghilang bau badan. Caranya campurkan 1/3 cuka makan dengan 2/3 air, kemudian semburkan ke bahagian ketiak. Lepas tu keringkan bahagian yang dah disembur tu dengan pengering rambut supaya cepat kering. Lepas dah kering boleh lah pakai baju macam biasa. Memang akan ada bau cuka sikit tapi baunya tak lah kuat. Dan yang paling penting tiada lagi bau badan yang bukan saja menyebabkan anda takut untuk berdiri rapat dengan orang sekeliling, tapi membuatkan anda hilang keyakinan diri. Lepas ni bukan saja duit anda jimat (sebab harga cuka makan memang murah saja…) tapi anda juga boleh ucapkan selamat tinggal kepada rexona, avon, dashing dan segala jenis deodorant  yang berada dipasaran tu… he…he… Tak percaya…? Cuba lah. Cuma pesan saya, seeloknya setiap campuran cuka makan dan air ni anda gunakan untuk 1 ke 2 minggu saja. Lepas tu, buang dan buat campuran yang baru pula untuk mendapatkan kesan yang sama.

Ada banyak lagi kegunaan cuka ni. Kita sambung di posting yang lain plak ye. Saya nak kena pergi open house raya dulu.

Wasalam

Kak Faz

Related posts:

  1. Kegunaan Cuka Makan - Part 2 Assalamualaikum, Hari ni kita sambung lagi tentang kegunaan cuka makan....
  2. Kelebihan dan kegunaan washable liners Assalamualaikum, Apa khabar anda semua? Saya harap semuanya sihat-sihat saja....

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

4 Responses to “Kegunaan Cuka Makan”

  1. aisyah

    salam…
    saya ingin bertanya…saya tertarik dengan tawaran bengkungmoden.com yang Pakej Jimat A(Saiz L)..
    saya kakitangan kerajaan n gaji saya akan masuk pada 25 nov..boleh tak kiranya saya buat tempahan
    dan bayarannya selepas dapat gaji…adakah harganya akan sama RM292.56 atau harga nya akan berubah…?

  2. Faz

    salam aisyah,

    akak dh reply email aisyah semalam ye.. tq :grin:

  3. lynda aziz

    salam…saya amat2 berminat nk order bengkung moden(pakej jimat A).saiz L.
    saya skrg berada diluar negara(ireland)..so mcmana nk buat pembayaran,kosnya bagaimana??? dan boleh ke puan buat penghantaran (pos)pada saya.

  4. Faz

    Salam puan Lynda,

    saya dah hantar email pada puan. Sila check ye :smile:

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_mrgreen.gif icon_neutral.gif icon_twisted.gif icon_arrow.gif icon_eek.gif icon_smile.gif icon_confused.gif icon_cool.gif icon_evil.gif icon_biggrin.gif icon_idea.gif icon_redface.gif icon_razz.gif icon_rolleyes.gif icon_wink.gif icon_cry.gif icon_surprised.gif icon_lol.gif icon_mad.gif icon_sad.gif icon_exclaim.gif icon_question.gif