Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Kegunaan Cuka Makan – Part 2

Assalamualaikum,

Hari ni kita sambung lagi tentang kegunaan cuka makan. Bukan apa, sebenarnya banyak kegunaan cuka ni yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Dan yang penting, cuka makan ni boleh membantu menyelesaikan masalah kita.

Kegunaan lain cuka makan :

  1. Cuka boleh digunakan untuk memutihkan kembali insert cloth diapers. Bagi cloth diapers yang telah lama digunakan, biasanya warna insert dah mula bertukar dari putih ke warna kelabu atau kekuningan. Jangan bimbang. Ada caranya untuk mengembalikan semula keputihan insert ni. Caranya campurkan soda bikarbonat sewaktu membasuh insert. Kemudian campurkan pula sedikit cuka makan sewaktu anda membilas insert tadi. Cuma pesanan saya, cuka ni hanya boleh di letakkan sewaktu anda membasuh insert sahaja. Jangan letak cuka jika anda basuh cloth diapers sekali sebab ini akan sebabkan kebocoran kepada PUL (kain sebelah luar cloth diapers).
  2. Kajian perubatan menunjukkan cuka boleh membantu menghentikan pendarahan luka. Ibnu Sinna menulis didalam bukunya (Al-Qanoon fit Tibb (the Canon of Medicine)) – jika cuka dituangkan ke bahagian luka, ia boleh membantu menghentikan pendarahan dan mengelakkan luka dari membengkak.
  3. Kajian perubatan juga menunjukkan cuka makan boleh membantu meredakan panas badan dan demam. Caranya campurkan cuka dengan air, kemudian rendamkan tuala kedalam campuran air tadi dan letakkan didahi.
  4. Dan yang paling penting sekali, nabi kita Muhammad S.A.W menggemari cuka kerana khasiatnya yang banyak. Untuk info lanjut, anda boleh baca khasiat cuka yang lain di link berikut >> klik disini ye… <<

Sejak mengetahui khasiat dan kegunaan cuka, saya pastikan dirumah sentiasa ada cuka. Ia bukan saja untuk kegunaan harian tetapi juga sebagai back up untuk waktu kecemasan. Bagaimana dengan anda…?

Kak Faz

p/s : bagi sesiapa yang dah try tips yang saya berikan ni, sudi-sudikan lah bagi feedback ye :)

Related posts:

  1. Kegunaan Cuka Makan Assalamaulaiakum, Tips saya hari ini lari sikit dari berkaitan dengan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif