Program Realiti (Reality TV Show) – apesal yang berkaitan dengan muzik saja?
Assalamualaikum,
Semalam sewaktu ‘jalan-jalan’ di blog sifu saya saifulsham.com, tergerak hati saya untuk klik pada link salah seorang dari komentor di blog tersebut. Blog ni tak pernah saya kunjungi sebelum ni dan saya tertarik dengan posting terbaru di blog ni.
Posting di blog ni adalah antara persoalan yang telah lama saya fikirkan. Disana-sini jika diperhatikan banyak betul program realiti ditayangkan di stesyen TV. Belum reda satu rancangan, dah ada program realiti lain pulak. Dan kebanyakannya sama je – mencungkil bakat baru dalam bidang hiburan. Dan yang lagi nak sama, ayat dan statement dorang – “program ni berbeza dari program realiti yang lain sebab bla..bla..bla..”
Klik di link berikut untuk baca posting ni sepenuhnya >> Klik sini ye.. <<
Bila difikirkan balik, program sebegini sebenarnya memberi kesan jangka panjang kepada jenerasi akan datang iaitu anak-anak kita. Belum pun sempat saya pikir 10 ke 20 tahun akan datang, tiba-tiba teringat baru je minggu lepas saya terbaca kat satu surat khabar tentang seorang lepasan SPM yang menyertai program realiti kerana teruja selepas menonton satu program realiti sejak 2 tahun lepas. Huh…cepat sekali kesan nya pada golongan muda.
Apa-apa pun pokok pangkalnya berbalik kepada kita sebagai ibu bapa. Apa mind set yang selalu kita tanam pada anak-anak kita? Apa rancangan TV yang kita sekeluarga selalu tonton bersama? Dan jangan lupa juga… apakah kita nak anak kita mencontohi mereka-mereka yang kita tonton dalam program tu? Semua ni memainkan peranan kepada cita-cita anak kita dimasa sekarang dan dimasa depan.
Sebabnya kita tak boleh nak sekat stesyen TV dari menyiarkan rancangan macam tu. Paling kuat pun hanya boleh hantar komen ke surat khabar. Tapi kalau kita ramai-ramai pakat tak tengok rancangan tu, agak-agak tahun depan ada lagi tak program tu ye?
Tepuk dada, tanyalah hati dan minda kerana anak-anak ibarat sehelai kain putih. Kitalah pelukis yang mencorakkan kain tu. Nak lukis batik ke, nak lukis corak abstrak ke… semuanya ditangan kita.
Wasalam
Kak Faz
p/s : hari tu dah ada rancangan bintang kecil kat TV9, tapi sekarang ada idola kecil plak? atau idola bintang kecil…? entah la, saya tak ingat sangat nama betul rancangan tu. Lebih baik suruh dorang tengok Majalah 3 jer hari sabtu malam tu.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


















memang dah lama saya perhatikan, rancangan realiti ni tak berfaedah langsung!asik menyanyi je.ini lah yang kerajaan kita mahu,membuat anak2 kita leka didepan tv dan jangan memikirkan apa2 perkara diluar sana dan ape hasilnya?tepuk dada tanya iman.
Memang susah kalau kita nak harapkan kerajaan untuk sekat rancangan macam ni.
Cara termudah ialah kita sendiri yang kawal dan pastikan rancangan apa yang anak-anak boleh tengok, dan yang mana tak boleh tengok sebab kitalah yang paling dekat dengan anak-anak
saya bersetuju dengan pandangan puan,tapi apa kita ni selalu ada bersama anak2 kita?kerajaan mmg boleh sekat rancangan sebegini,tapi itu la sumber pendapatan kerajaan,tengok je sms yang di kirim peminat.apa mereka ada fikir kepentingan pengguna?
ye.. kita tak boleh bersama anak-anak selalu. Sms…? jangan lah bagi henpon kat budak tu…
I like this post , do you use WordPress for this site ?